Pages

27 Mac 2012

UPACARA PECAH TANAH PAKEJ 1: BANGUNAN TERMINAL PENUMPANG CONTACT ‘PIER’ DAN ‘BAGGAGE HANDLING SYSTEM’

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 27-03-1995

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1995,  Perdana  Menteri,  YAB  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  telah  merasmikan  upacara  pecah  tanah  bagi  kontrak  Pakej 1:  Pembinaan  bangunan utama  terminal  penumpang Contact  Pier dan  baggage handling system di Sepang, Selangor.  Ia merupakan  salah  satu  daripada  kontrak  yang  terbesar  daripada  56  pakej  yang dilaksanakan di bawah  projek  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuala  Lumpur (KLIA)  di  Sepang.


Turut  serta  dalam  upacara  tersebut  ialah  Datuk  Clifford  F.  Herbert, Pengerusi  Kuala  Lumpur International  Airport  Berhad  dan  Tuan  Yang  Terutama,  Taizo  Nakamura  Duta  Jepun  ke Malaysia.   Dalam  ucapannya YAB  Dato Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  menyatakan  bahawa  pembinaan  KLIA  di  Sepang  merupakan  salah  satu  komitmen  kerajaan  dalam  membangunkan  prasarana  yang  berunsurkan  pemodenan  ke  arah  pembangunan  bangsa.  KLIA  direka  bentuk  untuk  menjadi  hub Lapangan  Terbang  bertaraf  dunia,  efisien  dan  kompetitif  untuk  wilayah  Asia  Pasifik.  Langkah  pembinaan  KLIA  juga  adalah  bagi  mengatasi  kesesakan mengendali  penumpang  dan  kargo  di  Lapangan  Terbang  Subang,  Kuala  Lumpur.  Sesungguhnya,  upacara  pecah tanah  ini  disifatkan  sebagai  upacara  sungguh  bermakna  dalam  usaha  kerajaan   memajukan  lagi  sektor  infrastruktur  di  Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan