Benarkah bangsa
Melayu malas? Adakah bangsa Melayu bodoh dan mudah di beli dengan janji manis
dan wang ringgit?
Kenyataan yang
mengatakan orang melayu dan bodoh (tidak berkebolehan menguasai sesuatu bidang) telah acap kali di laungkan sejak saya
bersekolah rendah era 1980an sehingga
kini membuatkan hati saya panas dan
marah. Pada era Tun Mahathir sekiranya kenyataan ini dilaungkan oleh bangsa lain masih boleh dimaafkan kerana bangsa
Melayu begitu baik memendam perasaan marah kerana ingin menjaga keharmonian
yang hidup dengan pelbagai kaum. Kini
kenyataan ini bergema lagi tetapi dalam situasi
yang lebih lembut tetapi amat bahaya untuk generasi akan datang. Tuntutan hak sama rata dari kek ekonomi Negara dan kuasa memerintah tanpa mempedulikan hak
bumiputera yang telah ditetapkan didalam perlembagaan persekutuan serta
penghinaan kepada Raja – Raja Melayu yang selama ini merupakan payung bagi
rakyat berlindung kerana mereka berpendapat Bangsa Melayu sudah lama dibantu
sehingga mereka menjadi malas untuk maju kehadapan.
Saya dengan bangga untuk mengatakan bahawa
saya merupakan anak kepada seorang peneroka Felda di Daerah Jempol N.Sembilan yang bersyukur
mendapat peluang melanjutkan pelajaraan ke menara gading dan masih diberi
peluang menyumbang tenaga di dalan
sektor pembinaan. Pengalaman hidup susah sejak kecil dan bekerja dengan
Syarikat yang dimiliki oleh bangsa cina amat menyedarkan saya tentang nilai yang dimiliki oleh Bangsa Melayu .
Kenyataan bangsa melayu malas dan bodoh yang
di berikan oleh penjajah British hanyalah salah satu usaha melemahkan kebolehan bangsa melayu supaya generasi yang akan lahir hanya mewarisi hidup
sebagai anak petani dan nelayan. Hampir 500 tahun hidup terjajah membuatkan
kita lupa bahawa kita adalah bangsa yang amat hebat. Di zaman Kesultanan Melaka
kita merupakan bangsa peniaga, pembina
kapal – kapal hebat, pemimpin yang hebat
dan perajurit yang berdisplin sehingga mampu menguasai sebahagian besar tanah
besar Sumatera dan juga kepulauan Riau. Namun Pejajah Inggeris telah
melaksanakan dasar pecah dan perintah yang
mengakibatkan Bangsa Melayu terpinggir dari merasai kemewahan di bumi sendiri.
Hasil kekayaan dari
bumi menerusi Bijih Timah telah
telah dimonopoli oleh buruh – buruh yang di bawa dari Negara Cina
sehingga melahirkan ramai peniaga cina yang kaya. Malah penjajah Inggeris lebih
membantu golongan buruh Cina ini dengan pelbagai cara termasuk merampas lombong
yang dimiliki pembesar Melayu kerana golongan ini menjanjikan tenaga kerja yang murah dan mudah dikawal
menerusi penubuhan beberapa kumpulan
Kongsi Gelap. Didalam sejarah kita
penah melahirkan peniaga melayu yang berkebolehaan seperti Ngah Ibrahim, Dato
Naning dan banyak lagi namun semuanya telah di hapuskan oleh Penjajah inggeris
dengan merampas hak mereka dan di buang dari bumi sendiri semata- mata tidak
mahu melihat golongan ini menjadi pencetus kebangkitan menentang mereka. Malah
mereka ini di label sebagai golongan penentang atau penjenayah terhadap penjajah di dalam sejarah bukannya seorang penjuang
kemerdekaan.
Malah ketika tanaman
getah menjadi sumber kekayaan terbaru bagi penjajah Inggeris, sekali lagi
bangsa melayu dipinggir untuk turut serta merasai kekayaan di bumi yang
subur. Ladang getah berskala besar di buka dengan
menyediakan penempatan secara tersusun telah dimonopoli oleh buruh – buruh dari
Sri Langka dan India. Bangsa Melayu
masih di takuk lama sebagai petani dan nelayan.
Didalam petadbiran pula golongan bijak pandai dari India telah
menguasai hampir semua sektor kerana kebolehan mereka
berbahasa Inggeris . Bangsa Melayu hanya layak menjadi Drebar dan Kerani sahaja. Ketika ini Bangsa Cina sudah menguasai sektor
ekonomi dengan memiliki semua kedai di kawasan Bandar dan kampong. Malah semangat mempertahankan kedaulatan tanah air dengan
penubuhan Askar Melayu hanya di perolehi setelah desakan dari Raja Chulan dan
Pembesar – Pembesar melayu serta keperluan akibat ancaman dari kebangkitan Tentera
Imperialis Jepun. Berdasarkan fakta –
fakta diatas layakkan Bangsa Melayu yang baru terbela nasibnya selepas 50
tahun Malaysia merdeka bersaing dengan
bangsa Cina yang telah dibantu oleh penjajah Inggeris sejak tahun 1850- an dan
bangsa India sejak awal 1900- an?
Bangsa
Melayu umpama memandu kereta kancil
hendak mengejar kereta Ferrari dan BMW. Jika dipaksa sudah pasti
enjinnya akan rosak dan tidak dapat mengejar lagi dan akhirnya terus
ketinggalan. Persaingan haruslah
seperti perlumbaan Formula 1 dimana setiap kereta mempunyai spesifikasi
yang sama hanya kemahiran pemandu dan barisan jurutera serta taktik terbaik
yang menentukan pemenang.
Namun adakah
bangsa lain sudi membantu bangsa melayu? Berdasarkan pengalaman bekerja di
syarikat yang dimiliki oleh bangsa cina jika diambil secara positif, ia akan
melahirkan pekerja yang rajin bekerja dan menerima bangsa Melayu yang boleh
dikawal dengan kuasa wang. Sebab itu kita hanya dapat melihat bangsa
melayu hanya layak menjawat golongan
“non-executive’ sahaja. Jika ada yang menjawat “ executive level” hanya di beri
kerana permintaaan dari pihak pengurusan bagi Projek Kerajaan yang mahukan 30%
penyertaan bumiputera. Malah ada juga
jawatan tinggi diberikan kepada Bangsa Melayu tetapi bertujuan menggunakan
pengaruh mereka bagi tujuan melobi dan mendapatkan kontrak kerajaan. Sebab itu
kita melihat trend bekas- bekas pengarah
kerajaan yang pencen diberikan jawatan tersebut kerana ia murah kerana gaji selepas usia 55 tahun biasanya
dalam bentuk elaun dan bagi bekas pengarah kerajaan ini umpama bonus dan salah satu aktiviti
untuk menghilangkan perasaan boring mengharungi usia pencen. Adakah mereka pernah terfikir menjenguk
kebawah melihat dan membantu bangsa
mereka sekurang-kurang mendapatkan hak dan gaji yang setara dengan bangsa
lain. Jawapannya tetap sama rezeki
masing – masing sekiranya aku tak rebut nanti orang lain yang dapat.
Sepanjang
bekerja saya perhatikan tidak ada bezanya antara bangsa melayu dengan bangsa
lain Cuma tidak diberi peluang. Malah didalam bidang pembinaan bangsa melayu
lebih banyak menjadi golongan yang membuat kerja, bangsa cina menjadi golongan
yang memberi arahan dan mendapat keuntungan dari usaha bangsa melayu. Malah pemberian bonus juga hanya
mengutamakan ”key Player” dan seringkali
bangsa Melayu hanya mendapat serpihan kerana alasan tidak rajin dan tidak
terlibat dalam memberi idea membantu
menjayakan syarikat. Sebab itu
kita dapat melihat setiap projek pembinaan, amat jarang kita melihat bangsa melayu menjadi Pengurus Projek di dalam kontraktor utama mahupun sub
kontraktor bagi projek Kerajaan apatah lagi projek yang dilaksanakan oleh pihak
pemaju dan swasta. Adakah ini dikatakan Bangsa
Melayu malas dan bodoh?
Sejak
gelombang reformasi yang diperkenalkan
oleh Anwar Ibrahim, istilah kronisme telah digunakan secara meluas dalam usaha
melemahkan seterusnya menjatuhkan Kerajaan yang memerintah. Kenapa istilah kronisme digunakan kepada
bangsa Melayu sahaja tetapi tidak kepada bangsa lain? Adakah bangsa melayu saja
yang mengamalkan kronisme? Berdasarkan kepada pengalaman dari sektor pembinaan , Jika dibuat analisis jumlah tender bagi projek
“Mega“ yang dikatakan di beri kepada kroni tertentu, berapa peratus yang
sebenarnya di miliki oleh bangsa
melayu? Sebagai contoh sekiranya satu
syarikat melayu mendapat tender Kerajaan bernilai RM 1billion sekalipun,
mereka terpaksa membeli barang mentah seperti besi, pasir, simen, kayu, konkrit
malah paku dari pembekal yang
sememangnya dikuasai oleh bangsa cina. Malah
jentera pembinaan seperti “ Excavator “,
lori dan sebagainya dari syarikat logistik yang dimonopoli oleh bangsa cina.
Bagi melaksanakan kerja kita memerlukan tenaga buruh yang ramai dan murah sudah
tentu bidang ini telah dikuasai oleh bangsa cina. Jadi apa yang tinggal bagi
bangsa melayu, hanya jawatan yang tertera di carta organisasi sesebuah projek
yang di kehendaki oleh pihak kerajaan
sebagai pemilik projek. Itupun hanya 30% penyertaan golongan bumiputera. Malah akan ada syarikat melayu RM 2 yang
muncul semata – mata memenuhi keperluan
30 % yang ditetapkan sebagai pembekal bahan binaan. Secara keseluruhannya bangsa Melayu hanya
menikmati tidak sampai 5 % dari nilai
tender yang diberikan oleh Kerajaan.
Jika di tinjau
bagi projek yang di usahakan oleh syarikat swasta seperti pemaju perumahan saya
rasa nilainya lagi sedikit ataupun hampir tiada langsung penglibatan bangsa
melayu. Saya tidak nampak isu pemberian
tender kepada kroni tertentu yang sering di bangkitkan oleh bangsa cina
mahupun bangsa melayu liberal sebagai tidak adil ? siapa sebenarnya yang menguasai
nikmat dan nilai keseluruhan tender? Adakah kerana bangsa Melayu malas dan
bodoh? Bagaimana ingin bersaing sekiranya semua industri telah dimonopoli oleh
bangsa cina. Adakah mereka ikhlas
membantu bangsa melayu ?
Bangsa melayu
sebenarnya tidak malas. Bangsa melayu telah membuktikan bahawa jika diberi
peluang mereka boleh maju seperti
golongan peneroka Felda yang berani, tidak pernah mengeluh rasa penat
membanting tulang empat kerat mencari rezeki meneroka di kawasan yang dahulunya
hutan belantara malah berjaya keluar
dari kepompong kemiskinan serta melahirkan ramai generasi bijak pandai.
Bangsa Melayu
sebenarnya tidak bodoh. Bangsa Melayu telah membuktikan bahawa jika diberi
peluang dengan biasiswa MARA dan JPA mereka boleh menjadi seorang doktor,
jurutera dan sebagainya . Saya melihat
senario kini setiap langkah kerajaan membantu bangsa melayu akan di katakan
sebagai tidak adil dan tidak mempunyai semangat 1Malaysia.
Teringat
kata-kata ayah yang merupakan seorang
peneroka Felda berkata Malaysia umpama sebuah tasik yang didalam kaya dengan ikan. Bangsa Melayu
bersifat pemalu dan terlalu menghormati
orang lain kerana hanya menuntut 30 peratus sahaja dari keluasan tasik supaya
dapat mengambil hasil tangkapan ikan sebagai sumber rezeki kepada anak –anaknya.
Namun permintaan itu di tentang dan di bantah oleh bangsa lain kerana mereka
mendakwa kawasan yang diminta oleh
bangsa melayu mungkin mempunyai jumlah ikan berbanding 70 peratus kawasan yang
tinggal. Maka kerana bangsa melayu penuh
dengan sifat baik hati dan tidak mahu dikatakan tidak adil memberi kebenaran
bangsa lain sama – sama mencari rezeki di kawasan mereka.
Setelah mencapai
persetujuan malamnya bangsa Melayu ini membersihkan joran dan tali sehingga
ditegur isterinya kenapa tidak mahu
menggunakan jala dan pukat supaya mendapat hasil yang banyak. Si suami
menjawab jika digunakan jala dan pukat risau anak ikan turut terperangkap dan kelak dimasa
hadapan anak cucunya tidak dapat merasai hasil ikan yang banyak dan segar di
tasik tersebut. Keesokkan paginya ketika bangsa melayu itu turun ke tasik
menggunakan perahu, hatinya tersentap
melihat kawasannya telah dipenuhi oleh bangsa lain yang menangkap ikan
menggunakan bot berenjin serta jala dan
pukat. Bangsa Melayu ditanamkan sifat
sabar dan tidak suka mencari gaduh hanya mampu memendam perasaan marah kerana
mereka tidak menghormatinya malah tanpa
segan silu mengaut keuntungan. Hari berganti bulan dan akhirnya bangsa melayu
mulai sedar hasil tangkapannya semakin kurang malah acap kali dia pulang dengan
hampa kerana jumlah ikan semakin kurang.
Malah ada juga dia melihat bangsa lain menggunakan tuba untuk mendapatkan hasil
yang senang. Maka setelah berfikir akhirnya bangsa melayu mengambil keputusan
sekiranya dia sanggup berkongsi hasil dari 30 peratus kawasannya dengan bangsa
lain mungkin dia boleh dibenarkan menangkap ikan di 70 peratus kawasan milik
bangsa lain.
Sebaik menghampiri
kawasan milik bangsa lain bangsa
melayu terkejut kerana kawasan itu telah di pagari. Bangsa Melayu
amat marah kenapa beliau tidak dibenarkan masuk kekawasan tersebut. Maka bangsa
lain itu berkata kawasan ini telah
menjadi milik kami dan telah menjadi hak
kami untuk tidak mahu berkongsi. Maka Bangsa melayu itu berkata ini adalah tidak
adil kerana dia membenarkan bangsa lain mengambil ikan ditempatnya kenapa
bangsa lain enggan berkongsi rezeki dengannya. Maka bangsa lain itu berkata
kami hanya meminta tapi kamu sanggup untuk memberi jadi jangan salahkan kami.
Mendengar kata – kata itu bangsa melayu amat marah dan sanggup berperang.
Melihat situasi yang tegang maka bersetujulah bangsa lain untuk berkongsi
kawasan tetapi dengan dua syarat iaitu
pertama tiada lagi lagi pembahagian mutlak 70:30 peratus , semuanya kawasan
adalah sudah tiada pemilik bangsa masing masing menangkap ikan dimana mana dan
syarat kedua bangsa melayu mesti menggunakan bot yang besar
menggunakan enjin kerana risau perahu kecil
milik bangsa melayu terbalik di rempuh arus malah bangsa lain itu sanggup
menjual bot miliknya dengan harga yang
berpatutan. Bergembiralah bangsa melayu kerana berpendapat bangsa lain memberi
penjanjian yang adil sanggup membantu mereka.
Saya bertanya kepada ayah bagaimana nasib
bangsa melayu dipenghujung cerita. Ayah berkata , akhirnya orang melayu menjadi
pekerja di atas bot yang pernah dibeli dari bangsa lain kerana bangsa melayu
lupa mereka sebenarnya belum bersedia dan tidak tahu bagaimana mengoperasikan sebuah bot yang moden malah kini terpaksa bersaing
dengan bangsa lain yang sudah lama menggunakan bot tersebut. Malah tidak mampu
menanggung kos alat ganti bot yang dimonopoli oleh bangsa lain malah minyak
diesel yang digunakan perlu dibayar tunai dengan harga yang mahal kerana tiada
pilihan. Untuk kembali menggunakan perahu menangkap ikan , kawasan 30 peratus
yang dulunya milik mereka kini di kuasai bot – bot besar milik bangsa lain maka
akhirnya mereka terpaksa mengemis menjadi pekerja di bot besar milik bangsa lain dikawasan yang
dahulunya milik dan hak mereka.
Haruskah bangsa
melayu mengalah dengan tuntutan yang merupakan hak kita?
Adakah adil kita menuntut hanya 30 peratus dari kemewahan Malaysia bumi
ku yang tercinta.