18 Mac 2012

Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia Tarikh Lahir

Sekiranya anda lahir pada 18 haribulan, anda sebenarnya dipenuhi dengan perubahab aktiviti dan perjalanan. Anda  seorang yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan orang awam kerana anda seorang yang suka menolong. Mempunyai sifat suka berdikari dan tidak suka dengan nasihat kerana anda memang tidak memerlukannya.



Anda tertarik kepada bidang yang luas yang memerlukan perhubungan awam seperti perundangan, politik dan keagamaan. Selalunya usaha pertama anda selalu tidak berhasil namun kerana anda mempunyai sifat suka berdikari ia tidak menjadi masalah kepada anda.  kadangkala anda diliha terlalu emosional oleh orang lain namun sebenarnya anda banyak bergantung kepada logika serta mempunyai sifat suka mengkritik. sifat ini membuat anda sesuai menjadi pengkritik,pengulas dan jurubicara kepada sesuatu bidang.

Dari Aspek kewangan anda tidak pernah terburu-buru kerana anda bertanggungjawab dalam mengatur aset material.

Dari aspek perhubungan ataupun perkahwinan, anda dikhuatiri akan terjadi masalah ditengah tengah jalan kehidupan anda. oleh sebab itu anda perlu berhati-hati dalam mengambil tindakan


sumber: Dari bacaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan