31 Mei 2012
30 Mei 2012
PERSIDANGAN DAMAI MALAYSIA-INDONESIA DI BANGKOK
HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 30-05-1966
Sumber: http://www.arkib.gov.my/
Pada hari ini dalam tahun 1966, satu persidangan damai Malaysia-Indonesia telah diadakan di Bangkok, Thailand. Persidangan ini bertujuan untuk menamatkan konfrantasi di antara kedua buah negara yang berjiran ini. Perwakilan Malaysia telah diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussein, manakala perwakilan Republik Indonesia pula diketuai oleh Dr. Adam Malik, Menteri Luar merangkap Menteri Hal Ehwal Politik Republik Indonesia. Di antara persetujuan yang dicapai dalam rundingan ini ialah persetujuan kedua-dua buah negara untuk memberikan kebebasan kepada Sabah dan Sarawak bagi menentukan kedudukan mereka dalam gagasan Malaysia melalui pilihan raya umum. Kedua-dua buah negara juga telah mencapai kata sepakat untuk memulihkan hubungan diplomatik dan memberhentikan pemusuhan dengan secepat mungkin. Lanjutan daripada persidangan ini, satu perjanjian untuk memulihkan hubungan, iaitu Normalisation Agreement telah ditandatangani pada 11 Ogos 1966. Dengan termeterainya perjanjian ini hubungan di antara Malaysia-Indonesia telah untuk menuju ke arah persefahaman dan kerjasama yang lebih erat.
KONFRONTASI INDONESIA
20 Januari 1963: Menteri Luar Indonesia, Soebandrio mengumumkan Indonesia mengambil sikap bermusuhan terhadap Malaysia.
12 April 1963: Sukarelawan Indonesia mula menyeberang masuk sempadan Sarawak dan Sabah untuk menyebarkan propaganda, melakukan serangan dan sabotaj.
27 Julai 1963: Presiden Sukarno mengumumkan “Ganyang Malaysia” yang menjadi ikon bagi konfrontasi Indonesia-Malaysia.
16 September 1963: Pembentukan Malaysia.
18 September 1963 dan seterusnya: Rusuhan di hadapan kedutaan British dan Singapura di Jakarta. Ejen Indonesia ditangkap di Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia membalas dengan mengepung Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Di sepanjang perbatasan di Kalimantan, berlaku peperangan perbatasan; pasukan Indonesia dan pasukan tak resminya mencuba menduduki Sarawak dan Sabah, tetapi gagal.
1964: Indonesia mula menyerang negeri di Semenanjung Malaysia.
Ogos 1964: Enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Kawalan TLDM dipertingkatkan di perairan Malaysia.
17 Ogos 1964: Pasukan tentera payung terjun Indonesia mula dikesan mendarat di pantai barat Johor.
2 September 1964: Pasukan tentera payung terjun Indonesia dikesan mendarat di Labis, Johor.
29 Oktober 1964: 52 Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Johor. Berjaya ditangkap oleh pasukan RAMD.
Januari 1965: Australia membantu mengirimkan 3 rejimen tentera dan 1 rejimen SAS bagi menambah kekuatan 14,000 tentera British dan Commonwealth sedia ada.
Pertengahan 1965: Indonesia mula menghantar Tentera Nasional Indonesia menyertai konfrontasi.
28 Jun 1965: Serangan TNI yang menyeberangi Pulau Sebatik dan Tawau. Pertempuran dengan RAMD.
Penghujung 1965: Berlaku konflik domestic menerusi kudeta terhadap Soeharto. Konfrontasi menjadi reda serta merta.
28 Mei 1966: Penyelesaian konflik antara Malaysia dan Indonesia menerusi persidangan Bangkok.
Jun 1966: Kekerasan dan konflik senjata berakhir.
11 Ogos 1966: Perjanjian damai Malaysia-Indonesia
29 Mei 2012
LAPANGAN TERBANG PALING EXTREME DI DUNIA
Princess Juliana International Airport
Lapangan Terbang ini merupakan yang kedua tersibuk di Timur Caribbean. Ia terkenal kerana mempunyai jarak mendarat yang pendek iaitu 2,180 metres/7,152 ft, yang merupakan jarak minima untuk kapal terbang bersaiz besar. Disebabkan itu, juruterbang terpaksa mengawal pesawat menghampiri pantai berdekatan di Maho Beach didalam keadaan altitude yang amat rendah. Ironiknya ia menjadi tumpuan pungunjung pantai menikmati pandangan jarak dekat pesawat ketika mendarat. Walaupun dikategori amat bahaya, kecekapan juruterbang amat dipuji kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku sepanjang lapangan terbang ini mula beroperasi.
Juancho E. Yrausquin Airport
Merupakan satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi Pulau Saba dari kepulauan Caribbean di Netherlands Antilles.
Terkenal kerana landasan yang pendek dan memerlukan juruterbang yang benar mahir untuk mengawal pesawat di samping keadaan angin lintang .
Lukla Airport
Lapangan terbang yang kecil di bandar Lukla di negara Nepal. Lapangan ini terkenal kerana merupakan satu-satunya lapangan terbang di altitude yang tinggi dan penting untuk pendaki Gunung Everest. Landasan yang pendek dengan jarak 2900 m dan berada di kawasan penggunungan himalaya mengingatkan kepada pendaki bahawa maut yang akan menimpa kepada pendaki sekiranya cuai ketika mendaki.
Sumber : http://etonnant-astonishing.webnode.com
Gibratar Airport
Terletak diantara Morocco dan Sepanyol di bina ketika Perang Dunia Ke2 dan sehingga kini merupakan lapangan bagi United Kingdom's Royal Air Force walaupun membenarkan penerbangan komersial menggunakan untuk penerbangan harian
Lapangan Terbang Gibraltar terkenal kerana landasannya melintasi jalan utama yang sibuk dan akan ditutup seketika bagi membenarkan pesawat mendarat dan berlepas.
Namun Malaysia pernah mempunyai lapangan terbang yang amat extreme dan masih kini berfungsi hanya untuk tentera udara dan penerbangan kecemasan
Lapangan Terbang Sungai Besi.
Berada di pinggir Pusat Bandar Kuala Lumpur merupakan lapangan yang unik kerana dikelilingi oleh pembangunan yang pesat. Pernah menjadi pusat kawalan operasi semasa Darurat dan kini menjadi sepenuhnya di bawah Tentera Udara Malaysia.
Lapangan Terbang Pulau Layang - Layang ( Kepulauan Spartly)
Lapangan terbang ini dibina oleh Tentera Laut Di raja Malaysia di tengah - tengah Kepulauan Spartly yang merupakan kawasan tuntutan pelbagai negara seperti China, Vietnam , Brunei dan Filipina.
Landasan yang di bina amat pendek memerlukan kemahiran juruterbang melakkukan pendaratan extreme untuk menghentikan pesawat.
Oleh kerana berada di kawasan koflik akibat tuntutan pelbagai negara terdapat resort untuk pelancong merasai kelainan berada di dunia ditengah - tengah Laut China Selatan.
27 Mei 2012
THE STORY OF COFFEE
Facts On Coffee
Drinking a single cup of coffee that has been brewing for 20 minutes provides the body with 300 phytochemicals which act as antioxidants and stay in the body for up to a month.
26 Mei 2012
METHOD STATEMENT FOR KENTLEDGE MAINTAIN LOAD TEST
I would like to share my experience in testing of piles during construction. The common test which
implemented at site in order to check the performance of piles is kentledge Load Test / Static Load Test.
The main objective of the load test is to study the performed working barrette piles when the 2 time
working load apply to the selected tested pile.
JEMPOLSLIFE: SUN TZU’S PAKAR SENI STRATEGI PEPERANGAN
JEMPOLSLIFE: SUN TZU’S PAKAR SENI STRATEGI PEPERANGAN: SUN TZU’S PAKAR SENI STRATEGI PEPERANGAN. Sumber: Wikipedia, Sun Tzu merupakan jeneral lagenda Cina yang terkenal sebagai seorang pak...
25 Mei 2012
THE DEEPEST BORE HOLE IN THE WORLD
I have read very interesting articles regarding on the deepest drilling bore hole in the world. Based on the articles it was amazing that the race to drill the deepest hole between USA and USSR as same as fighting to be the first mankind on the moon. The big project began since 1962 was led by USSR’s Onterdepartment Scientific Council for Study of the Earth’s Interior and Superdeep Drilling.
22 Mei 2012
PERANG NANING - BELANDA - (1641- 1645)
PERANG NANING PERTAMA.
Nama Naning tercatat didalam buku sejarah mengenai pejuangan menentang penjajah oleh penghulu Dol Said. Malah nama Dato Dol Said telah di tempat diantara tokoh pejuang melayu yang bangkit menentang penjajah Inggeris. Malangnya kegemilangan Naning suatu masa dahulu seakan hilang dari lipatan sejarah Malaysia pada hari ini malah kedudukannya yang kini diletakkan dibawah negeri Melaka seolah-olah sudah menafikan kewujudannya yang pada masa dulu merupakan sebuah negeri yang hebat.
Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke 15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah penempatan yang di namakan Naning. Naning juga adalah antara pernah menjadi anggota gabungan Negeri Sembilan yang bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada Negeri Sembilan. Naning mengamalkan Adat Perpatih dan diperintah oleh seorang Penghulu yang dikenali sebagai Undang. Kedudukan Naning pada hari ini adalah sebahagian dari Daerah Alor Gajah meliputi Sungai Baru Ulu, Masjid Tanah,Ayer Paabas,Lendu sehingga ke Tebong dan di Daerah Jasin yang melibatkan Batang Melaka, Jus dan Nyalas.
Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama negari-negari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning. Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka. Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.
Tertakluknya bandar Melaka menyebabkan Naning yang berada dipedalaman Melaka menjadi milik Belanda. Perjanjian 15 Ogos 1641 berikutan persetujuan Penghulu Naning (Orang Kaya Datuk Seraja Merah I) mengembalikan pampasan perang kepada Belanda telah tidak dipersetujui oleh orang-orang Naning yang kemudiannya diambil kesempatan oleh Belanda menghantar Alexander Mendes ke Naning bukan bertujuan: hendak menyelesaikan hura-hara tetapi sebaliknya menetapkan hak kekuasaan Belanda di Naning . Perjanjian ditandatangani bersama Gabenor Van Twist mengandungi 23 fasal diantaranya ;
1. Naning mengaku membayar kepada Belanda tiap-tiap setahun satu cabutan 1/10 daripada hasil-hasil padi buah-buahan dan lada hitam.
2. Menyerahkan sesiapa orang Naning yang bersalah melawan Belanda dihukum. Dan lain-lainnya
Namun syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi oleh Naning kerana dianggap berat sebelah dan hanya menguntungkan Belanda.
Pada akhir 1641, angkatan Belanda pimpinan Jan Menie mengganggu Sungai Penajis dengan menangkap dua perahu orang Naning sebagai hukuman keengganan tersebut. Pada mac 1642 angkatan ini bersama 12 perahu membawa 50 askar pergi ke Naning mengambil ufti tetapi gagal kerana berlaku kekacauan di Naning ketika itu.
Oktober 1642 orang Naning meminta bayaran ufti dibayar dengan wang atau lada hitam dan belanda dikehendaki menjual lada hitam dengan harga 30 Crusados setiap satu bahara tetapi tindakan Belanda menghalau Tok Lela Pahlawan menyebabkan keengganan mereka membayar ufti dan timbul beberapa penentangan antaranya pada 1643 angkatan Kapten Laurens Forsenburg dan Jan Menie bersama 6 askar Belanda terbunuh semasa dalam perjanan ke Rembau.
Begitu juga angkatan bantuan Gabenor Jeremics Van Vliet bersama 20 orang diserang handap oleh orang Rembau dalam hutan di antara Naning dengan Rembau.
Bantuan seterusnya juga diserang hendap mengakibatkan tiga puluh askar terbunuh dan sebuah peti yang mengandungi 14000 ringgit di ambil oleh orang Rembau .
Belanda bertindak balas menyebabkan tiada pertempuran berlaku. Tetapi pada Ogos 1644 seramai 1000 orang Naning menyerang Belanda menyebabkan menyebabkan pada Februari 1645 Belanda membakar Kampung Melekik dan membinasakan kebun buah dan sawah padi serta membakar rumah dan menebang 800 batang pokok kelapa menyebabkan Naning terpaksa meminta perdamaian dan menerima beberapa syarat.Tetapi keberatan membunuh tiga orang datuk-datuk dari Naning dan Rembau seperti yang di kehendaki oleh Belanda untuk mengelakkan permusuhan berpanjangan Belanda menyetujui permintaan tersebut .
Semenjak itu hingga beberapa tahun lamanya tiada berlaku perselisihan antara Naning dan Belanda. Pada 1675 Belanda menggantikan ufti dengan 400 gantang padi sehingga kepada 200 gantang kerana masalah kemiskinan Naning ketika itu .
21 Mei 2012
PELANCARAN MODEL TERBARU PROTON WIRA
HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 21-05-1993
Sumber : http://www.arkib.gov.my/
Pada hari ini dalam tahun 1993, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan model terbaru Proton yang diberi nama Proton Wira bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Y.Bhg. Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Tan Sri Dato’ Jamil Bin Mohd Jan; Presiden Mitsubishi Motors Corporation, Dr. Hirokazu Nakamura. Proton Wira adalah Proton generasi baru yang lebih aerodinamik, berciri moden, canggih dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk penumpang. Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengesa Proton agar meningkatkan usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk memastikan kereta nasional terus berkemampuan menandingi prestasi kereta lain di pasaran antarabangsa. Beliau juga berharap agar dengan adanya Proton Wira ini, usaha mencari pasaran baru dapat dipertingkatkan lagi. Sesungguhnya, pelancaran model terbaru ini merupakan satu lagi detik bersejarah dalam perkembangan dan kemajuan industri kereta negara. Ia merupakan satu kebanggaan dan kejayaan Malaysia yang telah membuktikan kemampuannya menerokai teknologi dalam industri automobil melalui satu proses perancangan, penyelidikan, pembangunan dan kepakaran kejuruteraan yang dimiliki anak-anak tempatan.
SUN TZU’S PAKAR SENI STRATEGI PEPERANGAN
SUN TZU’S PAKAR SENI
STRATEGI PEPERANGAN.
Sumber: Wikipedia,
Sun Tzu merupakan
jeneral lagenda Cina yang terkenal sebagai seorang pakar strategi
peperangan pada zaman perang antara negeri pada 544–496 BC. Strategi peperangan
ketenteraan yang di asaskan beliau menjadi rujukan sehingga ke hari ini.
Strategi untuk Memenangi
Peperangan
Strategi 1
Perdaya Langit untuk
melewati Samudera.
Menggunakan kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan
tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar akan menarik kecurigaan kepada pihak musuh. Untuk melemahkan
pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka dengan tenang bagi
menyembunyikan objektif tersembunyi dengan melakukakan aktiviti biasa seharian
dan bertindak ketika musuh tidak lagi curiga mengenai anda.
Strategi 2
Kepung Wei untuk
menyelamatkan Zhao.
Sekiranya berhadapan dengan pasukan musuh yang terlalu kuat
untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya. Ketahui bahawa
musuh tidak selalu kuat di semua hal. Entah dimana, pasti ada celah di antara
senjatanya, kelemahan pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda dapat
menyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untuk
melemahkannya secara psikologi.
Strategi 3
Pinjam tangan
seseorang untuk membunuh.
Kaedah ini lebih menggunakan kebijaksanaan politik bagi
menewaskan musuh dengan menggunakan pihak lain bagi menewaskan musuh anda.
Dengan menggunakan fitnah dan menyogok musuh bagi menjadi pengkhianat, atau
gunakan melagakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.
Strategi 4
Buat musuh keletihan
sambil menjimatkan tenaga.
Strategi ini selalu digunakan oleh banyak panglima perang
seperti perang hittin dimana salahuddin berhadapan dengan tentera salib dan
panglima Agung Khalid Al-Walid ketika perang Yarmouk. Sekiranya anda menghadapi
musuh , amat penting bagi anda menentukan waktu dan tempat petempuran . Dengan
cara ini, anda akan akan tahu bila dan di mana pertempuran akan berlangsung,
sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara
sia-sia sambil anda menjimatkan tenaga. Menyerang musuh disaat mereka keletihan.
Strategi 5
Gunakan kesempatan saat
terjadi kebakaran untuk mencuri
Gunakan kesempatan menyerang musuh ketika sebuah negara
mengalami konflik dalaman, ketika menghadapi penyakit dan kelaparan, ketika rasuah
dan kejahatan bermaharajalela, kerana pada waktu iut ia tidak akan mampu
menghadapin ancaman luar.
Strategi 6
Berpura-pura menyerang
dari timur dan menyeranglah dari barat.
Pada setiap pertempuran, elemen kejutan dapat menghasilkan
kejayaan yang berganda. Malah ketika
bertempur dengan musuh, kejutan masih dapat digunakan dengan melakukan serangan ketika mereka leka. Untuk melakukannya, pengetahuan
mengenai kelemahan musuh harus dikaji agar dapat melaksanakan tipu helah kepada
musuh.
Strategi
Berhadapan dengan Musuh
Strategi 7
Buatlah sesuatu untuk
hal yang sia -sia.
Menggunakan tipu helah yang sama sebanyak dua kali. Ini akan mengakibatkan musuh yang bertindak
selepas 2 kali terperangkap di dalm helah yang sama akan ragu-ragu mengenai
helah yang ke 3. Kerana helah yang
ketiga adalah serangan yang sebenar menewaskan musuh disaat pertahanannya lemah
Strategi 8
Secara rahsia pergunakan
lintasan Chen Chang.
Serang musuh dengan dua kekuatan pasukan. Yang pertama
adalah serangan langsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh
mempersiapkan pertahanannya. Yang kedua secara tidak langsung, sebuah serangan
yang menakutkan, musuh tidak mengira dan membagi kekuatannya sehingga pada
saat-saat terakhir mengalami kebingungan dan kemalangan.
Strategi 9
Pantau api yang
terbakar sepanjang sungai.
Jangan memasuki
wilayah pertempuran sehingga seluruh
pihak yang bertikai mengalami keletihan akibat pertempuran yang terjadi antara
mereka. Kemudian serang dengan kekuatan penuh untuk menghancurkan musuh.
Strategi 10
Pisau tersarung dalam
senyum.
Menggunakan pujian kepada musuh anda. Ketika anda mendapat
kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahsia.
Strategi 11
Mengorbankan perak
untuk mempertahankan emas.
Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan
jangka pendek bagi mendapatkan keuntungan jangka panjang. Ini adalah strategi
kambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.
Strategi 12
Mencuri kambing
sepanjang perjalanan
Masih fokus kepada objektif utama tetapi harus bijak dan fleksibel untuk mengambil
keuntungan dari tiap kesempatan yang ada walau sekecil manapun.
18 Mei 2012
PEMBUKAAN RASMI STESEN KERETAPI TAPAH ROAD
HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 18-05-1895
Sebelum adanya sistem pengangkutan moden di negara kita, sungai adalah merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan utama bagi penduduk di sini. Selain dari itu sungai juga adalah penting untuk berbagai aktiviti seharian penduduk. Penempatan dan bandar-bandar juga bermula di tebing-tebing sungai. Selepas kedatangan Inggeris beberapa sistem pengangkutan moden telah diperkenalkan di Tanah Melayu, seperti keretapi, kereta kuda, kapal wap dan sebagainya.
Tarikh Peristiwa pada 18-05-1895
Sumber :http://www.arkib.gov.my/
Sebelum adanya sistem pengangkutan moden di negara kita, sungai adalah merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan utama bagi penduduk di sini. Selain dari itu sungai juga adalah penting untuk berbagai aktiviti seharian penduduk. Penempatan dan bandar-bandar juga bermula di tebing-tebing sungai. Selepas kedatangan Inggeris beberapa sistem pengangkutan moden telah diperkenalkan di Tanah Melayu, seperti keretapi, kereta kuda, kapal wap dan sebagainya.
17 Mei 2012
16 Mei 2012
PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)
HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 16-05-1969
Pada hari ini dalam tahun 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Penubuhan majlis ini bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC. Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970. Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat. Sesungguhnya MAGERAN telah menyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.
Tarikh Peristiwa pada 16-05-1969
Sumber: http://www.arkib.gov.my/
Pada hari ini dalam tahun 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Penubuhan majlis ini bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC. Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970. Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat. Sesungguhnya MAGERAN telah menyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.
15 Mei 2012
PERASMIAN LOJI JANAKUASA LUMUT
HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 15-05-1997
Sumber: http://www.arkib.gov.my
Pada hari ini dalam tahun 1997, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan loji Janakuasa Lumut, di Segari, Perak. Turut sama pada upacara ini ialah Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Besar Perak, Y.A.B Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah; Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Khalid Ahmad. Loji yang berharga RM 4 billion ini merupakan loji janakuasa kitar padu terbesar di negara ini dan ketiga di dunia telah dibangunkan oleh Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. (SEV). Loji kitar padu kuasa gas ini berkemampuan menghasilkan 1,303 Megawatt (MW), mempunyai dua blok yang terdiri daripada tiga tarbin gas dan dua tarbin stim, berkeupayaan membekalkan bekalan elektrik tambahan sehingga 11 peratus ke gris nasional. Setiap satu loji janakuasa berkenaan mampu menjana 651.1 MW dengan setiap satu dilengkapi tiga turbin gas model ABB 13E2, tiga penjana wap pemulihan haba, satu turbin wap, empat penjana elektrik sampingan dan peralatan serta kemudahan saling bersambung dalam bangunan. Operasi loji janakuasa ini 100 peratus dilaksanakan oleh syarikat bumiputera. Sesungguhnya, Loji Janakuasa Lumut ini berjaya memenuhi keperluan tenaga elektrik negara serta membuktikan kemampuan bumiputera dalam industri penjanaan kuasa.
Tarikh Peristiwa pada 15-05-1997
Sumber: http://www.arkib.gov.my
Pada hari ini dalam tahun 1997, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan loji Janakuasa Lumut, di Segari, Perak. Turut sama pada upacara ini ialah Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Besar Perak, Y.A.B Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah; Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Khalid Ahmad. Loji yang berharga RM 4 billion ini merupakan loji janakuasa kitar padu terbesar di negara ini dan ketiga di dunia telah dibangunkan oleh Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. (SEV). Loji kitar padu kuasa gas ini berkemampuan menghasilkan 1,303 Megawatt (MW), mempunyai dua blok yang terdiri daripada tiga tarbin gas dan dua tarbin stim, berkeupayaan membekalkan bekalan elektrik tambahan sehingga 11 peratus ke gris nasional. Setiap satu loji janakuasa berkenaan mampu menjana 651.1 MW dengan setiap satu dilengkapi tiga turbin gas model ABB 13E2, tiga penjana wap pemulihan haba, satu turbin wap, empat penjana elektrik sampingan dan peralatan serta kemudahan saling bersambung dalam bangunan. Operasi loji janakuasa ini 100 peratus dilaksanakan oleh syarikat bumiputera. Sesungguhnya, Loji Janakuasa Lumut ini berjaya memenuhi keperluan tenaga elektrik negara serta membuktikan kemampuan bumiputera dalam industri penjanaan kuasa.
14 Mei 2012
MENGEJAR EVEREST - ANTARA IMPIAN DAN NILAI KEMANUSIAN.
KD LEKIR TLDM DILANCARKAN
HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 14-05-1983
Sumber: http://www.arkib.gov.my/
Kapal-kapal laut merupakan keperluan asas bagi Tentera Laut DiRaja Malaysia untuk menjalankan fungsi dan objektif yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Di antara beberapa buah kapal laut TLDM yang sering digunakan untuk latihan-latihan dan kawalan keselamatan perairan laut negara ini ialah KD Sri Indera Sakti, KD Paus, KD Pari, KD Gempita, KD Lekir dan lain-lain lagi.
Tarikh Peristiwa pada 14-05-1983
Sumber: http://www.arkib.gov.my/
Kapal-kapal laut merupakan keperluan asas bagi Tentera Laut DiRaja Malaysia untuk menjalankan fungsi dan objektif yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Di antara beberapa buah kapal laut TLDM yang sering digunakan untuk latihan-latihan dan kawalan keselamatan perairan laut negara ini ialah KD Sri Indera Sakti, KD Paus, KD Pari, KD Gempita, KD Lekir dan lain-lain lagi.
10 Mei 2012
Water Transfer Pahang To Selangor Project
The idea of these smart project began after Lembah Klang Water Crisis 1997 involved more than 1.4 million people including myself. That the worst time in our life, living without the water. These crisis turn down the Jabatan Bekalan Air Selangor to privatisation as water operator to PUAS and now to SYABAS. I hope the political issue shall put aside in order to avoid another water crisis hit Selangor by 2014.
Langgan:
Catatan (Atom)