Pages

11 Jul 2012

Syajarat Ad Durr - Pemimpin Wanita Islam Pertama


"Her beauty was unmatched amongst women, nor her resoluteness amongst men"



Ohayo gozaimasu

Masih segar lagi dengan kebangkitan rakyat Mesir menerusi demostrasi besar-besaran sehingga menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.  Bumi yang amat subur sejak zaman dahulu kerana dikurniakan oleh Allah Sungai Nil  tidak pernah lekang dengan pelbagai musibah akibat perebutan kuasa yang nampaknya akan berterusan menerusi kaedah demokrasi. Pernah menjadi tamadun unggul sejak zaman Firaun kemudian penuh gemilang dengan empayar Rom, Byzatine dan kemudian kedatangan Islam membina tamadun yang lebih gemilang.
Mesir pernah menjadi rebutan ketika perang salib sebelum kemunculan Sallahuddin Al Ayubi yang mengegar kuasa kristian di Eropah.

Tetapi yang menarik di zaman kekuasaan kerajaan Ayyubiyah yang diasaskan oleh Panglima agung Sallahuddin Al Ayubi akhirnya musnah berpunca dari seorang wanita yang pernah berkuasa sebagai Sultanah atau Queen di bumi Mesir sepertimana Cleopartra selama 80 hari dengan terbabit membunuh anak tirinya sendiri bagi mendapat kuasa.



Beliau merupakan isteri kepada Sultan  Malik as Saleh Najmuddin yang asalnya seorang hamba yang dibeli ketika Sultan Malik As-Saleh menjadi putera mahkota.  Ketika Sultan Malik As Saleh membeli  banyak hamba dari daerah Kaukasus dan Laut Kaspia sejak dari kanak2 dan ditempatkan di Pulau Raudah di Sungai Nil. Mereka dipisahkan dari masyarakat dan menjalani latihan ketenteraan dan keagamaan.  Mereka di panggil Mamalik yang bermaksud budak dan yang menariknya dari golongan hamba yang berkhidmat didalam pelbagai bidang terutama ketenteraan akhirnya menjadi pemerintah dan membina dinasti Mamluk  di bumi Mesir.



Walaupun Sultan Malik As- Saleh mempunyai tentera yang tetap dari bangsa Kurdi, namum perebutan kuasa sebagai pemerintahan Kerajaan Ayyubiyyah dan ancaman dari tentera salib memaksa Sultan Malik As Salleh mengukuhkan kerajaan dengan menjadikan tentera dari mamluk sebagai pengawal utama diraja.  
Sultan  Malik as-Saleh Najmuddin Ayyubi, banyak membeli Mamluk khususnya dari suku bangsa Turki.   Setelah kematian bapanya Sultan Kamil, Sultan Malek As-Saleh Najmuddin telah berjaya merampas kembali Baitul-Maqdis dari kaum salib. Bukan setakat itu sahaja beliau berjaya  merampas kembali Asqalan dan Damsyik. Keadaan ini membangkitkan kembali semangat perang di Eropah. Pada tahun 1249M Raja Perancis St Louis IX telah mengatur angkatan perang. Tentera Salib berjaya memasuki kota Mansurah dan pada masa yang sama Sultan Malik As Saleh Najmuddin mangkat. Disinilah kehebatan, kepintaran yang dimiliki oleh Syajarat ad-Durr  yang memegang teraju pemerintahan sementara menanti anak tirinya Turansyah dari Kota Mosul, Iraq mengantikan ayahnya.

Syajarat Al Durr merupakan hamba yang berasal dari Turki dan Armenia. Beliau mendapat sokongan yang cukup kuat dari golongan mamluks kerana anak Sultan Malik As Salih lebih dekat dengan Tentera berbangsa Kurdis.  Bimbang kematian Sultan Malik Al Saleh melemahkan moral tentera Islam yang sedang berjuang menentang tentera Salib, Syajarat  Al Durr merahsiakan kematian suaminya.

Berpakat dengan   Emir Fakhr ad-Din Yussuf Ben Shaykh (ketua tentera Mesir ) dan  Tawashi Jamal ad-Din Muhsin (Ketua pengawal Raja ) , mayat Al Malik Al Saleh dipindahkan secara rahsia ke Pulau Raudah dan dikebumikan. Syajarat Ad Durr bijak kerana sebelum kematian Sultan Al Malik Al Saleh telah menandatangani beribu  kertas kosong yang kemudian  digunakan oleh SyajaratAd- Durr memberi gambaran dan menyakinkan kepada petadbiran kerajaan dan rakyat bahawa Sultan masih hidup.
Pada masa yang sama Shajarat Al-Dorr tidak hanya menuggu bantuan dari anak tirinya Turan Syah dari Mosul,malah menyusun semula pertahanan  tentera Mesir  setelah kota Dimyat berjaya ditawan dan Emir Fakhr ad-Din terbunuh didalam serangan tersebut.
Shajar al-Durr akhirnya bersetuju  degan cadangan Laksamana Bybars Al bandaqdari yang  mempertahankan kota Mahsurah dengan mengumpan tentera salib memasuki kota dan menyerang hendap di lorong- lorang sempit.  Pada masa yang sama Turan Syah telah memusnahkan kapal tentera salib dan menyekat bekalan makanan dan akhirnya berjaya menewaskan tentera salib dan Raja Louis IX sendiri berjaya ditawan.

Kematian  Al-Malik Al-Saleh kemudian diumumkan dan  anaknya,Turansyah , naik tahta sebagai Sultan. Golongan Mamalik merasa terancam karena Turansyah lebih dekat kepada tentara asal Kurdi dari pada mereka.  Syajarat ad-Durr, seorang yang juga berasal dari kalangan Mamalik berusaha mengambil alih  pemerintahan, sesuai dengan kesepakatan Golongan mamalik.

Turan Syah cuba menguasai pemerintahan dengan cuba menyingkirkan Syajarat Ad Dur kerana mengetahui golongan mamluk memihak kepada ibu tirinya. Malang buat Turan Syah yang memandang rendah kesetiaan golongan mamluk dan kelicikan Syajarat Ad Durr dan beliau dibunuh dengan meracuni minumannya dan berakhirnya  kerajaan Ayyubid di Mesir.

Kematian Turan Syah telah membuatkan golongan mamluks melantikSyajarat  Ad Durr mewarisi kerajaan Ayyubid di Mesir dan merupakan pemerintah wanita pertama dalam sejarah islam.
Kepemimpinan Syajarat ad-Durr berlangsung selama 80 hari sehinggalah khalifah Islam di Baghdad  mengutuskan satu surat setelah mendapat bahtahan dari golongan ulama yang bermaksud “ sekiranya tiada lelaki dikalangan kamu maka kami akan hantarkan untuk menjadi ketua”

Walaupun Khalifah di Baghdad tidakmempunyai kuasa terhadap Kerajaan Ayubbid namun Syajarat Ad Durr mengalah kerana mendapat bantahan rakyat.   Beliau  kemudin berkawin dengan seorang tokoh Mamalik bernama Sultan Izzudin Aybak dan menyerahkan tampuk kepemimpinan padanya sambil berharap dapat terus berkuasa di belakang tabir.

Pelantikan Sultan Izuddin Aybar telah menyebabkan pecahan di kalangan anggota tenteranya dengan yang masih setia  dengan kerajaan Ayyubiyah enggan mengiktiraf. Malah pengaruh Syajarat Ad Durr di dalam pentadbiran membuatkan Sultan Izzuddin Aybar akhirnya mengahwini anak kepada Badarruddin Lu lu , Gabenor Kerajaan Ayyubiyah di Mosul bagi mendapatkan pengaruh. Tindakan itu membuatkan Syajarat Ad Durr membunuh Sultan Izzuddin Aybar dengan mengoda beliau didalam kamar bilik air dan di bunuh oleh pembantu syahjarat dengan memukul menggunakan kasut  kayu.

Kematian Sultan Izzudin Aybar menyebabkan keadaan Mesir manjadi bergolak. Walaupun Syahjarat cuba meyakinkan rakyatnya bahawa kematian Sultan akibat kemalangan namun  tentera yang setia seperti Syed Qutuz enggan menerima.

Kehilangan sokongan dari tentera mamluk menyebabkan Syajarat di tangkap dan dikurung di menara. Anak Sultan izzuddin yang berusia 15 tahun, Al Mansur Ali di nobatkan sebagai Sultan yang baru.  Peluang ini digunakan oleh isteri pertama Sultan Izzuddin Aybar, Umm Ali yang berpakat dengan anak nya mengupah pembantu membunuh Syajarat seperti mana yang dilakukan terhadap suaminya. Beliau dipukul dengan sepatu kayu dan mayat beliau yang dijumpai tanpa pakaian di luar menara.  Beliau dikebumikan di Masjid Tulun.

 Sesetengah sejarawan menyatakan bahawa Syajarat Ad Durr merupakan pengasas Kerajaan Memalik di bumi Mesir yang bertahan sehingga tahun 1811 dan merupakan dinasti yang paling lama bertahan di bumi Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan