Pages

14 Mei 2012

MENGEJAR EVEREST - ANTARA IMPIAN DAN NILAI KEMANUSIAN.



Gunung Everest merupakan puncak tertinggi didunia dengan ketinggian yang dicatatkan adalah 8,848m di atas paras laut. Gunung Everest terletak diantara sempadan China dan Nepal yang dikenali sebagai "Chomolungma" oleh orang Tibet.  Dinamakan sebagai Everest oleh Andrew Waugh Pengarah Ukur Britist di India dari "Royal Geographical Society" sempena nama bekas ketuanya Sir George Everest pada 1865 setelah berjaya merekodkan ketinggian puncak gunung dengan ketinggian pada masa itu 8,840m.



Semenjak itu, Gunung Everest menjadi buruan bagi pendaki profesional bagi  menakluk puncak tersebut.  Walaubagaimanapun ketinggian Everest bukan semudah yang disangka kerana pendaki akan terdedah dengan cuaca sejuk melampau, keakutan akibat ketinggian altitude yang menyebakan kandungan oksigen yang tipis serta angin yang kencang.

Puncak Everest hanya berjaya ditawan pada 29 May 1953 oleh sepasukan expedisi dari Britain kali yang ke 9, diketuai oleh John Hunt.  Pasangan pendaki dari New Zealand dan orang Sherpa India iaitu Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya menawan puncak tertinggi didunia.

Malangnya ramai orang lebih mengingati Edmund Hilarry sebagai orang pertama yang menjejakkan kaki di puncak kerana berpandukan  kata - kata dari Tenzing Norgay yang mengatakan Edmund Hillary yang menjejak kaki selangkah darinya di puncak Everest.
Gambar Tenzing Norgay di puncak Everest pada 29 May 1953


Sebagai orang Asia, memang terbina sifat rendah diri pada Tenzing Norgay yang menghormati Edmund Hillary yang lebih tua.  Kata - kata beliau diterjemahkan dari autobiografinya yang bertajuk " Man of Everest" yang memetik "If it is a shame to be the second man on Mount Everest, then I will have to live with this shame." "If it is a discredit to me that I was a step behind Hillary, then I must live with that discredit. But I do not think it was that."

Kemuncak tertinggi terus menjadi idaman dan impian bagi pendaki profesional untuk berdiri diatas puncak tersebut yang merupakan pengalaman yang amat berharga didalam hidup mereka. Walaupun kos mendaki dianggarkan berjumlah USD 25,000, namun ia bukan jaminan puncak tertinggi tersebut akan berjaya ditawan. Walaupun bagi seorang pendaki yang berkemahiran tinggi sekalipun, gunung Everest hanya berjaya ditawan dengan nyawa yang sanggup dipertaruhkan.




Ramai pendaki terkorban ketika usaha menawan  kemuncak tertinggi. Kadang- kala sifat terlebih menilai keupayaan diri sendiri ketika mengharungi cuaca sejuk melampau untuk sampai kemuncak menjadi impian tersebut terkubur bersama gunung Everest.




Terdapat banyak kisah pengalaman yang harus diharungi oleh pendaki untuk sampai ke puncak. Kadang - kala didalam mengejar impian, nilai-nilai kemanusian sering menguji hati pendaki. Antara kisah yang sering menjadi perbualan mengenai Francys Arsentiev (January 18, 1958 – May 24, 1998) seorang pendaki wanita dari Amerika yang mengejar gelaran sebagai wanita pertama sampai ke puncak Everest tanpa bantuan oksigen.


Pada May 1998, Francys dan suaminya iaitu Sergei Arsentiev  memulakan cabaran dan impian untuk sampai ke puncak tanpa oksigen. Direkodkan pada 22 May 1998 setelah 2 kali mencuba , pasangan ini membuat keputusan meneruskan pendakian dari ketinggian 8200m (Camp 6) untuk mara sehingga ke puncak yang hanya tinggal 200m sahaja. disebabkan tanpa bantuan oksigen, pendakian menjadi sukar dan dikatakan berjaya pada lewat petang.  kerana cuaca yang gelap merekaa terpaksa bermalam di puncak yang berada didalam cuaca melampau akibat sejuk dan oksigen yang kurang.  Keesokkan pagi mereka turun kebawah dan berpisah ketika bergerak turun. Suaminyaa Segei Arsentiev yang sampai ke Camp 6  risau apabila Francys masih tiada dan menjangka sesuatu yang buruk berlaku keatas Francys.  Beliau kembali kepuncak membawa tangki oksigen dan ubat bagi menyelamatkan Francys pada lewat petang 23 May 1998.


Sebenarnya Francys telah ditemui oleh pasukan pendaki dari Uzbek yang didalam perjalanan ke puncak pada pagi 23 May 1998. Beliau ditemui didalam keadaan separa sedar akibat kekurangan oksigen dan ( reput Salji ( frostbite).  Pasukan ini cuba membawa Francys turun namun terpaksa mengalah akibat kekurangan oksigen yang memaksa mereka turun semula ke  Camp 6. Di dalam perjalanan turun pasukan ini terserempak dengan Sergei Arsentiev yang didalam perjalanan menyelamatkan Francys. itulah kali terakhir Sergei Arsentiev  dilihat selepas hilang.

 


Pada pagi 24 May 1998 Ian Woodall (UK) dan  Cathy O'Dowd (South Africa), serta beberapa pendaki dari Uzbek menjumpai  Francys Arsentiev yang masih hidup walaupun ditinggalkan sejak petang 23 May  semasa didalam perjalanan menuju kepuncak. Mereka juga menjumpai kapak ais  dan tali milik Sergei Arsentiev tetapi tiada jejak berkaitan beliau. Ian Woodall dan Cathy O'Dowd cuba membantu Francys selama lebih dari sejam namun mereka terpaksa membuat satu keputusan yang lebih mementingkan diri sendiri untuk mencapai impian kepuncak dan meninggalkan Francys untuk mati.

Cathy O'Dowd yang berjaya menakluk puncak Everest pada 24 May 1998  menulis didalam Free to Decide  -  Just for the Love of It, mempertahankan tindakan pasukan beliau adalah wajar berdasarkan keadaan pada masa itu.

"I stared at the body, blinking in disbelief. We were in the shadow of the First Step, so the light was dull. The body lay about 10 metres from where I stood and was angled away from me. It jerked - a horrible movement, like a puppet being pulled savagely by its strings.
We had been on a well-organised and, so far, successful trail towards the summit of Everest, worrying only about ourselves. Now a stranger lay across our path, moaning. Lhakpa shouted down at me and waved me to move on, to follow him up onto the Step. I looked back at the raggedly jerking figure.
Each team or solo climber did, or should, arrive at the mountain self-sufficient. Anyone who turned up assuming they could borrow food, clothing or tentage would receive short shrift. Similarly, you could not climb yourself to a standstill then expect other teams to risk their lives to save you.
Saving someone was not straightforward. There was no emergency number to call, no mountain rescue to whom the problem could be handed over. We would not be able to walk away, feeling we had done our civic duty and that "the experts" were now in charge. Anyone who becomes immobile on a mountain as large and remote as Everest is probably going to die. On this side of the mountain, we would have to get the victim all the way back to base camp before we could contemplate trying to find a helicopter. If they had to be carried, that would require a number of teams, dozens of people, and at least three days climbing.




Perasaan bersalah menghantui Ian Woodall  yang kembali ke Everest pada tahun berikutnya mendapati mayat Francys masih lagi kelihatan di pandangan setiap pendaki yang menuju ke puncak.  Merasakan bertanggungjawab terhadap membiarkan Francys mati sendirian, Ian Woodland mengambil iniasiatif mengetuai expedisi yang terakhir pada tahun 2007 yang dinamankan "The Tao of Everest", yang bertujuan mengebumikan mayat terbiar Francys Arsentiev dan pendaki  India yang digelar  "Green Boots", kerana kedua mayat terdedah pada pandangan kepada pendaki yang menuju ke puncak. Malangnya hasrat untuk meletakkan ketulan batu diatas tubuh Francys and " Green Boots" tidak dapat dilaksanakan kerana cuaca buruk dan akhirnya pada 23 May 2007,  Woodall berjaya menjejaki dan  hanya menolak mayat Francys jatuh jauh dari gaung bagi mengelakkan mayat tersebut dari pandangan umum.


Misteri kehilangan Sergei suami Francys hanya diketahui pada tahun 1999, ketika expedisi menjejaki "Mallory and Irvive di kaki gaung dipercayai terjatuh ketika menyelamatkan isterinya.


Walaupun nyawa menjadi taruhan bagi menakluk kepuncak, ia tidak pernah menyekat kegilaan pendaki yang setiap tahun akan tetap mengunjungi Gunung Everest. Kehadiran terlalu ramai expedisi menjadikan Everest semakin kotor dengan sampah,  Situasi ini amat membimbangkan pihak berkuasa walaupun meletakkan beberapa syarat pengawalan sampah seperti tangki oksigen namun ia gagal  kerana apabila berada dipuncak, hanya nyawa yang penting.




Disebabkan puncak Everest semakin tercemar pendaki-pendaki  yang berpengalaman dari orang Sherpa menyahut cabaran membersihkan pengunungan di altitud 8000m yang amat sukar dilaksanakan. 

Tarikh 29 May 2011 telah diumumkan sebagai hari Everest oleh   Everest Summiters’ Association (ESA) mencatat satu lagi tarikh keramat bagi Gunung Everest selepas pada tarih yang sama tahun 1953 Sir Edmund Hillary and Tenzing Norgay Sherpa menakluk puncak Everest,  pada hari tersebut ESA telah melancarkan hari Saving Mount Everest yang bertujuan membawa turun sejumlah 8110 kg atau 8.1 ton sampah dari puncak gunung hingga ke laluan trek di sepanjang gunung Everest. .








Kerja - kerja mengutip sampah dilaksanakan dengan pelbagai aktivis dari pelbagai negara bersama kerjasama Kementerian Pelancongan Kerajaan Nepal yang menyediakan  Rs 7.5 million, Carlsberg Beer Rs 2 million, NMA Rs 2 million, Laxmi Bank Rs 500,000 dan derma dari kerajaan Sweden $110,000 bagi menjayakan kempen  Save the Everest

The ESA berjaya menarik penyertaan seramai of 29 yang berpengalaman bagi membentuk pasukan mengutip sampah di ketinggian base-camp 6 diketinggian  8,700m untuk selama sebulan. haiwan yaks terpaksa digunakan bagi membawa sampah dari Everest ke  Lukla  yang berjaya mengumpulkan 4.9 ton.

kempen yang dijalankan berjaya mengumpul 8.10 ton dan diharap dapat dilaksanakan padat tahun akan datang memandangkan hampir 2000 metric ton sampah dibuang di puncak Everest dan keseluruhan hampir sejak 1953

Namun disebalik sampah yang perlu dibersihkan, seharusnya pada kempen yang akan datang pasukan khas harus di bentuk bagi memberi kewajaran kepada pendaki yang kehilangan nyawa ketika menuju kepuncak agar mayat mereka dapat dikebumikan dengan  sempurna.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan