Pages

25 Nov 2018

How to live at kyoto - 4 Musim Di Jepun

JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA

EMPAT MUSIM DI JEPUN

Ketika pertama kali menjejak kaki ke bumi sakura ( Jepun ) pada 1 October 2011 iaitu pada musim luruh. Cuaca yang agak nyaman dan apabila angin bertiup, terasa sejuk sehingga ke tulang walaupun berpakaian tebal tetapi agak segan apabila melihat orang jepun hanya berpakain skirt pendek sahaja.

Jepun mempunyai “empat musim”, iaitu, musim bunga(bulan Mac hingga Mei), musim panas(bulan Jun hingga Ogos), musim luruh(bulan September hingga November) dan musim sejuk(bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

1. Musim Bunga ( 春 - Haru)



Musim bunga adalah musim yang paling selesa dan ideal sepanjang tahun. Permulaan musim bunga bermula dengan  “Hanami Sakura” iaitu bunga sakura mula berbunga.  Bunga Sakura hanya berbunga sebelum daunnya muncul dan hadirnya hanya seketika iaitu hanya seminggu atau lebih. Secara tradisi  di Jepun pada “Hanami Sakura” masyarakat Jepun akan melakukan aktiviti berkelah di bawah pokok sakura bersama keluarga atau rakan-rakan, di mana mereka menjamu selera serta berpesta sambil menikmati keindahan bunga Sakura. Di Kyoto , masa terbaik untuk Hanami Sakura adalah pada akhir bulan March hingga awal bulan April.

2. Musim Panas  ( 夏 - natsu)



Musim yang paling memeritkan adalah musim panas. Walaupun suhu purata musim panas di Jepun adalah 27.6 darjah Celsius, tetapi kita akan merasakan ianya lebih panas daripada itu kerana kelembapan musim panas di Jepun adalah sangat tinggi.  Menariknya pada musim panas , kita akan mendapati , masyarakat Jepun akan mengawal penggunaan air-cond kerana bil electrik pada musim panas amatlah mahal. Di musim panas biasanya matahari akan lebih lama manakala malamnya amat singkat.  Pada 2012, bulan ramadhan jatuh pada musim panas, so terpaksalah bersahur pada pukul 1 pagi dan berbuka agak lewat iaitu hampir pukul 8 malam sebab pukul 2 pagi , matahari dah terbit. Oleh kerana bil elektrik agak mahal, kebanyakkan masyarakat jepun lebih menghabiskan masa di luar kerana terdapat pelbagai acara yang dilakukan pada musim panas; contohnya pesta “Natsu Matsuri” (pesta musim panas) dan pesta “Hanabi” (pesta bunga api). Pesta-pesta ini akan diadakan sepanjang bulan Julai dan Ogos di seluruh Jepun. Kita boleh melihat masyarakat Jepun berarak sambil mengangkat Omikoshi (tokong kecil) dan bunga-api dilepaskan pada waktu malam.

3. Musim Luruh  ( 秋 - Aki)


Sama seperti musim bunga, musim luruh juga adalah musim yang selesa dan ideal. Suhu akan menurun dan kelembapan udara juga akan mengurang, menjadikan ia musim yang sesuai untuk pelancong. Hari-hari yang bercuaca baik akan berterusan dan musim daun luruh juga akan tiba. Sama seperti aktiviti “Hanami”, “Kouyou” iaitu aktiviti melihat daun luruh akan menarik pelancong ke Jepun, terutamanya di Kyoto dan Nara.

4. Musim Sejuk ( 冬 -Fuyu)



Biasanya musim sejuk di Jepun akan berlaku secara drastik pada bulan Disember dan cuaca akan menjadi sangat sejuk. Suhu boleh mencecah sehingga 0 darjah selsius dan di kawasan utara seperti Hokkaido, salji tebal akan meliputi seluruh bandar. Salji yang tertimbun boleh mencecah sehingga beberapa meter tingginya. Namun begitu, kawasan yang menghadap Lautan Pasifik tidak akan bersalji dan hari cerah bercuaca sejuk akan berterusan. Cabaran pada musim salji bagi orang malaysia adalah mandi di waktu pagi. walaupun ada air panas, tetapi sejuknya cukup terasa.
31 Disember dipanggil Hari “Omisoka” di Jepun. Pada hari ini, orang Jepun mempunyai budaya memakan mee soba pada waktu tarikh bertukar ke tahun baru (tengah malam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan