HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 12-06-1967
Sumber : http://www.arkib.gov.my/
Pada hari ini 12.6.1967 matawang baru Malaysia mula digunakan. Inilah pertama kalinya matawang Malaysia menggunakan nilai RINGGIT sebagai nilai tukaran antarabangsa. Dalam satu kenyataan di Bilik Gerakan Negara, Menteri Kewangan, Encik Tan Siew Sin memberi jaminan bahawa nilai matawang baru ini tidak berubah harganya dan tetap teguh baik di dalam mahu pun di luar negeri; yang berubah ialah bentuk rupanya sahaja.
Keteguhan nilai matawang Malaysia adalah disebabkan oleh kekuatan ekonominya termasuk kedudukan wang hasil dalam negeri, dan juga simpanan pertukaran wang luar yang besar. Wang baru ini menukarkan yang lama dengan kadar yang sama iaitu satu ringgit wang lama bersamaan satu ringgit wang baru.
Ketibaan wang baru ini disambut dari London di Port Swettenham dalam satu gerakan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat. Wang-wang kertas dan syiling baru ini kemudiannya disimpan di Pejabat Matawang, Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam untuk diedar dan digunakan di seluruh negara mulai hari ini dalam tahun 1967.
Wang wang yang diedar dan digunakan itu adalah dalam bentuk wang kertas yang bernilai $1, $5, $10 dan $100 dengan tiap-tiap satunya tertera gambar wajah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong I di permukaannya; sementara wang syiling pula bernilai 1¢, 5¢,10¢,20¢ dan 50¢ dengan permukaan di sebelah belakang bertatahkan Bangunan Parlimen dan bulan bintang berbucu tiga belas. Kedua-kedua wang baru dan lama itu sama-sama dipakai sehinggalah wang lama ditarik balik pengedarannya.

Polymaid tube profile forming plant, Test Rigs, Leak testing SPM, Conveyorised industrial oven, Conveyors, Cut to length SPMs, Assembly Setups
BalasPadam