22 Jan 2012

KISAH BANGSA MELAYU


Benarkah bangsa Melayu malas? Adakah bangsa Melayu bodoh dan mudah di beli dengan janji manis dan wang ringgit?  

Kenyataan yang mengatakan orang melayu dan bodoh (tidak berkebolehan menguasai sesuatu bidang) telah acap kali  di laungkan sejak saya bersekolah rendah era 1980an  sehingga kini  membuatkan hati saya panas dan marah.  Pada  era Tun Mahathir sekiranya  kenyataan ini dilaungkan  oleh bangsa lain masih boleh dimaafkan kerana bangsa Melayu begitu baik memendam perasaan marah kerana ingin menjaga keharmonian yang  hidup dengan pelbagai kaum. Kini kenyataan ini bergema lagi tetapi dalam situasi  yang lebih lembut tetapi amat bahaya untuk generasi akan datang.  Tuntutan hak sama rata dari  kek ekonomi Negara dan  kuasa memerintah tanpa mempedulikan hak bumiputera yang telah ditetapkan didalam perlembagaan persekutuan serta penghinaan kepada Raja – Raja Melayu yang selama ini merupakan payung bagi rakyat berlindung kerana mereka berpendapat Bangsa Melayu sudah lama dibantu sehingga mereka menjadi malas untuk maju kehadapan.

Saya dengan bangga untuk mengatakan bahawa saya merupakan anak kepada seorang peneroka Felda  di Daerah Jempol N.Sembilan yang bersyukur mendapat peluang melanjutkan pelajaraan ke menara gading dan masih diberi peluang menyumbang  tenaga di dalan sektor pembinaan. Pengalaman hidup susah sejak kecil dan bekerja dengan Syarikat yang dimiliki oleh bangsa cina amat menyedarkan saya tentang  nilai yang dimiliki oleh  Bangsa Melayu .

Kenyataan bangsa melayu malas dan bodoh yang di berikan oleh penjajah British hanyalah salah satu usaha melemahkan  kebolehan bangsa melayu supaya  generasi yang akan lahir hanya mewarisi hidup sebagai anak petani dan nelayan. Hampir 500 tahun hidup terjajah membuatkan kita lupa bahawa kita adalah bangsa yang amat hebat. Di zaman Kesultanan Melaka kita merupakan bangsa peniaga,  pembina kapal – kapal hebat,  pemimpin yang hebat dan perajurit yang berdisplin sehingga mampu menguasai sebahagian besar tanah besar Sumatera dan juga kepulauan Riau. Namun Pejajah Inggeris telah melaksanakan dasar pecah dan perintah yang mengakibatkan Bangsa Melayu terpinggir dari merasai kemewahan di bumi sendiri.

Hasil  kekayaan dari  bumi menerusi Bijih Timah telah  telah dimonopoli oleh buruh – buruh yang di bawa dari Negara Cina sehingga melahirkan ramai peniaga cina yang kaya. Malah penjajah Inggeris lebih membantu golongan buruh Cina ini dengan pelbagai cara termasuk merampas lombong yang dimiliki pembesar Melayu kerana golongan ini menjanjikan  tenaga kerja yang murah dan mudah dikawal menerusi penubuhan beberapa  kumpulan Kongsi Gelap.   Didalam sejarah kita penah melahirkan peniaga melayu yang berkebolehaan seperti Ngah Ibrahim, Dato Naning dan banyak lagi namun semuanya telah di hapuskan oleh Penjajah inggeris dengan merampas hak mereka dan di buang dari bumi sendiri semata- mata tidak mahu melihat golongan ini menjadi pencetus kebangkitan menentang mereka. Malah mereka ini di label sebagai golongan penentang atau penjenayah terhadap  penjajah di dalam  sejarah bukannya seorang penjuang kemerdekaan.    

Malah ketika tanaman getah menjadi sumber kekayaan terbaru bagi penjajah Inggeris, sekali lagi bangsa melayu dipinggir untuk turut serta merasai kekayaan di bumi yang subur.  Ladang  getah berskala besar di buka dengan menyediakan penempatan secara tersusun telah dimonopoli oleh buruh – buruh dari Sri Langka dan India.  Bangsa Melayu masih di takuk lama sebagai petani dan nelayan.  Didalam petadbiran pula golongan bijak pandai dari India telah menguasai  hampir  semua sektor kerana kebolehan mereka berbahasa Inggeris . Bangsa Melayu hanya layak menjadi Drebar dan Kerani sahaja.  Ketika ini Bangsa Cina sudah menguasai sektor ekonomi dengan memiliki semua kedai di kawasan Bandar dan kampong.  Malah semangat  mempertahankan kedaulatan tanah air dengan penubuhan Askar Melayu hanya di perolehi setelah desakan dari Raja Chulan dan Pembesar – Pembesar melayu serta keperluan akibat ancaman dari kebangkitan Tentera Imperialis Jepun.  Berdasarkan fakta – fakta diatas layakkan Bangsa Melayu yang baru terbela nasibnya selepas 50 tahun  Malaysia merdeka bersaing dengan bangsa Cina yang telah dibantu oleh penjajah Inggeris sejak tahun 1850- an dan bangsa India sejak awal 1900- an? 

Bangsa Melayu  umpama memandu  kereta kancil  hendak mengejar kereta Ferrari dan BMW. Jika dipaksa sudah pasti enjinnya akan rosak dan tidak dapat mengejar lagi dan akhirnya terus ketinggalan.  Persaingan  haruslah  seperti perlumbaan Formula 1 dimana setiap kereta mempunyai spesifikasi yang sama hanya kemahiran pemandu dan barisan jurutera serta taktik terbaik yang menentukan pemenang.   

Namun adakah bangsa lain sudi membantu bangsa melayu? Berdasarkan pengalaman bekerja di syarikat yang dimiliki oleh bangsa cina jika diambil secara positif, ia akan melahirkan pekerja yang rajin bekerja dan menerima bangsa Melayu yang boleh dikawal dengan kuasa wang. Sebab itu kita hanya dapat melihat bangsa melayu  hanya layak menjawat golongan “non-executive’ sahaja. Jika ada yang menjawat “ executive level” hanya di beri kerana permintaaan dari pihak pengurusan bagi Projek Kerajaan yang mahukan 30% penyertaan bumiputera.  Malah ada juga jawatan tinggi diberikan kepada Bangsa Melayu tetapi bertujuan menggunakan pengaruh mereka bagi tujuan melobi dan mendapatkan kontrak kerajaan. Sebab itu kita melihat trend bekas- bekas  pengarah kerajaan yang pencen diberikan jawatan tersebut kerana ia murah  kerana gaji selepas usia 55 tahun biasanya dalam bentuk elaun dan bagi bekas pengarah kerajaan  ini umpama bonus dan salah satu aktiviti untuk menghilangkan perasaan boring mengharungi usia pencen.  Adakah mereka pernah terfikir menjenguk kebawah melihat dan  membantu bangsa mereka sekurang-kurang mendapatkan hak dan gaji yang setara dengan bangsa lain.  Jawapannya tetap sama rezeki masing – masing sekiranya aku tak rebut nanti orang lain yang dapat.  

Sepanjang bekerja saya perhatikan tidak ada bezanya antara bangsa melayu dengan bangsa lain Cuma  tidak diberi peluang.  Malah didalam bidang pembinaan bangsa melayu lebih banyak menjadi golongan yang membuat kerja, bangsa cina menjadi golongan yang memberi arahan dan mendapat keuntungan dari usaha bangsa melayu.  Malah pemberian bonus juga hanya mengutamakan  ”key Player” dan seringkali bangsa Melayu hanya mendapat serpihan kerana alasan tidak rajin dan tidak terlibat dalam memberi idea membantu  menjayakan syarikat.  Sebab itu kita dapat melihat setiap projek pembinaan, amat jarang kita melihat  bangsa melayu menjadi Pengurus Projek  di dalam kontraktor utama mahupun sub kontraktor bagi projek Kerajaan apatah lagi projek yang dilaksanakan oleh pihak pemaju dan swasta.  Adakah ini dikatakan Bangsa Melayu malas dan bodoh?

Sejak gelombang   reformasi yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, istilah kronisme telah digunakan secara meluas dalam usaha melemahkan seterusnya menjatuhkan Kerajaan yang memerintah.  Kenapa istilah kronisme digunakan kepada bangsa Melayu sahaja tetapi tidak kepada bangsa lain? Adakah bangsa melayu saja yang mengamalkan kronisme? Berdasarkan kepada pengalaman dari  sektor pembinaan ,  Jika dibuat analisis jumlah tender bagi projek “Mega“ yang dikatakan di beri kepada kroni tertentu, berapa peratus yang sebenarnya  di miliki oleh bangsa melayu?  Sebagai contoh sekiranya satu syarikat melayu mendapat tender Kerajaan bernilai RM 1billion sekalipun, mereka terpaksa membeli barang mentah seperti besi, pasir, simen, kayu, konkrit malah paku dari  pembekal yang sememangnya  dikuasai oleh bangsa cina. Malah jentera pembinaan seperti  “ Excavator “, lori dan sebagainya dari syarikat logistik yang dimonopoli oleh bangsa cina. Bagi melaksanakan kerja kita memerlukan tenaga buruh yang ramai dan murah sudah tentu bidang ini telah dikuasai oleh bangsa cina. Jadi apa yang tinggal bagi bangsa melayu, hanya jawatan yang tertera di carta organisasi sesebuah projek yang di kehendaki  oleh pihak kerajaan sebagai pemilik projek. Itupun hanya 30% penyertaan golongan bumiputera.   Malah akan ada syarikat melayu RM 2 yang muncul semata – mata  memenuhi keperluan 30 % yang ditetapkan sebagai pembekal bahan binaan.   Secara keseluruhannya bangsa Melayu hanya menikmati tidak sampai  5 % dari nilai tender yang diberikan oleh Kerajaan.

Jika di tinjau bagi projek yang di usahakan oleh syarikat swasta seperti pemaju perumahan saya rasa nilainya lagi sedikit ataupun hampir tiada langsung penglibatan bangsa melayu.   Saya tidak nampak isu pemberian  tender kepada kroni tertentu   yang sering di bangkitkan oleh bangsa cina mahupun bangsa melayu liberal sebagai tidak adil ? siapa sebenarnya yang menguasai nikmat dan nilai keseluruhan tender? Adakah kerana bangsa Melayu malas dan bodoh? Bagaimana ingin bersaing sekiranya semua industri telah dimonopoli oleh bangsa cina.  Adakah mereka ikhlas membantu bangsa melayu ?

Bangsa melayu sebenarnya tidak malas. Bangsa melayu telah membuktikan bahawa jika diberi peluang mereka  boleh maju seperti golongan peneroka Felda yang berani, tidak pernah mengeluh rasa penat membanting tulang empat kerat mencari rezeki meneroka di kawasan yang dahulunya hutan belantara malah   berjaya keluar dari kepompong kemiskinan serta melahirkan ramai generasi bijak pandai.
Bangsa Melayu sebenarnya tidak bodoh. Bangsa Melayu telah membuktikan bahawa jika diberi peluang dengan biasiswa MARA dan JPA mereka boleh menjadi seorang doktor, jurutera dan sebagainya .   Saya melihat senario kini setiap langkah kerajaan membantu bangsa melayu akan di katakan sebagai tidak adil dan tidak mempunyai semangat 1Malaysia.

Teringat kata-kata ayah yang merupakan seorang  peneroka Felda berkata Malaysia umpama sebuah tasik  yang didalam kaya dengan ikan. Bangsa Melayu bersifat   pemalu dan terlalu menghormati orang lain kerana hanya menuntut 30 peratus sahaja dari keluasan tasik supaya dapat mengambil hasil tangkapan ikan sebagai sumber rezeki kepada anak –anaknya.  Namun  permintaan itu di tentang  dan di bantah oleh bangsa lain kerana mereka mendakwa  kawasan yang diminta oleh bangsa melayu mungkin mempunyai jumlah ikan berbanding 70 peratus kawasan yang tinggal. Maka kerana bangsa melayu  penuh dengan sifat baik hati dan tidak mahu dikatakan tidak adil memberi kebenaran bangsa lain sama – sama mencari rezeki di kawasan mereka.

Setelah mencapai persetujuan malamnya bangsa Melayu ini membersihkan joran dan tali sehingga ditegur isterinya  kenapa tidak mahu menggunakan jala dan pukat supaya mendapat hasil yang banyak.  Si suami  menjawab jika digunakan jala dan pukat risau  anak ikan turut terperangkap dan kelak dimasa hadapan anak cucunya tidak dapat merasai hasil ikan yang banyak dan segar di tasik tersebut. Keesokkan paginya ketika bangsa melayu itu turun ke tasik menggunakan perahu,  hatinya tersentap melihat kawasannya telah dipenuhi oleh bangsa lain yang menangkap ikan menggunakan bot berenjin serta  jala dan pukat.  Bangsa Melayu ditanamkan sifat sabar dan tidak suka mencari gaduh hanya mampu memendam perasaan marah kerana mereka tidak menghormatinya malah  tanpa segan silu mengaut keuntungan. Hari berganti bulan dan akhirnya bangsa melayu mulai sedar hasil tangkapannya semakin kurang malah acap kali dia pulang dengan hampa kerana jumlah ikan semakin  kurang. Malah ada juga dia melihat bangsa lain menggunakan tuba untuk mendapatkan hasil yang senang. Maka setelah berfikir akhirnya bangsa melayu mengambil keputusan sekiranya dia sanggup berkongsi hasil dari 30 peratus kawasannya dengan bangsa lain mungkin dia boleh dibenarkan menangkap ikan di 70 peratus kawasan milik bangsa lain.

Sebaik menghampiri kawasan milik bangsa lain  bangsa melayu  terkejut kerana  kawasan itu telah di pagari. Bangsa Melayu amat marah kenapa beliau tidak dibenarkan masuk kekawasan tersebut. Maka bangsa lain itu  berkata kawasan ini telah menjadi  milik kami dan telah menjadi hak kami untuk tidak mahu berkongsi. Maka Bangsa melayu itu berkata ini adalah tidak adil kerana dia membenarkan bangsa lain mengambil ikan ditempatnya kenapa bangsa lain enggan berkongsi rezeki dengannya. Maka bangsa lain itu berkata kami hanya meminta tapi kamu sanggup untuk memberi jadi jangan salahkan kami. Mendengar kata – kata itu bangsa melayu amat marah dan sanggup berperang. Melihat situasi yang tegang maka bersetujulah bangsa lain untuk berkongsi kawasan  tetapi dengan dua syarat iaitu pertama tiada lagi lagi pembahagian mutlak 70:30 peratus , semuanya kawasan adalah sudah tiada pemilik bangsa masing masing menangkap ikan dimana mana dan syarat kedua   bangsa melayu mesti menggunakan bot yang besar menggunakan  enjin kerana risau perahu kecil milik bangsa melayu terbalik di rempuh arus malah bangsa lain itu sanggup menjual  bot miliknya dengan harga yang berpatutan. Bergembiralah bangsa melayu kerana berpendapat bangsa lain memberi penjanjian yang adil sanggup membantu mereka.

Saya bertanya kepada ayah bagaimana nasib bangsa melayu dipenghujung cerita. Ayah berkata , akhirnya orang melayu menjadi pekerja di atas bot yang pernah dibeli dari bangsa lain kerana bangsa melayu lupa mereka sebenarnya belum bersedia dan tidak tahu bagaimana mengoperasikan  sebuah bot yang moden malah kini terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang sudah lama menggunakan bot tersebut. Malah tidak mampu menanggung kos alat ganti bot yang dimonopoli oleh bangsa lain malah minyak diesel yang digunakan perlu dibayar tunai dengan harga yang mahal kerana tiada pilihan. Untuk kembali menggunakan perahu menangkap ikan , kawasan 30 peratus yang dulunya milik mereka kini di kuasai bot – bot besar milik bangsa lain maka akhirnya mereka terpaksa mengemis menjadi pekerja di bot  besar milik bangsa lain dikawasan yang dahulunya milik dan hak mereka.

Haruskah bangsa melayu  mengalah dengan tuntutan  yang merupakan  hak kita?  Adakah adil kita menuntut hanya 30 peratus dari kemewahan Malaysia bumi ku yang tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan