Laut Aral - Kemusnahan akibat ketamakan manusia
Sekadar untuk mengambil iktibar agar kejadian yang berlaku tidak berulang di mana-mana tempat di dunia.
Laut Aral adalah tasik yang terletak di Asia Tengah. Tasik ini terletak di Kazakhstan di utara dan Uzbekistan di selatan. Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang kelima terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 km2.
Laut Aral sendiri bermaksud laut kepulauan (Sea of Islands) merujuk kepada hampir 1500 buah pulau yang pernah berada di laut ini suatu ketika dahulu. Namun sekarang mungkin nama ini patut ditukar kerana situasi yang berlaku ketika ini menjadikan nama itu sudah tidak relevan lagi.
Laut ini yang sebenarnya merupakan sebuah tasik diairi oleh dua batang sungai yang menjadi sumber airnya sejak sekian lama iaitu sungai Amu Darya di sebelah selatan dan sungai Syr Darya di sebelah Timur Laut. Pada tahun 1918, kerajaan Kesatuan Soviet telah memutuskan untuk mengalihkan aliran kedua-dua batang sungai untuk mengairi kawasan gurun berhampiran dalam percubaan untuk mewujudkan pertanian kapas atau ‘emas putih‘ supaya dapat menjadi pengeksport utama tanaman ini di dunia.
Mereka berjaya dalam projek mereka ini apabila Uzbekistan yang dahulunya berada dalam Kesatuan Soviet merupakan pengeksport utama kapas pada masa ini namun kejayaan mereka ini telah menyebabkan bencana yang sangat dahsyat terhadap alam sekitar khususnya terhadap Laut Aral.
Projek besar-besaran yang menukarkan gurun yang gersang kepada ladang kapas yang amat besar keluasannya dilaksananakan dengan membina terusan-terusan berskala besar bermula pada tahun 1940-an. Kebanyakan terusan tidak dibina dengan baik menyebabkan air bocor atau tersejat dengan banyak. Keadaan ini menyebabkan paras air Laut Aral menurun dengan mendadak. Dari tahun 1960 sehingga tahun 1998, keluasannya telah menurun sebanyak 60% manakala isipadunya telah berkurangan hampir 80%. .
Dalam usaha untuk mengelakkan air Laut Aral dari terus mengering, kerajaan Kazakhstan telah membina empangan Kokaral bagi membendung air dari Laut Aral Utara melimpah ke sebelah selatan. Pembinaan empangan ini yang siap pada Ogos 2005 berhasil apabila paras air di sebelah utara meningkat dan industri perikanan hidup semula. Namun keadaan sebaliknya berlaku di sebelah selatan apabila paras air di Laut Aral Selatan semakin
menurun dan nasibnya tidak diketahui apabila negara Uzbekistan tidak berminat untuk memulihkan tasik tersebut.
Hasil dari ketamakan manusia industri perikanan pernah berkembang di tempat ini hancur akibat penyusutan danau. Wilayah Laut Aral juga tercemar, sehingga mengakibatkan munculnya masalah kesihatan. Penyusutan danau dilaporkan mengakibatkan perubahan iklim di kawasan Laut Aral mengakibatkan musim panas menjadi lebih panas dan kering, sementara musim dingin berlangsung lebih panjang dengan suhu yang lebih dingin.
Kejadian yang menimpa Laut Aral merupakan sebagai "salah satu bencana lingkungan terburuk di planet ini".

Pada tahun 1987, Laut Aral telah mengering dan terpisah kepada dua iaitu Laut Aral Utara di bahagian Kazakhstan manakala Laut Aral Selatan di bahagian Uzbekistan. Paras kandungan garam Laut Aral telah meningkat dengan mendadak iaitu 100g/L (sebagai perbandingan paras kandungan air laut biasa ialah 35g/L manakala paras kandungan garam di Laut Mati adalah 300 hingga 350g/L). Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan flora dan fauna yang pernah menghuni dasar tasik ini mati. Industri perikanan yang suatu ketika dahulu rancak dengan kegiatan nelayan menurunkan hasil-hasilnya di jeti-jeti sudahpun hilang. Bandar-bandar pesisiran pantai Laut Aral semakin sepi dengan penghijrahan penghuni-penghuninya ke tempat lain. Dasar Laut Aral menjadi kubur besar-besaran kapal-kapal yang pernah belayar di tasik ini. Iklim sekitar kawasan tasik ini berubah dan ramai penduduknya ditimpa penyakit
Dalam usaha untuk mengelakkan air Laut Aral dari terus mengering, kerajaan Kazakhstan telah membina empangan Kokaral bagi membendung air dari Laut Aral Utara melimpah ke sebelah selatan. Pembinaan empangan ini yang siap pada Ogos 2005 berhasil apabila paras air di sebelah utara meningkat dan industri perikanan hidup semula. Namun keadaan sebaliknya berlaku di sebelah selatan apabila paras air di Laut Aral Selatan semakin
menurun dan nasibnya tidak diketahui apabila negara Uzbekistan tidak berminat untuk memulihkan tasik tersebut.
Hasil dari ketamakan manusia industri perikanan pernah berkembang di tempat ini hancur akibat penyusutan danau. Wilayah Laut Aral juga tercemar, sehingga mengakibatkan munculnya masalah kesihatan. Penyusutan danau dilaporkan mengakibatkan perubahan iklim di kawasan Laut Aral mengakibatkan musim panas menjadi lebih panas dan kering, sementara musim dingin berlangsung lebih panjang dengan suhu yang lebih dingin.
Kejadian yang menimpa Laut Aral merupakan sebagai "salah satu bencana lingkungan terburuk di planet ini".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan