HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Sumber: http://www.arkib.gov.my/

Pada hari ini dalam tahun 1967, bangunan MARA telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia. Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Bangunan setinggi lapan tingkat ini telah menelan kos pembinaan sebanyak RM3.5 juta.
Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan undang-undang.
Pada hari ini dalam tahun 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji dan menilai sistem pelajaran yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran dan mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu.
. Matlamat penubuhan Majlis ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara, iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang sukan dalam pertandingan peringkat tertinggi. Manakala objektif penubuhannya adalah: