13 Feb 2012

Perang Bangsa Melayu Mempertahankan Tanahair.


Sejarah Bangsa Melayu Berjiwa Pahlawan. ( Bahagian 1)

Sebenarnya orang melayu terkenal dengan  sifat yang berani, tidak gentar dengan dengan cabaran dan mempunyai  jiwa perang yang cukup tebal. Sebagaimana dengan panjangnya sejarah tamadun cina yang cukup sarat dengan pelbagai kisah peperangan dengan wujudnya pelbagai  kerajaan yang silih berganti menguasai negara cina, di semenanjung  melayu ini  juga  telah mencatat kisah peperangan yang hebat yang tidak pernah surut sejak kejatuhan Kerajaan kesultanan Melayu Melaka ke tangan penjajah Portugis.
Namun kisah – kisah pejuang melayu yang gugur mempertahankan kedaulatan hanya sedikit saja di ceritakan di dalam buku sejarah malah maklumat mengenainya agak sukar didapati seolah –olah ada tangan ghaib yang cuba menyembunyikan  fakta  sejarah bangsa melayu. Malah  sudah wujud perasaan dikalangan kita yang berani mengatakan bahawa bangsa melayu juga merupakan pendatang sepertimana mereka sehingga berani menuntut hak istimewa bangsa melayu dilucutkan.
Sejarah telah membuktikan sejak dahulu lagi sesebuah tamadun yang maju dan kaya akan setiasa dicemburui oleh bangsa lain dan cara yang paling mudah menguasai kekayaan tersebut dengan menakluknya. Ini membuktikan bahawa bangsa melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka telahpun mempunyai pusat petadbiran dan perdagangan yang maju dan bangsa melayu bukanlah dari golongan petani dan nelayan sepertimana yang didakwa oleh orang barat. Sepertimana yang berlaku kepada umat islam di tanah Arab yang mengalami kemerosotan kemajuan intektual dan teknologi disebabkan terlibat dengan perang salib yang panjang, bangsa melayu juga mengalami perkara yang sama akibat peperangan membebaskan penjajah dibumi melayu yang cukup panjang.

Antara kita sedar atau tidak, kejatuhan Kota Melaka telah membawa rantau ini kedalam kemelut peperangan yang tidak berhenti. 

Peperangan Melibatkan Bangsa Melayu ketika Penjajahan Portugis (1511 - 1641)


1511
 Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina
sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Pihak Portugis
berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1512
Serangan kota Melaka oleh tentera Jawa oleh Pangeran Sabrang Lor . Serangan gagal.
1513
Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera
menyerang Melaka. Serangan gagal. 1513 -  Sultan Mahmud dan anaknya Sultan Alaudin
mengetuai tentera menyerang Portugis . Serangan gagal.

1514
Sultan Mahmud Shah menyerang kembali Melaka dengan bantuan tentera Jawa. Serangan
 gagal.

1516
Laksamana Hang Nadim menyerang Kota Melaka. Serangannya gagal.
1518
Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi 
Melaka dalam masa tiga bulan.

1519
Sultan Mahmud bersama sekutu,  Sultan Bentan menyerang Melaka dari Kampar.
Serangannya gagal. Sultan Mahmud membina benteng kayu di luar kota Melaka untuk
mengepung dan  menyekat Portugis dari darat namun Berjaya dipatahkan oleh Portugis
1524
Laksamana  Hang Nadim mengepung  Portuguese  di kota Melaka  dari laut. Beliau berjaya
menyekat bekalan makanan masuk ke Melaka. Pengepungan tersebut gagal kerana bantuan dari Goa sampai.  Serangan tersebut merupakan serangan terakhir dari Sultan Mahmud sebelum mangkat.

1526
Portugis membalas serangan Sultan Mahmud dengan angkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar dari Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar. Sultan Mahmud mangkat di Kampar pada 1528.

1535
Sultan Alauddin Riayat Shah di tabalkan sebagai Sultan Johor yang pertama pada 1528. Pada 1529 beliau mendirikan kota pemerintahan kerajaan Johor di Kota Tinggi. Namun kota baru diserang kali pertama oleh Gustavoe De Gama bersama 400 orang tentera. Serangan Portugis ke atas Kota Kara gagal.

1535
 Portugis dibawah pimpinan Gustavoe De Gama menyerang semula Kota Kara selang
beberapa bulan.  Serangan berakhir tanpa sebarang keputusan. Sultan Alaudin terpaksa berpindah memandangkan Kota Kara terdedah dan hampir dengan Portugis di Kota Melaka. Akibatnya Kota Kara dibiarkan dan dibakar oleh Portugis.

1537
Serangan kilat dari  Sultan Acheh ke kota Melaka. Serangan itu menandakan Selat Melaka semakin terbuka dari dominasi Portugis di kota Melaka.

1539
 Sultan Acheh menyerang Kota Melaka sekali lagi. Serangan gagal.

1539
 Acheh menyerang Aru yang terletak di pantai timur Sumatera yang juga  merupakan sekutu Johor . Serangan oleh 160 kapal bersama 12,000 tentera Acheh menyebabkan Aru tewas dan dibakar hangus.

1540
Sultan Alauddin Riayat menyerang semula Aru bersama tentera gabungan dari sekutu dari
Perak dan Siak. Serangan Berjaya menawan semula  Aru. Peperangan yang dipanggil perang Sungai Paneh merupakan perang yang pertama dimenangi oleh waris Sultan Melaka selepas kejatuhan Melaka kepada portugis mengakibat ribuan tentera Acheh mati

1551
Serangan gabungan dari Johor, Jepara dan Perak mengepung  Melaka hampir 3 bulan namun masih gagal menawan kota Melaka.

1558
Sultan Acheh bersama tentera bantuan dari  Armada Kesultanan Turki berserta  300 buah
kapal dengan 15,000 tentera Turki menyerang Kota Melaka selama sebulan namun  gagal

1564
Sultan of Acheh, Sultan  Alauddin al-Qahar dengan kekuatan tentera telah menyerang Aru bagi membalas dendam akibat kekalahan oleh Sultan Johor.  Serangan berjaya menghalau tentera Johor. Selepas itu dari Aru Sultan Acheh menyerang Johor Lama dan berjaya menawannya. Sultan Alauddin Riayat di tangkap dan dihukum bunuh di Acheh. Beliau dikenali Marhum Syahid di Acheh.

1568
Pakatan kerajaan Johor and Portugis bekerjasama menyerang armada Acheh yang cuba menguasai  Selat Melaka.  Gabungan menjurus kepada penguasaan ekonomi yang semakin terbuka.

1568
Sultan Acheh membalas serangan Portugis di Kota Melaka..

1572
Kota Melaka diserang lagi oleh Sultan Acheh. Serangan lebih bersifat memusnahkan pusat perdagangan tersebut bagi digantikan oleh kerajaan beliau yang semakin menarik perhatian perdagang.

1573
Sultan Acheh menyerang lagi Kota Melaka. Serangan gagal menghalau Portugis dari bumi
Melaka.

1574
Kota Melaka diserang oleh Sultan Jawa. Serangan gagal menawan Melaka.

1575
Sultan Acheh mengempur Kota Melaka sekali lagi. Serangan gagal.

1576
Angkatan Portugis menyerang Kota Batu  Johor lama yang diperintah Sultan Abdul
Jalil Shah II. Serangan gagal.  

1578
Portugis menyerang semula Kota Batu, Johor Lama. Sekali lagi angkatan Portugis gagal

1582
Sultan Acheh, Sultan Alauddin II Mansur I Syah menyerang Kota Batu Johor Lama bagi
melemahkan kekuatan Johor  namun serangannya gagal kerana Portugis membantu menewaskan Acheh. Sultan Abdul Jalil Shah II menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka

1586
Sultan Johor bersama angkatan lautnya menyerang portugis di pelabuhan Melaka. Serangan berjaya menawan sebahagian pelabuhan utara Melaka.

1587
Portugis menyerang semula Kota Batu Johor Lama namun serangan tersebut gagal kerana
bantuan dari sekutu johor dari Minangkabaus, Jawa, Terengganu dan Pahang.

1587
Portugis menyerang semula selepas 2 bulan namun serangan gagal dan ditewaskan oleh
tentera Johor.  Di utara Sumatera Sultab Acheh yang baru, Sultan Iskandar Muda mula mengumpulkan kekuatan apabila melihat Belanda dan Portugis kembali memonopoli peniagaan di Selat Melaka.

1587
Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan
laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.

1588
Kekalahan Johor di Melaka di ambil peluang bagi Portugis menyerang semula Kota Batu,
Johor Lama. Serangan mengejut berjaya memusnahkan kekuatan Johor bagi mengancam Portugis. Di tambah penjanjian genjatan senjata dari Sultan Acheh yang baru Sultan al-Mukammil  yang terpaksa menumpukan masalah dalaman Acheh. Buat kali pertama Selat Melaka aman selama 10 tahun tanpa peperangan 3 penjuru yang melibatkan Portugis, Acheh dan Johor.  Namun Selat Melaka kembali bergolak dengan kedatangan kuasa asing yang lain iaitu Belanda.

1597
Belanda yang ingin menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka telah menyerang Melaka
buat pertama kali. Serangan gagal.

1606
Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor
untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat

1613
Kerjasama Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan Belanda menyebabkan  Acheh menyerang   Batu Sawar kota petadbiran Johor. Serangan tersebut berjaya dan menawan Sultan Alauddin Riayat Shah III.

1615
Sultan Acheh menyerang semula Batu Sawar, Johor  disebabkan  sultan bekerjasama dengan Belanda.

1616
Sultan  Acheh bersama Sultan Alauddin Riayat Shah III menyerang Portugis  bagi menawan
kota Melaka namun serangannya gagal.

1618
Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mula meluaskan kuasa dengan menguasai keseluruhan
Sumatra. Pada 1618, Pahang tunduk kepada kekuasaan Acheh.

1619
Sultan Acheh menyerang Kedah dan menguasai Kedah.

1620
Perak tunduk dan menjadi naugan Acheh.


1628
Sultan Acheh , Sultan Iskandar Shah menyerang dan menawan kota Melaka dari Portugis.
Hanya mampu menguasai selama 8 bulan sebelum ditawan semula oleh Portugis.

1629
Tentera gabungan Portugis, Johor  dan Pattani berjaya menewaskan Tentera Laut Acheh di
Melaka. Portugis menguasai semula Kota Melaka.

1634
Kerajaan Ayudhya di bawah Raja Prasat Thong menyerang Ligor dan Phattalung dibawah
naungan Kerajaan Melayu Pattani yang berang kerana pemerintah Pattani (Langkasuka)
mengahwinkan anak perempuannya Raja kuning dengan Kerabat Johor.  Raja prasat Thong
telah menghantar 30,000 tentera di sokong oleh Kedah menyerang Pattani. Bagaimanapun
serangan gagal apabila Johor dan Pahang menghantar bantuan.

1636
Serangan gabungan tentera JohorAbdul Jalil Shah III and Belanda menyerang  Kota Melaka.
Serangan hebat telah memusnahkan pelabuhan utama namun gagal menawan Kota Melaka.

1638
Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil Shah III menyerang Pahang.

1641
Tentera  gabungan Sultan Johor dan Belanda menyerang Kota Melaka sekali lagi. Serangan
kali ini telah diperbaiki dan akhirnya Kota Melaka Berjaya di tawan. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe























                                                                                                                                                               
Sebanyak 42 kali serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh pahlawan melayu dalam cubaan menghalau
Portugis dari Kota Melaka sepanjang 130 tahun Portugis menduduki Kota Melaka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan