HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 16-03-1637
Sumber: http://www.arkib.gov.my/
Pada hari ini dalam tahun 1637, satu perjanjian antara kerajaan Pahang dan Belanda mengenai kerjasama dalam bidang pertahanan telah ditandatangani di negeri Pahang. Sebelum perjanjian ini ditandatangani, hubungan Pahang dan Belanda kurang memuaskan. Pahang dan Belanda serta Aceh dan Portugis, seringkali bermusuhan antara satu sama lain sehingga membawa kepada meletusnya peperangan.
Dalam tahun 1629, persengketaan bermula apabila Acheh menyerang Portugis di Melaka dan Pahang turut terlibat dengan membantu Portugis mengalahkan Acheh. Pada 10 Disember 1632, Pahang bersama-sama Belanda dan Acheh telah bersatu dan menyerang Portugis. Namun permusuhan antara Pahang dan Belanda berterusan, apabila pada 9 November 1634, angkatan perang Pahang dan Johor telah berangkat ke Patani untuk membantu Patani memerangi Siam. Setelah wujudnya permusuhan yang berpanjangan di antara Pahang dan Belanda, maka satu perjanjian telah ditandatangani pada hari ini di antara kedua-dua kuasa dalam usaha menjaga keamanan bersama. Dalam perjanjian ini Pahang telah berjanji untuk mendirikan kubu pertahanan yang kuat di Johor dalam usaha mereka menentang Portugis di Melaka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan