Sistem Pengangkutan Awam Malaysia
Saya
mempunyai impian yang kecil dimana saya masih
berharap suatu masa nanti saya berpeluang merasai pengalaman memandu kereta keluar dari rumah yang terletak di Seremban menuju
ke Stesen Komuter yang menyediakan bangunan
meletak kenderaan bertingkat dengan sistem CCTV serta menawarkan harga yang berpatutan. Sebaik meletak kereta , saya
berjalan dengan penuh selamat menuju ke arah stesen utama dan langkah kaki ini terhenti seketika di ruang niaga yang terdiri pelbagai kaum menjual pelbagai aneka sarapan pagi yang menarik, suratkhabar dan
mungkin kad tambah nilai.
Sesekali melihat jam di tangan timbul
perasaan bimbang terlewat dan gagal
menaiki tren tetapi hati kecil memujuk supaya bertenang kerana KTMB menjanjikan
kekerapan tren setiap 10 minit membuatkan setiap penumpang boleh merangka
perjalanan masing – masing. Tepat seperti dijadualkan tren sampai di platform dan tidak lama kemudian pintu berbunyi
menandakan ia akan ditutup secara automatik. Pada yang tidak sempat tidak
mengapa kerana jadual kekerapan setiap 10 minit
tidak akan menghampakan penumpang.
Menaiki tren yang menggunakan tenaga
elektrik subsidi dari kerajaan sebagai salah satu cara menurunkan harga tambang
begitu lancar sehinggakan ada penumpang mengambil kesempatan membaca suratkhabar dan buku
sekaligus menyahut seruan Kerajaan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat. Bilangan
penumpang semakin ramai menggunakan perkhidmatan KTM Komuter kerana menawarkan pejalanan yang selesa serta murah menyebabkan
ramai pengguna bijak tidak lagi memandu kenderaan ke tempat kerja. Langkah
bijak KTMB secara langsung menolong
kerajaan mengurangkan subsidi bahan
bakar yang semakin mahal serta tidak konsisten dan secara tidak langsung
mengurangkan kesesakan di lebuhraya utama.
Tindakan Kerajaan menaiktaraf pengangkutan
awam secara tidak langsung menjimatkan duit rakyat yang sering digunakan menerusi beberapa kempen keselamatan
jalan raya yang dilaksanakan oleh MIROS serta beberapa agensi kerajaan dan yang
paling penting dapat menyelamatkan nyawa golongan pelapis negara yang ramai tewas di jalan raya.
Tren komuter kini akan melalui Stesen Kajang dan Serdang yang
mempunyai bilangan penumpang yang ramai. Namun kerana tren yang disediakan mempunyai
gerabak yang banyak serta mampu
menampung bilangan penumpang yang ramai walaupun terpaksa berhimpit sedikit
asalkan dapat sampai ke tempat kerja dengan selamat.
Impian kecil inilah yang setiasa berada di
hati dan kotak fikiran pengguna pengangkutan awam di Malaysia. Sejak tahun 2004
sehingga sekarang masalah ini masih belum selesai sepenuhnya dan pengguna hanya didendangkan
dengan pelbagai pengumuman, cerita indah mengenai cadangan dan sebagainya namun
realitinya masih cerita yang sama. Mungkin disebabkan kecewa dengan senario ini menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada
kekalahan BN di kawasan bandar.
Saya juga tertarik kepada kenyataan yang
dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Idris Jala yang
menyatakan bahawa Malaysia menuju kearah negara muflis pada 2019 sekiranya pemberian subsidi kepada rakyat tidak dihapuskan
segera.
Saya bukanlah seorang ahli ekonomi
tetapi saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana sudah sampai
masanya kerajaan menghapuskan semua subsidi bagi membolehkan wang tersebut
disalurkan kepada sektor yang memerlukan dan seterusnya membolehkan Malaysia menjadi Negara maju tetapi
penghapusan subsidi tanpa menyediakan pilihan alternatif kepada rakyat Malaysia bermakna ia akan mengundang
bencana kepada Kerajaan Pusat yang memerintah.
Semenjak
Tun Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri
saya berpendapat semua rakyat Malaysia termasuk diri saya akan bersetuju
petadbiran Negara seperti kehilangan
arah dan tujuan walaupun Tun Mahathir telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia
Negara Maju pada tahun 2020. Kita saban hari sering disajikan berita politik
yang memualkan penuh dengan fitnah dan
sebenarnya tidak menguntungkan kepada rakyat keseluruhan sehingga petadbiran negara
dilihat terikut –ikut arus fitnah dengan
mengadakan pelbagai Suruhanjaya Diraja dan pelbagai jenis “inquest” yang hanya menguntungkan golongan peguam yang
sudah diketahui mempunyai pendapatan
yang lumayan.
Penghapusan subssidi kepada rakyat boleh
dilaksanakan dengan berperingkat dan pegawai kerajaan haruslah rajin turun
kebawah mendekati rakyat serta mengambil tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat . Umum
mengetahui bahawa Menteri di setiap Kementerian akan datang
dan pergi setiap 5 tahun maka amanah
yang dipikul oleh setiap pegawai kerajaan adalah amat besar kerana
mereka sebenarnya yang melaksana, memantau dan mencari jalan penyelesaian bagi
setiap aduan rakyat bukannya menyerah
sepenuhnya kepada Menteri .
Secara umumnya masalah rakyat Malaysia yang bekerja di Lembah
Klang sememang telah diketahui oleh pemimpin atasan namun pelaksanaannya
sehingga sekarang hanya sekadar indah khabar dari rupa.
Sistem
Pengangkutan Awam yang efisien
Bagi penduduk Lembah Klang, mereka
mengimpikan sistem pengangkutan awam yang mudah, murah dan tepat. Sejak Tun Mahathir bersara sehingga sekarang
tiada peningkatan dalam sistem pengangkutan awam walaupun acap kali sudah
bertukar pengurusan. Sistem LRT Ampang Line dan Kelana Jaya Line sudah mencapai
tahap maksimum dan keputusan menambah bilangan tren bagi menampung kenaikan
penumpang memang wajar dilakukan.
Setakat hari ini sistem LRT ini merupakan
contoh terbaik dalam menyediakan kemudahan yang dikehendaki oleh penggunanya. Namun pelaksanaan penambahan landasan dan stesen LRT Fasa 2 harus dilaksanakan
dengan segera pembinaannya. Rakyat
Malaysia sebenarnya sudah jemu dengan kaedah pengumuman projek bernilai tinggi
yang dilaksanakan oleh pemaju atau kerajaan sekarang. Rakyat Malaysia sudah bijak menilai kerana
semua sedia maklum sekiranya majlis
pecah tanah atau perasmian bagi sesuatu projek
diadakan secara besar-besaran maka jawapannya projek itu tiada dana bagi
membinanya hanya sekadar lakonan yang disajikan kepada rakyat.
KTM Kommuter yang cukup sinomin dengan gelarannya iaitu Keretapi Tanah Melayu kerap menjadi
kritikan ramai penggunanya kerana tahap perkhidmatan dan pengurusannya
yang dikatakan masih di takuk lama dan
seperti tidak mahu berubah. Malah sudah
masanya pengurusan KTM Komuter yang menyediakan laluan dari Seremban dan Klang di swastakan agar tahap perkhidmatan mampu dipertingkatkan. KTM Komuter harus mencontohi Sistem LRT KL Rapid yang menjana pendapatan
bukan bersandarkan kepada jualan tiket
tetapi elemen lain seperti pengiklanan dan sewa tapak perniagaan. Tidak seperti LRT , KTM Komuter masih
memiliki tanah yang cukup besar bagi membina tempat letak kereta yang besar dan
ruang tapak kedai yang boleh di bina. Sekiranya kedua keperluan ini mampu di capai oleh
pihak pengurusan nescaya ia mampu membantu kerajaan menghapuskan subsidi yang
ditanggung setiap tahun.
Malah sekiranya projek bernilai besar atau
mega dapat diwujudkan maka secara tidak
langsung mampu meningkat peluang pekerjaan bagi sektor pembinaan yang semakin tenat.
Walaupun di label oleh ramai pihak projek bernilai besar sebagai pembaziran dan
hanya menguntungkan kroni tertentu tetapi terbukti ia memberi impak yang besar
bagi banyak sektor sehingga penjual nasi lemak di tapak pembinaan akan menikmati keuntungan hasil jualan kepada
pekerja binaan yang terlibat didalam projek mega tersebut. Penyediaan sistem pengangkutan awam yang
efisien mampu mengurangkan bilangan kenderaan menggunakan petrol dan diesel
yang merupakan penerima terbesar subsidi kerajaan hari ini.
Namun adakah Kerajaan pimpinan Dato Seri
Najib Tun Razak bersedia melaksanakan segera perubahan ini? . Mungkin impian
kecil ini akan menjadi realiti sejajar dengan saranan Perdana Menteri kita Dato
Najib Tun Razak yang telah menetapkan sasaran terkandung didalam NKRA yang
harus dicapai didalam petadbiran beliau. Sekali lagi pengguna pengangkutan awam
terpaksa menanti dan menaruh harapan agar impian kecil ini menjadi kenyataan. Kadang kala sumbangan kecil kerajaan kepada
rakyat sebenarnya adalah sebesar
nikmat bagi rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan