14 Mac 2012

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


PENYERAHAN PANJI-PANJI DIRAJA KEPADA TUDM

Tarikh Peristiwa pada 14-03-1967

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  Tentera  Udara  Diraja  Malaysia (TUDM)  telah  dikurniakan  Panji-Panji  Diraja  oleh  DYMM Yang  di Pertuan  Agong,  Tuanku  Ismail  Nasiruddin  Shah  Ibni  Al-Marhum  Sultan  Zainal  Abidin.  Penubuhan  TUDM  bermula  pada  tanggal  2  Jun  1958  apabila  parlimen  meluluskan  Ordinan  Tentera  Udara  yang  mana  ketika  itu  TUDM  adalah  dikenali  sebagai  Tentera  Udara  Diraja  Persekutuan.  


Air  Commodore  A.V.R  Johnstone  yang  pada  awalnya  dipinjamkan  daripada  Tentera  Udara  Diraja  British  untuk  menjadi  penasihat  kepada  Kerajaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  dilantik  menjadi  Ketua  Turus  Tentera  Udara  yang  pertama.  Dengan  penubuhan  Malaysia  pada  tarikh  16  September  1963  Tentera  Udara  Diraja  Persekutuan  telah  ditukarkan  namanya  kepada  Tentera  Udara  Diraja  Malaysia (TUDM).  Sesungguhnya,  di antara  fungsi  TUDM  sewaktu  awal  penubuhannya  adalah  untuk   memberi   perkhidmatan  perhubungan  melalui  udara   dan  membantu  pasukan  keselamatan  yang  lain  dalam  memerangi  pengganas  komunis.  TUDM  mempunyai  pengkalan  antaranya  di  Kuala  Lumpur,  Alor  Star,  Kuantan,  Kuching,  Butterworth,  dan  Labuan.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan