19 Mac 2012

PEMBUKAAN RASMI MUZIUM NEGERI MELAKA

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 19-03-1954





Artifak dan bahan-bahan tinggalan lama dapat memberikan gambaran tentang kelompok masyarakat setempat yang telah menghuni sesuatu kawasan di masa-masa silam. Pada hari ini 19.3.1954, Muzium Negeri Melaka telah dibuka secara rasminya oleh Pesuruhjaya Residen Melaka, Encik G.E.C. Wisdom. Muzium yang dibuka itu pada asalnya adalah bangunan pedagang Belanda. Muzium ini telah menjadi nyata hasil dari inisiatif Pesuruhjaya Tinggi Inggeris iaitu Sir Gerald Templer.




Muzium ini mempamerkan perkembangan sejarah budaya negeri Melaka semenjak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka hinggalah tercapainya kemerdekaan. Koleksi yang dipamerkan adalah bahan-bahan warisan Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan Portugis, Belanda dan Inggeris. Bahan-bahan dalam bentuk foto, objek dan lukisan seperti matawang Portugis dan Belanda, kerja tangan tembikar China, Belanda dan Jepun serta model-model kapal Portugis: pakaian tradisional tentera Portugis dan Belanda; perabut-perabut dari kebudayaan Melayu, China, Belanda dan lain-lain. Pembukaan muzium ini telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali sejarah zaman silam Melaka secara lebih dekat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan