Pages

13 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival - part 1 )


Jejak kembara di bumi sakura.


Osaka dari tingkap kapalterbang



Ohayo Gozaimasu
Konichiwa.. 

Pengalaman tinggal selama 3 tahun di jepun merupakan satu peluang yang tidak akan dilupakan seumur hidup.  

Pertama kali hidup  bersama anak seramai 4 orang di bumi yang cukup asing dari aspek budaya dan cara hidup benar – benar memberi satu kesan yang cukup mendalam dan menjadi satu pengajaran yang amat berguna.  

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang meluluskan biasiswa bagi isteri yang melanjutkan pengajian ke peringkat PHd di Kyoto University Japan. 


Walaupun sepatutnya pergi pada tahunOktober 2010 tetapi kerana masalah tertentu akhirnya dapat juga pergi pada tahun  Oktober 2011. Kira nasib baiklah sebab pada bulan March 2011, Jepun telah dilanda tsunami di kawasan Sendai dan Fukushima.  

                          

Kansai Airport


Sampai di Jepun pada bulan Oktober iaitu awal musim luruh. Keletihan kerana penjalanan selama hampir 7 jam hilang  sebaik menjejakkan kaki di lapangan terbang  kansai, Osaka  kerana cuaca pada masa itu  sejuk dan nyaman.  

                                        

Namun sebaik keluar dari pintu ketibaan ( Arrival Gate) , tiba-tiba ada seorang jepun menghampiri dan menunjukkan kad kuasa. Rupa-rupanya Polis yang berpakaian reman datang untuk memeriksa Passport dan Visa.

Pada mulanya agak marah sebab baru jer lepas immigration kenapa nak check lagi.. Namun perasaan marah reda bila mengetahui polis tu cukup bersopan dan tertib ketika melaksanakan tugas walaupun Englishnya kurang lancar. 





Setelah tinggal agak lama di Jepun barulah faham salah satu sifat pada orang jepun yang amat bagus untuk kita contohi. Selain  melaksanakan tugas utama memeriksa pelancong asing yang berkunjung ke  Negara Jepun, mereka juga akan merekod data kemasukkan pelancong dari negara mana, tujuan datang ke Jepun, status perhubungan dan sebagainya untuk tujuan statitik.

 Tabiat ini kita akan lihat pada semua pemandu bas yang akan merekod masa pada setiap perhentian. Mungkin bagi orang biasa di Malaysia sekiranya melihat rutin ini macam sia-sia tetapi dari sudut engineering ia adalah sesuatu yang amat berguna didalam mengoptimakan sistem pengangkutan awam. 

Pengambilan data yang konsisten setiap jam pada setiap hari selama berpuluh tahun membolehkan pihak berkuasa Bandar seperti Kyoto City menyediakan jadual bas yang hampir tepat yang memudahkan rakyatnya yang terlalu mementingkan masa merangka pejalanan.

Selama 3 tahun tinggal di Kyoto,  masa ketibaan bas tidak pernah lewat lebih dari 2 minit seperti tertera di jadual bas di setiap perhentian. Tidak seperti di Malaysia, kelewatan adalah dijangka dan secara langsung menyebabkan rakyat Malaysia tidak berminat menggunakan pengangkutan bas walaupun berjuta ringgit diperuntukkan untuk memperbaiki keadaan.  

Rutin pengambilan data ini juga membantu pihak Kyoto City bus merangka jumlah bas yang diperlukan dan sekaligus untuk jangka masa panjang ia amat menguntungkan.




Perhentian Bus di Jepun.

Di Jepun, pehentian bus semuanya seperti gambar diatas. Tak perlu nak bina perhentian yang berbumbung dan cantik kerana semuanya membazir. 


Kenapa sebuah negara maju dan kaya seperti Jepun, standard bus stop hanya macam gambar di atas? ..

Jawapannya terletak pada papan tanda berwarna coklat yang memaparkan jadual ketibaan bas. Oleh kerana masa ketibaan bas di Jepun tidak pernah lambat dan hampir tepat, rakyat jepun dapat merangka masa pejalanan dan hanya akan datang ke bus stop pada masa yang tertera. 

So kerajaan Jepun dapat mejimatkan duit tak perlu membina bus stop berbumbung seperti di Malaysia kerana akhirnya akan menjadi mangsa vandalisme. Kerusi plastik yang diletakkan pun tidak hilang.  Sifat menghargai harta benda awam memang kita sebagai seorang muslim kat Malaysia memang sampai bila bila tidak akan berjaya mendidik rakyat seperti mana orang Jepun.. 

so kita akan story lagi pada masa akan datang.. 

Sayonara... mata ne




Tiada ulasan:

Catat Ulasan