12 Mac 2012

PEMBINAAN JAMBATAN KOTA DI KELANG DILULUSKAN

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 12-03-1957

Sumber: http://www.arkib.gov.my

Pembinaan sesuatu jambatan memainkan peranan penting untuk kemajuan dan perhubungan sesuatu tempat. Pada hari ini 12.3.1957, Kerajaan telah meluluskan pembinaan Jambatan Kota di Kelang, Selangor. Jambatan itu dibina oleh Syarikat British Dormon Long, dengan perbelanjaan kira-kira 7 juta ringgit, merupakan jambatan terbesar ketika itu dan panjangnya 1500 kaki. Jambatan itu dibina 2 tingkat dan di bahagian atasnya mempunyai sebatang jalan untuk kenderaan dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham dan sebaliknya dan bahagian bawahnya ialah khas untuk beca, basikal dan kenderaan-
kenderaan ringan yang lain.



Jambatan itu adalah sangat penting kepada ekonomi negara kerana ia menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham (Pelabuhan Kelang). Jambatan itu juga memainkan peranan penting kepada kemajuan Pelabuhan Kelang. Tanpanya, Pelabuhan Kelang tidak akan maju dan dapat berfungsi sepenuhnya kerana melalui jambatan Kotalah segala hasil dagangan dari Semenanjung Tanah Melayu di bawa untuk dieksport melalui Pelabuhan Kelang dan barang-barang yang diimport dari Pelabuhan itu di bawa ke serata tempat di negara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan