18 Mei 2019

Pendekar Laut Episode 01


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA- SHIGAKUIN ( PART 2)

JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA- SHIGAKUIN ( PART 2)




Salah satu kenangan terindah ketika berada di Shigakuin adalah merasai pertama kali didalam seumur hidup pengalaman ketika salji turun. Tidak dapat digambarkan betapa cantiknya permandangan dan betapa takjubnya dengan ciptaan Allah.  oleh kerana bandar Shigakuin di kelilingi oleh bukit dan sungai, pemandangan di musim salji adalah pengalaman yang tidak dapat dilupai sehingga kini kerinduan untuk menikmati suasana itu amat tinggi.


Kyoto merupakan kawasan yang agak kurang di landa salji berbanding kawasan utara Jepun. Selalunya salji akan turun dengan lewat di pertengahan bulan February. Walaupun pada ketika pertama kali salji turun pada waktu jam 1 pagi, penulis bersama isteri sanggup keluar untuk pertama kali merasai titisan salji yang turun dengan lebat. walaupun suhu amat sejuk, namum buat manusia yang tinggal bumi khatulistiwa, ia merupakan kenangan seumur hidup.




sebaik matahari menampakkan diri, penulis berkesempatan menikmati pandangan bumi shigakuin yang dilimpahi warna putih. Segala stress bekerja hilang sekelip mata dan tanpa sedar rupanya sudah terlalu jauh berjalan dari kediaman. 

Kawasan Shigakuin tidaklah banyak tempat menarik untuk di lawati kecuali untuk pencinta sejarah dan yang meminati "hiking".

Di sini terdapat Shugakuin Imperial Villa (修学院離宮, Shugakuin Rikyū) yang di bina pada kurun 17th oleh Emperor Gomizuno. Asalnya sebuah temple dan akhirnya kawasan ini di jadikan salah satu istana oleh pemerintah.



Shugakuin hanyta boleh dilawati dengan dibantu oleh tourist guide disebabkan kawasannya yang terlalu besar. untuk melawat keseluruhan kawasan ia memerlukan 1 jam 20 minit . bagi yang meminati seni bina dan taman, ianya sesuatu yang menarik.



Tetapi sekiranya anda melancong menerusi tour travel, tempat ini mengambil masa yang lama untuk dilawati.


ja mate ne , arigatoo

18 Dis 2018

KENAPA ORANG JEPUN SIHAT


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA 

KENAPA ORANG JEPUN SIHAT?



Pengalaman berada di negara matahari terbit membuka penulis mengenai cara hidup dan budaya bagi sebuah bangsa banyak mempengaruhi tahap kesihatan dan sosio ekonomi sebuah negara.  Apabila sesuatu bangsa mengamalkan budaya hidup yang sihat menerusi cara pemakanan dan cara hidup secara langsung mengurangkan pembelanjaan besar kerajaan terutama menyediakan kos ubatan dan pembangunan hospital.

25 Nov 2018

How to live at kyoto - 4 Musim Di Jepun

JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA

EMPAT MUSIM DI JEPUN

Ketika pertama kali menjejak kaki ke bumi sakura ( Jepun ) pada 1 October 2011 iaitu pada musim luruh. Cuaca yang agak nyaman dan apabila angin bertiup, terasa sejuk sehingga ke tulang walaupun berpakaian tebal tetapi agak segan apabila melihat orang jepun hanya berpakain skirt pendek sahaja.

Jepun mempunyai “empat musim”, iaitu, musim bunga(bulan Mac hingga Mei), musim panas(bulan Jun hingga Ogos), musim luruh(bulan September hingga November) dan musim sejuk(bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

1. Musim Bunga ( 春 - Haru)


13 Apr 2016

How to live at Kyoto - Shigakuin International House ( Part 1)


Jejak Kembara di Bumi Sakura-  Shigakuin International house.

Ohayo gozaimasu




 Bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Kyoto Universiti pasti mempunyai pengalaman tinggal di Shigakuin International House. Pengalaman tinggal di Shigakuin pasti satu pengalaman yang pasti tidak dapat di lupai selamanya.




7 Apr 2016

Cracking in Concrete



Learning Basic Knowledge As Civil Engineer


Cracking in concrete

ohayo gozaimasu.  
  • As Civil Engineer, cracking in concrete is hard to determine either it can affected the strength of structural or the structural is safe to be use.  
  • Based on experience working as Civil Engineer, the crack issue sometime become complicated to resolve between contractor and consultant. 
  • So far in Malaysia there no guide line and standard procedure that shall be follow in order to resolve this cracking issue. 
  • Please be reminded that crack and honeycomb is not a same. If honeycomb even it seen as severe honeycomb, it still can be repaired by proposing using grout cement material. However, cracking in concrete is sometime more difficult to handle. Even it seen barely visual, it is hard to prove to designer that the integrity of structure is not affected.
  • Many cases, when this cracking in structure raised up to top management, normally main consultant will reject the structure with reason the cracking in concrete are not acceptable to be use because the strength and durability of structure is affected and questionable unless the contractor can prove otherwise.
  • If the structure such as sump, drainage or any structural as long it not involving the public and live load, it still can be acceptable by main consultant. Normally the cracking in concrete will be come to argument for the pre stressing structure such as Precast Beam, Precast Box Girder etc because of it is main structure and the cost is very expensive.
  • Concrete is basically a mixture of three components: aggregates, water and cement. The aggregate component is normally comprised of sand and gravel or crushed stone.
  • The cement component is normally comprised of cementing materials, (portland cement with or without supplementary cementing materials), water, and air.

17 Jun 2015

How to live at Japan - Hotel and space


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu

Konichiwa

Jepun memang dikenali sebagai negara yang amat padat dari segi penduduk per kawasan. Sebelum sampai di Jepun, didalam pemikiran penulis membayangkan penduduk Jepun yang terlalu ramai sehingga kekurangan tanah untuk membina rumah sehingga terpaksa menambak laut bagi menampung keperluan tersebut. 

Tetapi pengalaman tinggal di Kyoto mendapati pesepsi tersebut adalah salah sama sekali. Walaupun mengejar pembangunan tetapi warisan nenek moyang dan tradisi di Jepun amat di hargai dan jaga bagi kegunaan generasi akan datang. 





Namun setelah tinggal di Jepun , perasaan simpati tadi bertukar kepada negara sendiri kerana di Jepun kawasan hutan masih terperihara dan tidak sewenang- wenangnya boleh diterokai. 


Kawasan tanah tinggi adalah dilarang untuk pembangunan.  Manakala kawasan keluasaan pertanian seperti sawah padi masih kekal seperti dulu dan sebarang pembangunan mestilah diganti dengan kawasan lain.



Kerajaan Jepun akan memastikan jumlah beras setiasa cukup untuk rakyatnya dan disebabkan itu Jepun tidak memerlukan beras import untuk rakyatnya sebab rakyat Jepun mempunyai sifat ego dan hanya mengagungkan barangan yang dihasilkan oleh rakyatnya. Sifat ini amat baik untuk di contohi oleh rakyat Malaysia. 


So kalau pergi pasaraya memang tak jual beras import seperti beras siam atau basmathi. Kalau tekak tak boleh makan beras jepun so kenalah order online beras siam…



Oleh kerana kawasan rendah sahaja dibenarkan membina bangunan maka ia menyebabkan Jepun kekurangan tanah dan oleh sebab itu di Jepun ruang adalah sesuatu yang amat dihargai.  Setiap ruang atau petak kosong di Jepun akan digunakan sebaiknya. Oleh sebab itu jangan terkejut sekiranya di Malaysia sekiranya kita menginap di Hotel 5 bintang,  ruang bilik tidur di hotel sebesar  rumah  semi D.  

Tapi di Jepun, even tinggal di Hotel 5 bintang,  ruang bilik hotel sebesar bilik no 2 rumah Semi D di Malaysia. 


Sampai di Kyoto Station, penulis  mengambil keputusan untuk tinggal di Kyoto Tower Hotel berhampiran dengan Kyoto Station.  Sesuatu yang unik di Jepun adalah bayaran untuk tinggal di hotel berdasarkan orang bukannya bilik. So kalau kita datang berdua , untuk menyewa di hotel bilik yang sama tetapi bayarannya mengikut bilangan orang. So tak kiralah kalau nak sewa single room, Queen room, king room ker bayar ikut kepala. So bayaran di Kyoto Tower Hotel adalah 6,500 yen seorang so dengan isteri terbanglah 13,000 yen. Nilai yen vs ringgit pada tahun 2010 lebih kurang 1000 yen = RM42. So lebih kurang RM 550 ringgit




so bila masuk jer bilik hotel ……….punyalah sempit. Kalau ikut standard kat Malaysia ruang bilik hotel ni macam hotel  2 atau 3 bintang.. Tapi itulah hakikat di Jepun kerana ruang adalah mahal. 
 



Sifat mulia yang dimiliki oleh orang Jepun adalah generasi sekarang sanggup berkorban dan berfikir panjang bagi memastikan generasi akan datang masih mempunyai ruang untuk tinggal. Berbanding dengan sikap orang Malaysia yang hanya mementing pada masa sekarang kerana berpandangan generasi akan datang pandai- pandailah nak hidup. Apa yang penting rezeki depan mata kita sapu dulu…Oleh sebab itu di Jepun,  generasi sekarang lebih mementing pride supaya apa yang mereka lakukan tidak akan membebankan generasi akan datang. 






 Sebagai contoh semua kawasan adalah dilarang merokok kecuali di kawasan yang khas untuk merokok. Oleh sebab itu di Jepun kawasan persekitaran amat bersih dan sampah amat sukar di jumpai.



Walaupun mahal tapi dapatlah tiket free naik Kyoto Tower. First day sampai dah boleh tengok bandar Kyoto dari atas...








so kita sambung cerita pada next episode.  

jaa ne , sayonara......



15 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival part 2)


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu....

So sambung balik cerita masa first time datang . Oleh kerana pihak universiti telah menyediakan rumah untuk pelajar di Kyoto University ( kena tempah awal sebab setiasa penuh) atau di panggil International House di Shugukuain hanya masuk pada hari Isnin.

So sebab sampai pada Jepun pada pagi Ahad terpaksalah tinggal di hotel sehari. Pihak university juga telah memberi panduan agar menggunakan train ‘ Haruka Line’  (ekpress train macam bullet train tapi kurang sikit laju dia) bagi pejalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Station.  So kalau nak selesa kena reserved seat so harga mahallah sikit

13 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival - part 1 )


Jejak kembara di bumi sakura.


Osaka dari tingkap kapalterbang



Ohayo Gozaimasu
Konichiwa.. 

Pengalaman tinggal selama 3 tahun di jepun merupakan satu peluang yang tidak akan dilupakan seumur hidup.  

Pertama kali hidup  bersama anak seramai 4 orang di bumi yang cukup asing dari aspek budaya dan cara hidup benar – benar memberi satu kesan yang cukup mendalam dan menjadi satu pengajaran yang amat berguna.  

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang meluluskan biasiswa bagi isteri yang melanjutkan pengajian ke peringkat PHd di Kyoto University Japan. 

31 Mei 2015

UV UMBRELLA FROM JAPAN










Traffic Law at Japan

Ohayo Gozaimasu




Kejadian kemalangan yang meragut nyawa Fairuz Nizam Husain 35, serta isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Anisa yang berusia tujuh bulan di lebuhraya Duta- Ulu Kelang (DUKE) pada awal sabtu 2 Mei 2015 amat menyedihkan dan menyentap perasaan masyrakat Malaysia. Lebih menyedihkan apabila memikirkan nasib dua lagi anak mangsa yang masih kecil iaitu Nur Firuza Amira 7 tahun dan adik Nur Firuza Aqila 4 tahun yang harus menempuh hidup yang panjang tanpa kehadiran kedua ibubapa mereka.

9 Jun 2014

Momotaro Jeans History

Momotaro Jeans History


Hii ohayo gozaimasu..

Wow!  more than 2 years i left my blog without any news post.  Since now  i have been stayed at Kyoto more than 2 years so i think i will share my next articles about Japan

Currently in denim's world, Japan own brand denim became one of expensive and famous denim in the world. The Japanese premium denim brand Momotaro was founded (2006) in Kojima in Okayama, a place where time still passes slowly. The small coastal town moves at an unhurried pace from the rest of the world and simply being there can allegedly make you feel relaxed.


13 Nov 2012

Peribadi wanita melalui cara berjalan



 1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

9 Nov 2012

UNDANG-UNDANG TUBUH LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI (LUTH) DIPINDA


UNDANG-UNDANG TUBUH LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI (LUTH) DIPINDA

Tarikh Peristiwa pada 08-11-1975


Sumber: http://www.arkib.gov.my/
 Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji No.8/1969 dengan mempunyai tugas-tugas iaitu menguruskan suatu kumpulan wang untuk menyelenggarakan wang simpanan berhubung dengan perlindungan, pengawalan dan kebajikan am orang-orang yang menunaikan Haji ke Tanah Suci dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Dalam melaksanakan Undang-Undang Tubuh Lembaga Urusan Tabung Haji, Kerajaan telah mendapati beberapa pindaan perlu dikaji dan dipinda untuk memberi kemudahan dan kebajikan kepada penabung-penabung. Pada hari ini 8 November 1975 Y.A.B.

6 Nov 2012

Restoration of Malacca River - Value for Tourism Attraction


Ohayo gozaimasu, 



I would like to share an interesting construction that have value impact to the economic growth of my hometown's state Malacca. The view of Malacca River always have been  viewed  in my mind because a lot of my back school memories happened here because there were bus station located nearby that strategic as meet point to gather with my friend during free time.

14 Okt 2012

METHOD STATEMENT INSTALLATION OF SHEET PILES


Ohayo gozaimasu


The installation of sheet piles are the famous type of temporary works for the construction of  building or bridge during foundation works such as pilecap structural.   Steel sheet piles are long structural sections with a vertical interlocking system that creates a continuous wall.

The walls are most often used to retain either soil or water. The ability of a sheet pile section to perform is dependent upon its geometry and the soils it is driven into. The pile transfers pressure from the high side of the wall to the soil in front of the wall.

There are permanent and temporary applications. Permanent sheet piles remain in the ground and serve as permanent retaining structures. Temporary sheet piles are designed to provide safe access for construction, and are then removed.

However in the construction works today with amount of contract sum too  low due to the tight competition during tender process and in order to secure profit margin sometime we overseen and under estimate the ground condition without take considered the temporary cost such as sheet piles.

If the  contract awarded  based on the bill of quantities it so lucky if the client could agree on the variation order for the additional works. Sometimes it so hard to fight because in the normal contract document all the temporary work such as providing access and etc within period of construction have included under general works and preliminaries item.

19 Sep 2012

Syed Sheikh bin Syed Ahmad Al-Hadi




Syed Sheikh bin Syed Ahmad Al-Hadi merupakan seorang penerbit, pemikir dan reformis yang tersohor dalam sejarah masyarakat Melayu. Beliau juga seorang personaliti yang pada zamannya sering diselubungi kontroversi. Ini mungkin kerana Syed Sheikh Al-Hadi adalah seorang yang jauh terkehadapan dalam pemikirannya di kalangan masyarakat pada awal abad ke-20.

Pendirian dan pemikirannya yang agak radikal barangkali telah terbentuk semasa pengembaraannya ke luar negara demi menimba ilmu. Beliau telah berkelana ke pelbagai negara dan wilayah seperti Mekah, Beirut dan akhirnya Kaherah, Mesir, di mana beliau telah berguru dengan Muhammad Abduh. Pengaruh tokoh reformis Islam dari Al-Azhar ini telah banyak mempengaruhi dan membentuk pemikiran Syed Sheikh Al-Hadi.
Sekembalinya dari Mesir, beliau telah menubuhkan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura, Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan kemudiannya Madrasah Al-Mashoor (1926) di Pulau Pinang. Melalui sekolah-sekolah tersebut, khususnya Al-Mashoor di Pulau Pinang, beliau telah mewariskan citra pendidikan moden dan kefahaman Islam yang progresif.

Beliau bersama sahabat-sahabatnya juga telah menerbitkan majalah Al-Imam (1906), Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Beliau juga giat menulis, dan antara penulisannya yang paling menarik kontroversi pada masa itu adalah Hikayat Faridah Hanum, iaitu sebuah karya yang mengisahkan tema emansipasi wanita, suatu gagasan yang sudah tentu telah menggegarkan lumrah pemikiran masyarakat Melayu 1920-an.

Salah satu rencana yang menulis mengenai tokoh tersohor ini secara agak teperinci ditulis oleh  http://padangkomunikasi.wordpress.com/  yang merupakan penulis dari seberang. 

A. Pendahuluan

Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi adalah tokoh yang tidak bias tidak harus dibicarakan apabila menyinggung tentang dakwah islamiyah dan sekaligus pembaharuan Islam pada awal abad ke XX di Malaysia. Keberaniannya melawan arus tradisional di kerajaan tersebut membuat ulama ini sangat dibenci oleh para ulama tradisional dan raja-raja Melayu. Akan tetapi setelah beliau meninggal dan telah berlalu puluhan tahun, jasa-jasanya selalu diungkit dan disebut-sebut telah membawa kemajuan umat Islam di Malaysia. Siapa dia dan bagaimana usahanya akan dijelaskan di bawah ini:

B. Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi

Syed Sheikh bin Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’Alawi, seterusnya di sebut Syed Sheikh. Beliau merupakan salah seorang tokoh Kaum Muda yang memainkan peranan penting dalam usaha dakwah pada awal abad ke-20 di Malaysia khususnya dan di Nusantara pada umumnya. Siapa dia akan dijelaskan di bawah
1. Latar Belakang Peribadi
Syed Syekh bin Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’Alawi yang lebih terkenal dengan nama Syed Syekh. beliau dilahirkan pada tanggal 22 Nopember 1867 M. di Kampung Hulu, Malaka. Ibunya Zulhijjah orang Melayu Malaka sedangkan ayahnya Syed Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’alawi (1837-1895) Arab keturunan Hadhramaut yang menetap di Malaka (Abu Bakar Hamzah, 1991: 133), dengan demikian Syed Syekh sebenarnya adalah anak blasteran Melayu-Arab, (Alijah Gordon, 1999: 69-70).

Syed Sheikh dilahirkan pada hari Selasa petang 25 Rajab 1284 H bertepatan dengan 22 Nopember 1867 M. di Kampung Hulu, Malaka[i]. Malaka bisa dipandang sebagai kampung asal bagi Syed Sheikh di Nusantara, kerana ibunya Zulhijjah adalah orang Melayu Malaka. Sedangkan ayahnya Syed Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’alawi (1837-1895) Arab keturunan Hadhramaut (Abu Bakar Hamzah, 1991: 133), juga kelahiran Kampung Hulu, Malaka. Apabila garis keturunan ayahnya (patrilinial) yang dijadikan sebagai pedoman, maka sebenarnya Syed Sheikh adalah berbangsa Arab keturunan Hadhramaut (Abu Bakar Hamzah, 1991: 133). Memang apabila diperhatikan sekilas wajah tokoh ini, dengan mudah dapat diketahui bahawa ia bukan pribumi, tetapi berasal dari Asia Barat. Nama Syed yang dipertahankan diujung namanya menunjukkan bangsa beliau, namun demikian lebih tepat kiranya apabila disimpulkan Syed Sheikh adalah anak campuran (Melayu-Arab) (Alijah Gordon, 1999 : 69-70), karena ibunya berbangsa Melayu.

Syed Sheikh, seperti juga keturunan arab yang lain, berusaha mempertahankan identitas ke-araban mereka dengan kawin sesama bangsa Arab, kecendrungan untuk kawin sesame bangsa sendiri mungkin sudah menjadi tabiat manusia, sampai sekarang hal seperti ini masih terjadi, baik di Malaysia maupun di Indonesia, baik bangsa Arab, India, Cina dan lain-lain. Maka sangat dipahami apabila Syed Sheikh pada tahun 1891 mempersunting adik sepupunya Sharifah Sheikhun yang berdarah Arab.

Istri beliau (Sharifah Sheikhun) adalah anak paling tua dari saudara ibunya Syed Muhammad bin Hasan al-Hadi. Dari perkawinan itu mereka memperoleh empat orang anak; Syed Alwi (l.1892), Ahmad (1896), Aisah (1897-1933) dan Umhani (l.1898-1931). Setelah itu ia menikah pula di Singapura dan untuk kali ketiga ia kawin pula dengan Sharifah Zainah al-Mashur. (Alijah Gordon, 1999 : 72).

Meskipun Malaka bisa dikatakan sebagai kampung Syed Sheikh, karena ibunya berasal dari sini dan ia juga lahir di sini, akan tetapi beliau hanya menjalani masa kanak-kanaknya di kota bersejarah ini, selanjutnya ia berpindah-pindah ke Pulau Penyengat Riau, Singapura, Pulau Pinang. Jadi proses sosial dan intelektual yang dilaluinya lebih banyak berada di luar kampungnya.

Riau bisa dipandang sebagai kampung kedua bagi Syed Sheikh, kerana di daerah ini beliau punya pengalaman sosial dan sekaligus intelektual yang berguna dalam membentuk pribadinya. Mulai dari masa kanak-kanak sampai masa remaja beliau tinggal di negri ini, dan pada waktu inilah ia menjalin hubungan persahabatan dengan berbagai lapisan masyarakat dan berbagai macam bangsa seperti Arab, Melayu, Minangkabau dan termasuk di antranya dengan umaro dan ulama. Hubungan dengan umaro terjadi dengan keluarga kerajaan Riau-Lingga, khususnya dengan Raja Ali Kelana bin Almarhum Yang Dipertuan Besar Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi (1809-1870) (William R. Roff, : 59-63, Abu Bakar Hamzah, : 133-138, Azyumardi Azra, : 187-192)[ii]. Status sosial menjadi jembatan bagi beliau untuk berkenalan dan berhubungan dengan pembesar-pembesar dan ulama-ulama yang datang berkunjung ke Kota ini. Hubungan sosial dengan kedua lapisan ini menjadi modal berharga dalam pembentukan nilai-nilai sosial dan intelektual peribadi Syed Sheikh setelah itu.

Dari penjelasan ini bisa diketahui bahawa Syed Sheikh adalah anak blasteran Arab-Melayu yang lahir di Malaysia, besar di Indonesia, bergaul dan menjalin komunikasi dengan kalangan umaro dan ulama yang berasal dari kedua negara.

2. Pendidikan
Pendidikan merupakan faktor yang sangat menentukan keberhasilan seseorang dalam bidang yang diinginkannya. Latar belakang pendidikan Syed Sheikh memang meragukan, kalau yang dijadikan ukuran adalah pendidikan formalnya, karena tokoh ini tidak mendapat pendidikan sempurna. Tetapi mungkin beliau tidak bisa dinilai sepenuhnya dengan pendidikan formal semata. Untuk menelusuri proses intelektual Syed Sheikh perlu diketahui di mana dan kepada siapa saja tokoh ini menuntut ilmu pengetahuan.

Pendidikan formal Syed Sheikh berawal di Sekolah Melayu Straits Settlements di Malaka. Sekolah ini tentu saja tidak memberikan mata pelajaran agama karena urusan agama bukan urusan pemerintah (Inggris), meskipun demikian ini tidak bermakna mengecilkan manfaat pendidikan ini, karena belajarnya Syed Sheikh di sekolah ini sudah merupakan satu kesempatan yang tidak dimiliki oleh setiap orang Melayu. Untuk memperoleh pendidikan agama Syed Sheikh belajar ke pondok pasantren di Kuala Terengganu[iii]. Namun beliau tidak berhasil menyelesaikan studinya di pasanten itu, mungkin hanya satu dua tahun saja belajar di sana (Alijah Gordon, 1999: 72), kemudian dia diantar pulang ke Pulau Penyengat oleh saudara bapaknya Syed Muhammad Hasan al-Hadi[iv] yang menjadi wali murid Syed Sheikh selama belajar di Kuala Trengganu.

Berdasarkan kepada informasi di atas bisa diketahui bahawa Syed Sheikh adalah siswa yang mengalami masalah belajar, khususnya lingkungan belajar. Keberhasilan belajar siswa di sekolah sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor, di antaranya adalah faktor lingkungan baik lingkungan fisik maupun lingkungan sosio-emosional, salah satu faktor ini, yaitu lingkungan sosio-emosional Syed Sheikh terganggu karena terpengaruh oleh kawan-kawannya di luar pondok.

Ilmu pengetahuan tentu saja tidak diperoleh dari institusi pendidikan saja, di luar lembaga resmi, seseorang dapat memperoleh ilmu pengetahuan, seperti belajar kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih tinggi, baik kepada orang tua, guru maupun sahabat. Proses pencarian ilmu secara non-formal ini memang lebih banyak pengaruhnya kepada Syed Shekh daripada formal. Di antara orang yang pernah menjadi guru non-formal Syed Sheikh ini adalah ayahnya.

Ayahnya, Syed Ahmad yang juga seorang ulama diketahui memberikan dasar-dasar pengetahuan agama kepada Syed Sheikh di rumah, di samping itu Syed Sheikh juga diberikan pelajaran bahasa Arab. Di samping untuk kegunaan mempelajari ilmu pengetahuan agama bahasa ini juga merupakan bahasa ibunda mereka. Sebagai orang Arab, ia menyadari pentingnya mewariskan bahasa ini kepada anaknya.

Selanjutnya pendidikan non-formal diperoleh Syed Sheikh ketika ia menjadi anak angkat Raja Ali (Alijah Gordon, 1999 : 70). Diketahui bahwa Raja Ali adalah keluarga kerajaan Riau Lingga di Pulau Penyengat Riau. Di samping umaro beliau jura ulama. Melalui beliaulah Syed Sheikh memperoleh pelajaran bahasa dan kebudayaan Melayu serta agama Islam. Bisa jadi karena pengaruh wibawa Raja Ali dan juga metode mengajarnya, memberikan kesan yang mendalam kepada Syed Sheikh sehingga kesempatan belajar itu dimanfaatkannya dengan sungguh-sungguh (Alijah Gordon, 1999 : 110).

Kesempatan untuk menuntut ilmu pengetahuan kepada beberapa ulama (Sohaimi Abdul Aziz, 2003 : 39)[v] yang menjadi tamu kerajaan Riau Lingga juga dimanfaatkan oleh Syed Sheikh. Melalui proses tanya jawab atau dialog sangat mungkin dilakukannya di saat para ulama beristirahat di mess tamu (rumah tetamu) yang dikawalnya. Para tamu memerlukan informasi dan Syed Sheikh pula memerlukan ilmu pengetahuan, jadi antara tamu dan pengawalnya saling memerlukan.

Syed Sheikh juga memperdalam pengetahuan agamanya melalui sahabatnya Sheikh Tahir[vi], kesempatan untuk bertanya, belajar, berdialog, bertukar fikiran, curhat dan lain-lain kepada seorang sahabat terbuka lebar, kapan dan dimanapun bisa dilakukan. Dengan demikian di samping menjalin hubungan persahabatan dengan Sheikh Tahir, ia juga sekaligus menjalin hubungan intelektual (Hamka, 1974: 170) hubungan persahabatan dan intelektual mereka berlangsung sangat lama, mulai mereka saling mengenal sampai Syed Sheikh meninggal dunia (1934). Bisa jadi karena hubungan intelektual itulah mereka saling bekerjasama, mulai dari menerbitkan dan mengelola majalah Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara dan mendirikan sekolah Al-Iqbal al-Islamiyah. Oleh karena itu pula apabila para sejarawan membicarakan Kaum Muda atau pembaharuan Islam di Malaysia, maka kedua tokoh ini (Sheikh Tahir dan Syed Sheikh) tidak bisa dipisahkan.

Pengalaman emperis di lapangan, memungkinkan sekali seseorang mendapat tambahan ilmu pengetahuan. Itu terjadi kepada Syed Sheikh ketika melakukan perjalanan ke Asia Barat pada tahun 1904[vii], apalagi pada saat itu Mesir yang menjadi salah satu tempat yang dikunjunginya sedang terjadi gerakan modenisasi pendidikan ala ‘Abduh.[viii] Kemungkinan besar, hasil dari pengalaman lapangan selama di Mesir itu di bawanya pulang ke Nusantara dan mengimplementasikannya dengan menerbitkan Al-Imam (1906), mendirikan sekolah al-Iqbal al-Islamiyah (1908) di Singapura dan termasuk mempelajari secara otodidak pemikiran-pemikiran ulama-ulama terkemuka seperti ‘Abduh, Rasyid Rida dan Qasim Amin, sehingga pengaruh itu  muncul dalam hasil karnyanya.

1.Terdapat perbedaan tanggal lahir Syed Sheikh, ada yang mengatakan tahun 1862 dan ada yang 1867. Abu Bakar Hamzah dan Wiliam Ruff mengemukakan tahun 1862, sedangkan Syed Sheikh sendiri menulis tahun kelahirannya dalam bukunya Kitab agama Islam dan ‘akal yang diterbitkan di Penang oleh Jelutong Press pada tahun 1931) tahun 1867. dalam hal ini penulis lebih memilih tanggalyang dibuat oleh Syed Sheikh sendiri, iaitu tahun 1867, karena ia langsung dibuat oleh sumber aslinya.
2.Dalam beberapa sumber dikatakan hubungan antara Syed Sheikh dengan saudara tiri Sultan dan juga Raja Muda Riau Lingga adalah hubungan anak angkat dengan ayah angkat, akan tetapi tidak sumber yang dapat menjelaskan mengapa Syed Sheikh bisa menjadi anak angkat Raja Ali Kelana dan tidak ada penjelasan yang memuaskan seberapa jauh hubungan anak angkat dengan ayah angkat tersebut.

3.Bagaimanapun Syed Sheikh tidak kerasan belajar di pondok ini. ia lebih banyak menghabiskan waktunya berkawan dengan keluarga istana daripada mengikuti pendidikan di pondok pasantren. (Alijah Gordon, 1999 : 70).

4.Saudara bapaknya Syed Muhammad Hasan al-Hadi, menetap di Kuala Trengganu, sangat logis apabila karena alas an saudara bapaknya tinggal di sana ia dikirim belajar ke pondok pasantren di tempat itu, meskipun Kelantan lebih dikenal sebagai pusat pendidikan Islam yang disebut sebagai “Serambi Mekah” di Malaysia. Apabila terjadi sesuatu dan memerlukan kehadiran keluarga, maka saudara bapaknya bisa mewakili ayahnya. Hal seperti ini sudah beliau lakukan dengan mengantar pulang Syed Sheikh ke rumah orang tuanya di Pulau Penyengat, Riau.

5.Termasuk gurunya adalah Haji Husin Palembangi dan Haji Saleh Minangkabawi. Tokoh-tokoh yang dikenal secara luas khususnya di Pulau Penyengat dan umumnya di Riau-Lingga. (Alijah Gordon, 1999 : 73, 110).

6.Dari penejelasan tentang pendidikan yang dilaluinya boleh disimpulkan bahawa pengajian yang dilaluinya tidak sesempurna pendidikan Sheikh Tahir, hal ini juga diakui oleh Syed Alwi, (Alijah Gordon, 1999 : 77).

7.Syed Sheikh pergi ke Timur Tengah bersama kerabat diraja, Engku Hasan Ibni Raja Ali Kelana, Tengku Othman, Engku Adam ibni Raja Ali Kelanda dan Raja Muhammad Said Ibni Raja Ahmad. Untuk maksud utama adalah pergi melaksanakan haji ke Mekah dan belajar ke Mesir. (Alijah Gordon, 1999 : xxi, 73).

8.Syed Alwi meragukan ayahnya betemu dengan ‘Abduh akan tetapi Syed Sheikh berpeluang menjalin hubungan yang baik dengan murid terkemuka ‘Abduh, iaitu Sheikh Rasyid Ridha. (Alijah Gordon, 1999 : 74).

by. sarwan


16 Sep 2012

SYED SHEIKH AHMAD AL-HADI


MAJALAH AL-IKHWAN DITERBITKAN
Tarikh Peristiwa pada 16-09-1926



Perkembangan suratkhabar dan majalah di negara kita adalah berkait rapat dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial rakyat. Sesebuah majalah dan suratkhabar yang diterbitkan mempunyai matlamat dan cita-cita tersendiri. Majalah Al-Ikhwan adalah salah sebuah majalah yang diterbitkan pada 16 September 1926. Penerbitannya diusahakan oleh tokoh wartawan terkenal Syed Sheikh b. Ahmad Al-Hadi. Majalah ini diterbitkan di Pulau Pinang. Semasa mula-mula diterbitkan, majalah ini dicetak oleh The British Malaya Company dan kemudian oleh Jelutung Press, Pulau Pinang. Suratkhabar ini dalam tulisan jawi diterbitkan sebulan sekali pada tiap-tiap 16 haribulan. Penerbitan majalah Al-Ikhwan bermula pada hari ini 16 September 1926 dan yang terakhir ialah pada 16 Disember 1931.