Pages

15 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival part 2)


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu....

So sambung balik cerita masa first time datang . Oleh kerana pihak universiti telah menyediakan rumah untuk pelajar di Kyoto University ( kena tempah awal sebab setiasa penuh) atau di panggil International House di Shugukuain hanya masuk pada hari Isnin.

So sebab sampai pada Jepun pada pagi Ahad terpaksalah tinggal di hotel sehari. Pihak university juga telah memberi panduan agar menggunakan train ‘ Haruka Line’  (ekpress train macam bullet train tapi kurang sikit laju dia) bagi pejalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Station.  So kalau nak selesa kena reserved seat so harga mahallah sikit







Oleh sebab tak biasa dengan keadaan di Jepun so kita followlah arahan pihak university.  Bila dah lama tinggal di Kyoto barulah tahu rupanya tiket train tu punyalah mahal berbanding menggunakan Airport Shuttle seperti Yasaka dan MK company.




Tiket sehala Haruka line dari kansai ke Kyoto adalah 6,400 yen seorang berbanding 3,500 yen kalau menggunakan Airport limosine. So sebelum datang Jepun kenalah study skit sebab kat Jepun semuanya mahal . ( sebab gaji kita kat Malaysia ciput berbanding orang Jepun). So kalau nak guna service airport shuttle kena booking online dulu. Kena isi passport, nama, dan tiket kapal terbang.  


Bila keluar dari arrival gate kena cari booth ni dekat dengan pintu keluar. so kalau yang kaki merokok, booth yasaka ni dekat dengan smoking room.

So bila sampai kat Kyoto Station,   walaupun sudah biasa dengan crowd yang tinggi ketika menggunakan LRT di KL Sentral, namun agak kagum dengan paten crowd orang Jepun.





Walaupun kyoto Station ini yang merupakan terminal utama dan terletak bersebelah dengan Pusat membeli belah I-Setan, Jusco dan yodobashi, namun corak pejalan kaki (pedestrian crowd) nampak tersusun dan tidak sesak.



Suasana didalam Kyoto Station untuk laluan train

Di dalam bidang engineering di negara maju seperti Amerika dan jepun , Traffic Intelligence System dan Human Traffic Flow Distribution amat penting bagi memastikan total crowd at main point or station shall be in condition , total people enter into station equal with people out from station.
 Bus infomation centre berhadapan dengan Kyoto Station (Kalau datang melancong boleh beli one day pass untuk Kyoto City Bus ...Jimat banyak)


Sesiapa yang nak shopping ke Isetan boleh terus naik eskalator.

Oleh sebab itu sekiranya kita lihat di kawasan padat seperti di Shibuya, Tokyo  dan Kyoto Station, walaupun bilangan pejalan kaki tinggi tetapi ia tidak akan berlaku kesesakan di dalam bangunan kerana jurutera telah melaksanakan analisis  berdasarkan data yang di ambil oleh pemandu bas, teksi, polis dan sebagainya dan mengenalpasti jumlah orang  (crowd) yang akan berada didalam main station. 





Analisis yang nampak remeh tetapi di Jepun perkara remeh itulah yang memberi keselesaan kepada rakyatnya. oleh sebab itu kita akan melihat walaupun setiap Station besar seperti di Osaka Station, Kobe station, Kyoto station, Hiroshima station mempunyai pasaraya dan pusat membeli belah berdekatan,  jurutera di Jepun akan memastikan laluan dari station utama ke pusat membeli belah tidak akan menimbulkan kesesakan di dalam station utama.





 All human flow shall be distribute  smoothly by using separate pedestrian to link to other building. So secara mudah sekiranya seseorang itu ingin keluar dari bangunan station utama untuk menggunakan bas ke destinasi selanjutnya ,  ia tidak perlu menempuh laluan yang digunakan untuk ke pusat membeli belah. Oleh sebab itu masa pejalanan dapat dijimatkan. 


PORTA laluan bawah tanah untuk pejalan kaki yang ingin ke pusat membeli belah.

Untuk perbandingan kita lihat KL Sentral di bahagian laluan utama  untuk menggunakan KTMB Komuter dan LRT.  Kawasan di situ amat sesak ditambah dengan kedai makan dan gerai berada di tengah – tengah laluan menambahkan lagi kesesakan pada waktu puncak. 






Mungkin di Malaysia kita didedahkan dengan tahap keselesaan  atau LOS ( Level of Services ) yang harus dipatuhi maka ianya diambih mudah oleh pihak pengurusan bangunan.  Ditambah dengan pembukaan NU Sentral bersebelah KL Sentral yang direka tidak mengambil kira laluan khas ( separate pedestrian)  yang dijangka akan menyebabkan kesesakan pada masa akan datang.  



Sekiranya berlaku kecemasan seperti ancaman bom, bilangan kematian akibat kesesakan dijangka amat tinggi.  Tetapi jangan bimbang sebab tabiat pakar – pakar di Malaysia hanya untuk post event. 

Sebagai contoh seperti gempa bumi di Ranau Sabah, berdozen pakar pergi ke sana membuat kajian dan publish pelbagai report namun akhirnya tiada apa yang berubah.  Yang berubah hanya bangunan kerajaan dan sekolah yang retak akan dirobohkan dan akan baru dengan reka bentuk tahan gegaran . 


Bagi jurutera makan gaji macam saya that a good news at least we still have job….

So bagi yang tak biasa datang ke jepun, sekiranya anda sampai di Jepun pastikan kepala anda setiasa melihat signboard petunjuk arah bagi memastikan anda terperangkap dalam kesesakan dan sesat.



video naik haruka line

So next kita akan story lagi pasal pengalaman hidup di Jepun…see your again , mate ne , sayonara……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan