17 Jun 2015

How to live at Japan - Hotel and space


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu

Konichiwa

Jepun memang dikenali sebagai negara yang amat padat dari segi penduduk per kawasan. Sebelum sampai di Jepun, didalam pemikiran penulis membayangkan penduduk Jepun yang terlalu ramai sehingga kekurangan tanah untuk membina rumah sehingga terpaksa menambak laut bagi menampung keperluan tersebut. 

Tetapi pengalaman tinggal di Kyoto mendapati pesepsi tersebut adalah salah sama sekali. Walaupun mengejar pembangunan tetapi warisan nenek moyang dan tradisi di Jepun amat di hargai dan jaga bagi kegunaan generasi akan datang. 





Namun setelah tinggal di Jepun , perasaan simpati tadi bertukar kepada negara sendiri kerana di Jepun kawasan hutan masih terperihara dan tidak sewenang- wenangnya boleh diterokai. 


Kawasan tanah tinggi adalah dilarang untuk pembangunan.  Manakala kawasan keluasaan pertanian seperti sawah padi masih kekal seperti dulu dan sebarang pembangunan mestilah diganti dengan kawasan lain.



Kerajaan Jepun akan memastikan jumlah beras setiasa cukup untuk rakyatnya dan disebabkan itu Jepun tidak memerlukan beras import untuk rakyatnya sebab rakyat Jepun mempunyai sifat ego dan hanya mengagungkan barangan yang dihasilkan oleh rakyatnya. Sifat ini amat baik untuk di contohi oleh rakyat Malaysia. 


So kalau pergi pasaraya memang tak jual beras import seperti beras siam atau basmathi. Kalau tekak tak boleh makan beras jepun so kenalah order online beras siam…



Oleh kerana kawasan rendah sahaja dibenarkan membina bangunan maka ia menyebabkan Jepun kekurangan tanah dan oleh sebab itu di Jepun ruang adalah sesuatu yang amat dihargai.  Setiap ruang atau petak kosong di Jepun akan digunakan sebaiknya. Oleh sebab itu jangan terkejut sekiranya di Malaysia sekiranya kita menginap di Hotel 5 bintang,  ruang bilik tidur di hotel sebesar  rumah  semi D.  

Tapi di Jepun, even tinggal di Hotel 5 bintang,  ruang bilik hotel sebesar bilik no 2 rumah Semi D di Malaysia. 


Sampai di Kyoto Station, penulis  mengambil keputusan untuk tinggal di Kyoto Tower Hotel berhampiran dengan Kyoto Station.  Sesuatu yang unik di Jepun adalah bayaran untuk tinggal di hotel berdasarkan orang bukannya bilik. So kalau kita datang berdua , untuk menyewa di hotel bilik yang sama tetapi bayarannya mengikut bilangan orang. So tak kiralah kalau nak sewa single room, Queen room, king room ker bayar ikut kepala. So bayaran di Kyoto Tower Hotel adalah 6,500 yen seorang so dengan isteri terbanglah 13,000 yen. Nilai yen vs ringgit pada tahun 2010 lebih kurang 1000 yen = RM42. So lebih kurang RM 550 ringgit




so bila masuk jer bilik hotel ……….punyalah sempit. Kalau ikut standard kat Malaysia ruang bilik hotel ni macam hotel  2 atau 3 bintang.. Tapi itulah hakikat di Jepun kerana ruang adalah mahal. 
 



Sifat mulia yang dimiliki oleh orang Jepun adalah generasi sekarang sanggup berkorban dan berfikir panjang bagi memastikan generasi akan datang masih mempunyai ruang untuk tinggal. Berbanding dengan sikap orang Malaysia yang hanya mementing pada masa sekarang kerana berpandangan generasi akan datang pandai- pandailah nak hidup. Apa yang penting rezeki depan mata kita sapu dulu…Oleh sebab itu di Jepun,  generasi sekarang lebih mementing pride supaya apa yang mereka lakukan tidak akan membebankan generasi akan datang. 






 Sebagai contoh semua kawasan adalah dilarang merokok kecuali di kawasan yang khas untuk merokok. Oleh sebab itu di Jepun kawasan persekitaran amat bersih dan sampah amat sukar di jumpai.



Walaupun mahal tapi dapatlah tiket free naik Kyoto Tower. First day sampai dah boleh tengok bandar Kyoto dari atas...








so kita sambung cerita pada next episode.  

jaa ne , sayonara......



15 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival part 2)


JEJAK KEMBARA DI BUMI SAKURA



Ohayo gozaimasu....

So sambung balik cerita masa first time datang . Oleh kerana pihak universiti telah menyediakan rumah untuk pelajar di Kyoto University ( kena tempah awal sebab setiasa penuh) atau di panggil International House di Shugukuain hanya masuk pada hari Isnin.

So sebab sampai pada Jepun pada pagi Ahad terpaksalah tinggal di hotel sehari. Pihak university juga telah memberi panduan agar menggunakan train ‘ Haruka Line’  (ekpress train macam bullet train tapi kurang sikit laju dia) bagi pejalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Station.  So kalau nak selesa kena reserved seat so harga mahallah sikit

13 Jun 2015

How to live at Japan ( arrival - part 1 )


Jejak kembara di bumi sakura.


Osaka dari tingkap kapalterbang



Ohayo Gozaimasu
Konichiwa.. 

Pengalaman tinggal selama 3 tahun di jepun merupakan satu peluang yang tidak akan dilupakan seumur hidup.  

Pertama kali hidup  bersama anak seramai 4 orang di bumi yang cukup asing dari aspek budaya dan cara hidup benar – benar memberi satu kesan yang cukup mendalam dan menjadi satu pengajaran yang amat berguna.  

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang meluluskan biasiswa bagi isteri yang melanjutkan pengajian ke peringkat PHd di Kyoto University Japan.