Pages

31 Mei 2015

Traffic Law at Japan

Ohayo Gozaimasu




Kejadian kemalangan yang meragut nyawa Fairuz Nizam Husain 35, serta isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Anisa yang berusia tujuh bulan di lebuhraya Duta- Ulu Kelang (DUKE) pada awal sabtu 2 Mei 2015 amat menyedihkan dan menyentap perasaan masyrakat Malaysia. Lebih menyedihkan apabila memikirkan nasib dua lagi anak mangsa yang masih kecil iaitu Nur Firuza Amira 7 tahun dan adik Nur Firuza Aqila 4 tahun yang harus menempuh hidup yang panjang tanpa kehadiran kedua ibubapa mereka.

Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda, Presiden Persatuan Pelajar Undang-undang,  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,  memang di akui bahawa undang undang mengenai kemalangan jalan raya tidak adil kepada mangsa kemalangan seperti Seksyen 41, dimana pesalah hanya dikenakan hukuman penjara kurang dari 2 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakkan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

Bercakap melalui pengalaman  dimana penulis pernah terlibat didalam kemalangan di rempuh dari hadapan  oleh lori yang terbabas memasuki laluan penulis, ianya amat memeritkan. Kecederaan  patah tulang bahu dan rusuk dan tinggal di hospital hampir 3 bulan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sama sekali.  Walaupun bersyukur kerana masih bernafas tetapi amat memeranjatkan apabila mendapati pemandu lori tersebut tidak didakwa di atas kesalahan kerana terdapat kesilapan ketika report polis dibuat mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang diguna oleh lori dimiliki  kenderaan lain. Manakala pemandu lori tersebut tidak dapat dikesan oleh pihak polis.  Walaupun ia nampak pelik tetapi inilah hakikat yang harus diterima oleh kita di Malaysia. Sekirany a mempunyai wang akan ada pelbagai cara untuk melarikan diri dari undang undang.


Apa yang menarik perhatian penulis mengenai keadilan undang – undang syariah Islam berkaitan jenayah tanpa niat yang harus membayar pampas an kepada mangsa kemalangan dimana nilai pampas an adalah dinilai dengan 100 ekor unta atau bersamaan nilai semasa sebanyak RM400,000.  Undang – undang syariah ini harus disokong dan harus mengantikan undang – undang sivil yang sedia ada kerana ia lebih adil dan mempunyai impak yang amat besar kepada masyarakat kita serta secara langsung boleh mengurangkan kemalangan maut di Malaysia.



Pengalaman tinggal di Kyoto, Jepun selama 3 tahun ,  mendapati Kerajaan Jepun sudah lama mengamalkan konsep ganti rugi dimana mahkamah akan mengarahkan pesalah membayar sejumlah pampas an kepada mangsa kemalangan jalan raya mengikut jadual yang di tetapkan. Oleh sebab itu di Jepun jumlah kemalangan amat rendah malah memandu kenderaan di Jepun amat berhati – hati kerana jumlah pampasan yang harus di bayar amat tinggi.



Sekiranya mangsa kemalangan adalah budak sekolah, jumlah pampas an akan dikira berapa berapa jumlah kos yang dialami oleh kedua ibu bapa membesarkan mangsa  ditambah dengan jumlah kerugian yang akan dicapai oleh mangsa sekiranya besar.  Ada pesalah yang membayar sejumlah 30 juta yen bersamaan RM 900,000 bergantung kepada kategori mangsa yang terlibat .  



Dengan cara begini sebenarnya memberi impak yang besar kepada masyarakat kerana untuk jangka masa panjang ia akan mengajar masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan respect other people life.  Kepada yang rasa dirinya samseng jalan raya cuba datang ke Jepun…. Sure lepas 2 minggu akan jadi baik ( rujuk pada diri sendiri)….



Ok that for today… sayonara…..mate ne.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan