Memaparkan catatan dengan label Kyoto life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kyoto life. Papar semua catatan

18 Mei 2019

JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA- SHIGAKUIN ( PART 2)

JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA- SHIGAKUIN ( PART 2)




Salah satu kenangan terindah ketika berada di Shigakuin adalah merasai pertama kali didalam seumur hidup pengalaman ketika salji turun. Tidak dapat digambarkan betapa cantiknya permandangan dan betapa takjubnya dengan ciptaan Allah.  oleh kerana bandar Shigakuin di kelilingi oleh bukit dan sungai, pemandangan di musim salji adalah pengalaman yang tidak dapat dilupai sehingga kini kerinduan untuk menikmati suasana itu amat tinggi.


Kyoto merupakan kawasan yang agak kurang di landa salji berbanding kawasan utara Jepun. Selalunya salji akan turun dengan lewat di pertengahan bulan February. Walaupun pada ketika pertama kali salji turun pada waktu jam 1 pagi, penulis bersama isteri sanggup keluar untuk pertama kali merasai titisan salji yang turun dengan lebat. walaupun suhu amat sejuk, namum buat manusia yang tinggal bumi khatulistiwa, ia merupakan kenangan seumur hidup.




sebaik matahari menampakkan diri, penulis berkesempatan menikmati pandangan bumi shigakuin yang dilimpahi warna putih. Segala stress bekerja hilang sekelip mata dan tanpa sedar rupanya sudah terlalu jauh berjalan dari kediaman. 

Kawasan Shigakuin tidaklah banyak tempat menarik untuk di lawati kecuali untuk pencinta sejarah dan yang meminati "hiking".

Di sini terdapat Shugakuin Imperial Villa (修学院離宮, Shugakuin Rikyū) yang di bina pada kurun 17th oleh Emperor Gomizuno. Asalnya sebuah temple dan akhirnya kawasan ini di jadikan salah satu istana oleh pemerintah.



Shugakuin hanyta boleh dilawati dengan dibantu oleh tourist guide disebabkan kawasannya yang terlalu besar. untuk melawat keseluruhan kawasan ia memerlukan 1 jam 20 minit . bagi yang meminati seni bina dan taman, ianya sesuatu yang menarik.



Tetapi sekiranya anda melancong menerusi tour travel, tempat ini mengambil masa yang lama untuk dilawati.


ja mate ne , arigatoo

18 Dis 2018

KENAPA ORANG JEPUN SIHAT


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA 

KENAPA ORANG JEPUN SIHAT?



Pengalaman berada di negara matahari terbit membuka penulis mengenai cara hidup dan budaya bagi sebuah bangsa banyak mempengaruhi tahap kesihatan dan sosio ekonomi sebuah negara.  Apabila sesuatu bangsa mengamalkan budaya hidup yang sihat menerusi cara pemakanan dan cara hidup secara langsung mengurangkan pembelanjaan besar kerajaan terutama menyediakan kos ubatan dan pembangunan hospital.

25 Nov 2018

How to live at kyoto - 4 Musim Di Jepun

JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA

EMPAT MUSIM DI JEPUN

Ketika pertama kali menjejak kaki ke bumi sakura ( Jepun ) pada 1 October 2011 iaitu pada musim luruh. Cuaca yang agak nyaman dan apabila angin bertiup, terasa sejuk sehingga ke tulang walaupun berpakaian tebal tetapi agak segan apabila melihat orang jepun hanya berpakain skirt pendek sahaja.

Jepun mempunyai “empat musim”, iaitu, musim bunga(bulan Mac hingga Mei), musim panas(bulan Jun hingga Ogos), musim luruh(bulan September hingga November) dan musim sejuk(bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

1. Musim Bunga ( 春 - Haru)


13 Apr 2016

How to live at Kyoto - Shigakuin International House ( Part 1)


Jejak Kembara di Bumi Sakura-  Shigakuin International house.

Ohayo gozaimasu




 Bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Kyoto Universiti pasti mempunyai pengalaman tinggal di Shigakuin International House. Pengalaman tinggal di Shigakuin pasti satu pengalaman yang pasti tidak dapat di lupai selamanya.




17 Jun 2015

How to live at Japan - Hotel and space


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu

Konichiwa

Jepun memang dikenali sebagai negara yang amat padat dari segi penduduk per kawasan. Sebelum sampai di Jepun, didalam pemikiran penulis membayangkan penduduk Jepun yang terlalu ramai sehingga kekurangan tanah untuk membina rumah sehingga terpaksa menambak laut bagi menampung keperluan tersebut. 

Tetapi pengalaman tinggal di Kyoto mendapati pesepsi tersebut adalah salah sama sekali. Walaupun mengejar pembangunan tetapi warisan nenek moyang dan tradisi di Jepun amat di hargai dan jaga bagi kegunaan generasi akan datang. 





Namun setelah tinggal di Jepun , perasaan simpati tadi bertukar kepada negara sendiri kerana di Jepun kawasan hutan masih terperihara dan tidak sewenang- wenangnya boleh diterokai. 


Kawasan tanah tinggi adalah dilarang untuk pembangunan.  Manakala kawasan keluasaan pertanian seperti sawah padi masih kekal seperti dulu dan sebarang pembangunan mestilah diganti dengan kawasan lain.



Kerajaan Jepun akan memastikan jumlah beras setiasa cukup untuk rakyatnya dan disebabkan itu Jepun tidak memerlukan beras import untuk rakyatnya sebab rakyat Jepun mempunyai sifat ego dan hanya mengagungkan barangan yang dihasilkan oleh rakyatnya. Sifat ini amat baik untuk di contohi oleh rakyat Malaysia. 


So kalau pergi pasaraya memang tak jual beras import seperti beras siam atau basmathi. Kalau tekak tak boleh makan beras jepun so kenalah order online beras siam…



Oleh kerana kawasan rendah sahaja dibenarkan membina bangunan maka ia menyebabkan Jepun kekurangan tanah dan oleh sebab itu di Jepun ruang adalah sesuatu yang amat dihargai.  Setiap ruang atau petak kosong di Jepun akan digunakan sebaiknya. Oleh sebab itu jangan terkejut sekiranya di Malaysia sekiranya kita menginap di Hotel 5 bintang,  ruang bilik tidur di hotel sebesar  rumah  semi D.  

Tapi di Jepun, even tinggal di Hotel 5 bintang,  ruang bilik hotel sebesar bilik no 2 rumah Semi D di Malaysia. 


Sampai di Kyoto Station, penulis  mengambil keputusan untuk tinggal di Kyoto Tower Hotel berhampiran dengan Kyoto Station.  Sesuatu yang unik di Jepun adalah bayaran untuk tinggal di hotel berdasarkan orang bukannya bilik. So kalau kita datang berdua , untuk menyewa di hotel bilik yang sama tetapi bayarannya mengikut bilangan orang. So tak kiralah kalau nak sewa single room, Queen room, king room ker bayar ikut kepala. So bayaran di Kyoto Tower Hotel adalah 6,500 yen seorang so dengan isteri terbanglah 13,000 yen. Nilai yen vs ringgit pada tahun 2010 lebih kurang 1000 yen = RM42. So lebih kurang RM 550 ringgit




so bila masuk jer bilik hotel ……….punyalah sempit. Kalau ikut standard kat Malaysia ruang bilik hotel ni macam hotel  2 atau 3 bintang.. Tapi itulah hakikat di Jepun kerana ruang adalah mahal. 
 



Sifat mulia yang dimiliki oleh orang Jepun adalah generasi sekarang sanggup berkorban dan berfikir panjang bagi memastikan generasi akan datang masih mempunyai ruang untuk tinggal. Berbanding dengan sikap orang Malaysia yang hanya mementing pada masa sekarang kerana berpandangan generasi akan datang pandai- pandailah nak hidup. Apa yang penting rezeki depan mata kita sapu dulu…Oleh sebab itu di Jepun,  generasi sekarang lebih mementing pride supaya apa yang mereka lakukan tidak akan membebankan generasi akan datang. 






 Sebagai contoh semua kawasan adalah dilarang merokok kecuali di kawasan yang khas untuk merokok. Oleh sebab itu di Jepun kawasan persekitaran amat bersih dan sampah amat sukar di jumpai.



Walaupun mahal tapi dapatlah tiket free naik Kyoto Tower. First day sampai dah boleh tengok bandar Kyoto dari atas...








so kita sambung cerita pada next episode.  

jaa ne , sayonara......



15 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival part 2)


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu....

So sambung balik cerita masa first time datang . Oleh kerana pihak universiti telah menyediakan rumah untuk pelajar di Kyoto University ( kena tempah awal sebab setiasa penuh) atau di panggil International House di Shugukuain hanya masuk pada hari Isnin.

So sebab sampai pada Jepun pada pagi Ahad terpaksalah tinggal di hotel sehari. Pihak university juga telah memberi panduan agar menggunakan train ‘ Haruka Line’  (ekpress train macam bullet train tapi kurang sikit laju dia) bagi pejalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Station.  So kalau nak selesa kena reserved seat so harga mahallah sikit

13 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival - part 1 )


Jejak kembara di bumi sakura.


Osaka dari tingkap kapalterbang



Ohayo Gozaimasu
Konichiwa.. 

Pengalaman tinggal selama 3 tahun di jepun merupakan satu peluang yang tidak akan dilupakan seumur hidup.  

Pertama kali hidup  bersama anak seramai 4 orang di bumi yang cukup asing dari aspek budaya dan cara hidup benar – benar memberi satu kesan yang cukup mendalam dan menjadi satu pengajaran yang amat berguna.  

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang meluluskan biasiswa bagi isteri yang melanjutkan pengajian ke peringkat PHd di Kyoto University Japan. 

31 Mei 2015

Traffic Law at Japan

Ohayo Gozaimasu




Kejadian kemalangan yang meragut nyawa Fairuz Nizam Husain 35, serta isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Anisa yang berusia tujuh bulan di lebuhraya Duta- Ulu Kelang (DUKE) pada awal sabtu 2 Mei 2015 amat menyedihkan dan menyentap perasaan masyrakat Malaysia. Lebih menyedihkan apabila memikirkan nasib dua lagi anak mangsa yang masih kecil iaitu Nur Firuza Amira 7 tahun dan adik Nur Firuza Aqila 4 tahun yang harus menempuh hidup yang panjang tanpa kehadiran kedua ibubapa mereka.

9 Jun 2014

Momotaro Jeans History

Momotaro Jeans History


Hii ohayo gozaimasu..

Wow!  more than 2 years i left my blog without any news post.  Since now  i have been stayed at Kyoto more than 2 years so i think i will share my next articles about Japan

Currently in denim's world, Japan own brand denim became one of expensive and famous denim in the world. The Japanese premium denim brand Momotaro was founded (2006) in Kojima in Okayama, a place where time still passes slowly. The small coastal town moves at an unhurried pace from the rest of the world and simply being there can allegedly make you feel relaxed.


6 Ogo 2012

MY FIRST STEP IN JAPAN


KYOTO STATION 

My first step on Japan soil was at Kyoto Station. Kyoto Station is the most important transportation hub in Kyoto, Japan. It has Japan's second-largest train station building (after Nagoya Station) and is one of the country's largest buildings, incorporating a shopping mall, hotel, movie theater, Isetan department store, and several local government facilities under one 15-story roof. 

I Spent  a night at Kyoto Tower Hotel which located in front of Kyoto Station.


  During check in to Kyoto Tower Hotel you will get free ticket to Kyoto Tower and will see the Kyoto Town from top view. 


The present Kyoto Station opened in 1997 with 70 meters high and 470 meters from east to west, with a total floor area of 238,000 square meters. Architecturally, it exhibits many characteristics of futurism, with a slightly irregular cubic facade of plate glass over a steel frame. 











It was amazing to see such a architectural design using steel structure with combined a lot of bend and curve that can create modern technology.







Aside from the main building on the north side of the station, the Hachijō-guchi building on the south side was built to house Tōkaidō Shinkansen which started operation in 1964. The underground facilities of the station, including the shopping mall Porta beneath the station square, was constructed when the subway opened in 1981.