21 Mac 2012

SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN REID

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 21-03-1956
Sumber:  http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini dalam tahun 1956, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.




Suruhanjaya tersebut  telah  dipengerusikan oleh Lord William Reid, Hakim Mahkamah Rayuan England dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell, Hakim Abdul Hamid dan B. Malik. Sehingga Oktober 1956, suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum dari pelbagai lapisan individu dan organisasi untuk dikaji. Tempoh lapan bulan diambil untuk menyiapkan draf perlembagaan. Suruhanjaya tersebut telah mengemukakannya kepada sebuah Jawatankuasa Kerja untuk diperhalusi sebelum dirujuk oleh Majlis Raja-Raja untuk disahkan. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan perlembagaan tersebut pada bulan Jun 1957 dan Majlis Perundangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957.  Perlembagaan tersebut telah dikuatkuasakan pada 27 Ogos dan secara rasminya dilaksanakan apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan