Pages

21 Mei 2012

SUN TZU’S PAKAR SENI STRATEGI PEPERANGAN


SUN TZU’S PAKAR SENI STRATEGI PEPERANGAN.
Sumber: Wikipedia,
Sun Tzu merupakan  jeneral lagenda Cina yang terkenal sebagai seorang pakar strategi peperangan pada zaman perang antara negeri pada 544–496 BC. Strategi peperangan ketenteraan yang di asaskan beliau menjadi rujukan sehingga ke hari ini.
 Strategi untuk Memenangi Peperangan
Strategi 1
Perdaya Langit untuk melewati Samudera.
Menggunakan kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar akan menarik  kecurigaan kepada pihak musuh. Untuk melemahkan pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka dengan tenang bagi menyembunyikan objektif tersembunyi dengan melakukakan aktiviti biasa seharian dan bertindak ketika musuh tidak lagi curiga mengenai anda.
Strategi 2
Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao.
Sekiranya berhadapan dengan pasukan musuh yang terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya. Ketahui bahawa musuh tidak selalu kuat di semua hal. Entah dimana, pasti ada celah di antara senjatanya, kelemahan pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda dapat menyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untuk melemahkannya secara psikologi.
Strategi 3
Pinjam tangan seseorang untuk membunuh.
Kaedah ini lebih menggunakan kebijaksanaan politik bagi menewaskan musuh dengan menggunakan pihak lain bagi menewaskan musuh anda. Dengan menggunakan fitnah dan menyogok musuh bagi menjadi pengkhianat, atau gunakan melagakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.
Strategi 4
Buat musuh keletihan sambil menjimatkan  tenaga.
Strategi ini selalu digunakan oleh banyak panglima perang seperti perang hittin dimana salahuddin berhadapan dengan tentera salib dan panglima Agung Khalid Al-Walid ketika perang Yarmouk. Sekiranya anda menghadapi musuh , amat penting bagi anda menentukan waktu dan tempat petempuran . Dengan cara ini, anda akan akan tahu bila dan di mana pertempuran akan berlangsung, sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia-sia sambil anda menjimatkan tenaga.  Menyerang musuh disaat mereka keletihan.
Strategi 5
Gunakan kesempatan saat terjadi kebakaran untuk mencuri
Gunakan kesempatan menyerang musuh ketika sebuah negara mengalami konflik dalaman, ketika menghadapi penyakit dan kelaparan, ketika rasuah dan kejahatan bermaharajalela, kerana pada waktu iut ia tidak akan mampu menghadapin ancaman luar.
Strategi 6
Berpura-pura menyerang dari timur dan menyeranglah dari barat.
Pada setiap pertempuran, elemen kejutan dapat menghasilkan kejayaan yang berganda.  Malah ketika bertempur dengan musuh, kejutan masih dapat digunakan dengan melakukan serangan  ketika mereka leka. Untuk melakukannya, pengetahuan mengenai kelemahan musuh harus dikaji agar dapat melaksanakan tipu helah kepada musuh.
Strategi Berhadapan dengan Musuh
Strategi 7
Buatlah sesuatu untuk hal yang sia -sia.
Menggunakan tipu helah yang sama  sebanyak dua kali.  Ini akan mengakibatkan musuh yang bertindak selepas 2 kali terperangkap di dalm helah yang sama akan ragu-ragu mengenai helah yang ke 3.  Kerana helah yang ketiga adalah serangan yang sebenar menewaskan musuh disaat pertahanannya lemah
Strategi 8
Secara rahsia pergunakan lintasan Chen Chang.
Serang musuh dengan dua kekuatan pasukan. Yang pertama adalah serangan langsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh mempersiapkan pertahanannya. Yang kedua secara tidak langsung, sebuah serangan yang menakutkan, musuh tidak mengira dan membagi kekuatannya sehingga pada saat-saat terakhir mengalami kebingungan dan kemalangan.
Strategi 9
Pantau api yang terbakar sepanjang sungai.
Jangan  memasuki wilayah pertempuran sehingga  seluruh pihak yang bertikai mengalami keletihan akibat pertempuran yang terjadi antara mereka. Kemudian serang dengan kekuatan penuh untuk menghancurkan musuh.

Strategi 10
Pisau tersarung dalam senyum.
Menggunakan pujian kepada musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahsia.

Strategi 11
Mengorbankan perak untuk mempertahankan emas.
Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek bagi mendapatkan keuntungan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.
Strategi 12
Mencuri kambing sepanjang perjalanan
Masih fokus kepada objektif utama tetapi  harus bijak dan fleksibel untuk mengambil keuntungan dari tiap kesempatan yang ada walau sekecil manapun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan