Pages

18 Dis 2018

KENAPA ORANG JEPUN SIHAT


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA 

KENAPA ORANG JEPUN SIHAT?



Pengalaman berada di negara matahari terbit membuka penulis mengenai cara hidup dan budaya bagi sebuah bangsa banyak mempengaruhi tahap kesihatan dan sosio ekonomi sebuah negara.  Apabila sesuatu bangsa mengamalkan budaya hidup yang sihat menerusi cara pemakanan dan cara hidup secara langsung mengurangkan pembelanjaan besar kerajaan terutama menyediakan kos ubatan dan pembangunan hospital.



Di Jepun, amat jarang anda akan terserempak dengan rakyatnya yang mempunyai obesiti berbanding dengan Malaysia. Malah sekiranya anda bermata gatal, berhati - hati menilai bentuk fizikal wanita dari belakang kerana kadang kala apabila melintasinya anda akan terkejut mendapati rupa parasnya tidak seperti anda bayangkan.



Malah ketika penulis bekerja sambilan di Kyoto Spa and Royal Hotel sebagai "room cleaner",  rata rata wanita yang berkerja berumur 50 tahun ke atas. Ada seorang obasan, (perempuan tua) berusia 83 tahun masih mampu bekerja mengemas bilik hotel yang menuntut kekuatan fizikal. Penulis mengambil masa 6 bulan untuk menyamai jumlah bilik yang berjaya di kemas per hari.

Masyarakat Jepun suka mengamalkan aktiviti di gimnasium dan larian selain daripada mementingkan tabiat pemakanan dan kesihatan. Berikut merupakan ringkasan tentang amalan kesihatan orang Jepun pada masa kini yang perlu diketahui

1. Kesedaran tentang kesihatan orang Jepun



Kesedaran tentang kesihatan bagi orang Jepun adalah amat tinggi. Mereka menghadkan pengambilan makanan dan melakukan senaman sambil mengambil peduli dengan keputusan semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan di tempat kerja sabatn tahun. mereka tidak mempunyai kedai jual nasi lemak di waktu pagi. kadang kala di waktu tengah hari amat jarang melihat pekerja berpusu - pusu memenuhi kedai makan. biasanya pada lewat petang barulah kita mendapati banyak kedai
Selain itu, ledakan makanan yang berkhasiat terhadap kesihatan juga akan bertambah dan makanan  yang disiarkan di kaca televisyen sentiasa kekurangan stok di pusat membeli-belah.
Sejak kebelakngan ini, makanan yang tidak pernah wujud di Jepun seperti minyak kelapa yang mempunyai kesan diet yang tinggi, biji chia dan minyak pudina Jepun semakin mendapat tumpuan penduduk Jepun. Di samping itu, restoran yang menggunakan sayuran dariapda penanaman organik juga semakin terkenal.

2. Tabiat pemakanan orang Jepun

Jepun terkenal sebagai negara yang mempunyai penduduk berumur panjang. Mengikut data pada tahun 2014, purata umur bagi lelaki adalah 80.50 tahun manakala bagi perempuan Jepun adalah 86.53 tahun. Pada masa kini, penduduk Jepun juga memakan roti dan daging, tetapi mereka lebih mengutamakan makanan berasakan beras dan makanan tradisi mereka adalah ikan dan makanan yang berasaskan kacang soya seperti nattou (kacang soya yang diperam0 dan tauhu. Tabiat pemakanan inilah yang dikatakan mempengaruhi kepanjangan umur anda.

3. Onsen (kumpulan air panas) dan spa kesihatan


Sejak dari dulu, terdapat mandian terapi onsen (kolam air panas) yang dikenali sebagai “toji” di Jepun. Pada  masa kini, terdapata spa kesihatan dan onsen (kolam air panas) yang menyediakan kemudahan kolam mandian yang besar, jakuzi dan sauna yang dikunjungi oleh rakyat Jepun untuk menjaga kesihatan.
Antara kawasan onsen (kolam air panas) yang terkenal sejak dari zaman Edo lagi adalah Kusatsu dan Ikaho di Gunma-ken, Hakone dan Atami di Shinagwa-ken dan Kinugawa di Tochigi-ken. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan yang menarik sambal berendam di dalam onsen (kolam air panas) dari kesemua tempat tersebut.
 yang banyak menggunakan tenaga badan mereka.

4. Masyarakat yang suka berjalan kaki dan berbasikal


Salah satu cara hidup sihat bagi masyarakat jepun adalah berjalan kaki dan berbasikal. Cara hidup yang menjadi budaya menyebabkan mereka amat sihat. Malah jangan terkejut, halaju pedestrian bagi masyarakat Jepun amat tinggi berbanding Malaysia. Penulis tidak memerlukan pil atau ubat untuk menguruskan badan , hanya makan beras jepun dan kerap berjalan, berat sebanyak 90kg boleh turun sehingga 68Kg dalam tempoh 6 bulan.

Penulis teringat ketika di beri tanggungjawab untuk membawa pasangan suami isteri yang baru datang ke kyoto untuk meneruskan pengajian di salah satu universiti di Jepun, acap kali pasangan tersebut meminta berehat kerana tidak mampu mengikut kelajuan penulis berjalan.

Untuk membina sebuah negara maju, masyarakat perlu berubah dan masyarakat Jepun adalah contoh terbaik yang harus ditelani. seperti mana penulis mengagumi budaya jepun , masyarakat jepun lebih mengagumi seorang tokoh negarawan dari bumi Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohammad.




" From the incredible temples and history to explore, to the complete and utter randomness, to the beautiful countryside with so refresh and people that so unique , there’s so much to see in such a small country, I’d be surprised if you left Japan without fell in love with it"

Nihon dai suki desu. Jaa ne.


1 ulasan:

  1. Memang hebat orang jepun nih, kena belajar lagilah jawabnya saya

    BalasPadam