Pages

11 Ogo 2012

TUNTUTAN MELAMPAU DONG ZONG - BENIH AWAL KEARAH PEGADUHAN KAUM DIMASA HADAPAN


Saya teringat satu peristiwa didalam lift ketika bersama anak yang baru pulang dari sekolah kebangsaan. Kebetulan pada masa yang sama satu keluarga berketurunan cina bersama anak mereka turut masuk kedalam lift. Oleh kerana berbeza kulit kami tidak banyak bercakap didalam lift walaupun tahu dimana keluarga tersebut tinggal. Ini mungkin disebabkan pengasingan sekolah pada zaman saya era 1970 an sehingga ke universiti membuat saya merasa orang cina seperti bangsa asing. tiba - tiba anak saya yang bersekolah rendah bertanya 

"Papa kenapa orang cina tidak mahu sekolah dengan kami ?" 

saya terpaksa menjawab "Mereka pergi sekolah mereka yang menggunakan bahasa cina" 


" oooh jadi mereka memang tak mahu sekolah dengan orang melayulah tapi kan papa kat sekolah kami pun ada orang india".


Mengingati peristiwa tersebut agak sukar saya hendak jelaskan kepada anak kecil yang masih suci fikirannya mengenai masalah kaum di Malaysia. Seringkali kami ibu bapa terpaksa menipu fakta sebenar kepada anak anak kerana ingin menjaga hati dan perasaan orang cina.




tapi kebelakangan ini sudah nampak satu ancaman yang semakin menguris perasaan orang melayu. memang kita ketahui, orang cina mempunyai sifat optimis dan suka mendesak. Tuntutan demi tuntutan seolah-olah mereka saja yang tinggal di Malaysia.


Secara realitinya memang kita ketahui hubungan antara kaum di Malaysia sebenarnya hanya menunggu masa untuk meletus. perpaduan yang diharapkan melalui Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak menampakkan sebarang hasil kerana sedia maklum makin ramai remaja cina kini yangmasih tidak fasih berbahasa melayu sedangkan orang bangla yang baru 3 bulan datang ke Malaysia sudah boleh bercakap bahasa kebangsaan. 

Ini belum ditambah dengan kurangnya pengaulan dan interaksi antara kaum bagi memahami budaya masing - masing. Berdasarkan pengalaman, saya memerhati perubahan yang berlaku dengan patern orang melayu berkomunikasi dengan orang cina. 

Bermula dengan Arwah datuk saya yang akan bersikap garang dan tidak takut mati setiap kali bercakap dengan orang cina. mungkin disebabkan pengalaman pahit beliau berjuang di zaman jepun dan kekejaman komunis semasa 14 hari di Batu Pahat membuatkan jiwanya cukup kental dan ego yang ditonjolkan mengingatkan orang cina siapa tuan di Tanah Melayu. pernah sekali saya melihat datuk saya memarahi orang cina di tengah - tengah orang ramai kerana semata - mata cina tersebut meninggikan suara kepada beliau. Nyaris tak dipotong kepala cina tersebut selepas orang ramai menenangkan beliau apabila beliau cuba mengambil parang panjangnya di motor. 

Apabila saya memerhati ayah saya pula yang zaman mudanya menempuh peristiwa 13 Mei 1969 dan darurat ke dua, perwatakan ayah terhadap orang cina memang tidak mahu kenal atau perkataan sebenarnya cukup benci dengan orang cina. kata-kata dia ketika berinteraksi dengan orang cina cukup ringkas dan hanya pergi ke kedai cina sekiranya barang yang dicari tiada di kedai India mahupun mamak. Apatah lagi pernah bekerja dengan Risda dan menyahut cabaran sebagai peneroka Felda membuatkan ayah memang tidak mahu langsung bersahabat dengan cina. Mungkin kerana kesusahan dan kesukaran menempuh hidup membesarkan kami di kawasan Felda sedangkan membuatkan beliau hanya bergantung kepada diri sendiri untuk berjaya dan tidak memerlukan orang cina didalam hidup beliau. 

Kemudian zaman saya yang lahir pada zaman 70an, sejak dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti barulah menyendari kehadiran orang cina dalam kehidupan. itupun hanya setakat berjumpa didalam kelas kuliah sampai nama pun saya tak ingat. berkomunikasi secara langsung ketika melangkah ke alam pekerjaan kebetulan dizaman kejatuhan ekonomi disebabkan serangan mata wang di penghujung 1999.  Itupun terpaksa bekerja di syarikat cina yang mendapat projek kerajaan membuat sekolah. First time saya merasakan seperti seorang hamba yang diberi kerja tanpa panduan, setiasa di suruh buat itu dan ini serta pelbagai kerja dan kalau silap dimakinya. Pada masa tu saya keliru ditambah pertama kali bekerja terasa amat tercabar dan rasa seperti tidak kena. selepas itu barulah saya faham apabila sudah lama bekerja dan bergaul dengan orang yang lebih senior didalam pekerjaan dan memberitahu hakikat sebenar bahawa orang cina memang cukup suka kalau dapat peluang memarahi orang melayu apatah lagi sekira orang yang dimarah itu cukup sabar dan naif. orang yang diorang suka bila ada orang melayu yang sanggup buat kerja lebih sedangkan kerja diorang cuma menyuruh saja. 

Perilaku mereka secara dalaman membuatkan generasi saya kebanyakkannya memang tidak menyukai orang cina sebab menganggap mereka tidak jujur dalam berkawan. Sikap tidak mempercayai terhadap mereka cukup tebal dan secara realitinya menganggap mereka bukanlah seorang yang sayangkan negara.

Kini sampai pula zaman anak saya akan menempuh satu lagi pusingan dalam kehidupan terasing dengan orang cina.  orangdusun durian beliau pun tidak mahu di pajakkan kepada cina. cabaran pada masa kini adalah ibubapa mereka kebanyakkan golongan yang terpelajar dan mudah mengakses maklumat terkini. sebarang tuntutan yang tidak adil kepada anak - anak bangsa melayu akan menyebabkan jurang perpaduan semakin jauh dan melebar dan tindakan mengekalkan sekolah cina akan menyebabkan perkara yang sama berlaku terhadap generasi kami akan diteruskan dengan lebih teruk kesannya  oleh anak- anak kami. 

Mungkin pertubuhan cina seperti Dong Zhong terlalu yakin yang mereka boleh hidup dalam dunia terasing mereka sendiri, membawa aspirasi negara asal nenek moyang mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam pembentukan Bangsa Malaysia.

Hari ini, bukan sedikit warga Cina Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris.

Sikap ini menunjukkan keangkuhan atau ‘chauvinism’ yang tegar di mana kaum Cina merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kaum lain untuk hidup di Malaysia.

Sedangkan masalah komunikasi yang buruk mampu menggugat sesebuah syarikat sehinggalah ke sebuah negara.

Sedangkan dasar negara ini tidak pernah meletakkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama dan tidak ada sebab kenapa seseorang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia lebih fasih berbahasa Mandarin dari bahasa kebangsaan negaranya sendiri.

Kadang-kadang amat sedih dan bosan mengenangkan walaupun sudah lebih 55 tahun merdeka, soal bahasa Mandarin tidak habis-habis menjadi isu.

Masalah ini tidak lain tidak bukan berpunca dari kewujudan ektremis seperti Dong Zhong yang enggan berpijak di bumi nyata dan enggan mengiktiraf langit yang dijunjung.

Selagi wujud ektremis seperti Dong Zhong, eloklah kaum Cina berhenti bermimpi yang Malaysia akan menerima mereka sebagai rakyat setaraf dengan bumiputera selama-lamanya.


Cuma mengingatkan kepada pertubuhan extremis orang cina, apabila bibit - bibit pepecahan sudah terpendam di jiwa anak kecil, nescaya dalam masa 20 tahun akan datang kita akan melahirkan 2 kelompok yang akan saling membenci dan seterusnya hanya memerlukan satu nyalaan api yang akan membakar hangus negara Malaysia.

Salah satu tulisan yang amat membakar semangat orang melayu 

Sumber dari : http://info4thetruth.blogspot.com

Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan‘Chinese Education Memorandum’ yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa.

Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang. 

Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini. 

Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan ‘Chinese Supremacy’ di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain. 

Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia. 

Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum. 

Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan. 

Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini. 

Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan ‘apartheid’ di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi. 

Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya. 

Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka. 

Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka. 

Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia. 

Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya. 

Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu. 

Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya. 

Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar ‘pendidikan Cina’

Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.

Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina. 

Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka. 

Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa. 

Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka. 

Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina. 

Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini. 

Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara. 

Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan