Pages

31 Mac 2012

PERLETAKAN BATU ASAS PUSAT PERANGINAN GENTING


HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 31-03-1969
Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini 31.3.1969, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan dan Pengerusi Syarikat Genting Highlands Berhad, Tan Sri Mohamed Noah. 



Pusat peranginan yang berharga RM 50 juta itu mempunyai pelbagai kemudahan seperti hospital, balai polis, pejabat pos, restoran dan sebagainya.  Dalam ucapan perasmiannya Tunku Abdul Rahman menyatakan rasa gembira kerana ada syarikat persendirian yang sedia untuk membantu kerajaan dalam usaha memajukan pusat peranginan itu. Kewujudan Genting Highlands diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Dengan pembinaan hotel dan pusat peranginan itu pada hari ini dalam tahun 1969 akan memperbanyakkan lagi pusat pelancongan di negara ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan