Pages

22 Mei 2012

PERANG NANING - BELANDA - (1641- 1645)


PERANG NANING PERTAMA.



Nama Naning tercatat didalam buku sejarah mengenai pejuangan menentang penjajah oleh penghulu Dol Said. Malah nama  Dato Dol Said telah di tempat diantara tokoh pejuang melayu yang bangkit menentang penjajah Inggeris. Malangnya kegemilangan Naning suatu masa dahulu seakan hilang dari lipatan sejarah Malaysia pada hari ini malah kedudukannya yang kini diletakkan dibawah negeri Melaka seolah-olah sudah menafikan kewujudannya yang pada masa dulu merupakan sebuah negeri yang hebat.

Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke 15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah penempatan yang di namakan Naning. Naning juga adalah antara pernah menjadi anggota gabungan Negeri Sembilan  yang  bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada Negeri Sembilan. Naning mengamalkan Adat Perpatih dan diperintah oleh seorang Penghulu yang dikenali sebagai Undang. Kedudukan Naning pada hari ini adalah sebahagian dari Daerah Alor Gajah meliputi Sungai Baru Ulu, Masjid Tanah,Ayer Paabas,Lendu sehingga ke Tebong dan di Daerah Jasin yang melibatkan Batang Melaka, Jus dan Nyalas.



Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama negari-negari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning. Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka. Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

Tertakluknya bandar Melaka menyebabkan Naning yang berada dipedalaman Melaka menjadi milik Belanda. Perjanjian 15 Ogos 1641 berikutan persetujuan Penghulu Naning (Orang Kaya Datuk Seraja Merah I) mengembalikan pampasan perang kepada Belanda telah tidak dipersetujui oleh orang-orang Naning yang kemudiannya diambil kesempatan oleh Belanda menghantar Alexander Mendes ke Naning bukan bertujuan: hendak menyelesaikan hura-hara tetapi sebaliknya menetapkan hak kekuasaan Belanda di Naning . Perjanjian ditandatangani bersama Gabenor Van Twist mengandungi 23 fasal diantaranya ;

1. Naning mengaku membayar kepada Belanda tiap-tiap setahun satu cabutan 1/10 daripada hasil-hasil padi buah-buahan dan lada hitam.
2. Menyerahkan sesiapa orang Naning yang bersalah melawan Belanda dihukum. Dan lain-lainnya
Namun syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi oleh Naning kerana dianggap berat sebelah dan hanya menguntungkan Belanda.

Pada akhir 1641, angkatan Belanda pimpinan Jan Menie mengganggu Sungai Penajis dengan menangkap dua perahu orang Naning sebagai hukuman keengganan tersebut. Pada mac 1642 angkatan ini bersama 12 perahu membawa 50 askar pergi ke Naning mengambil ufti tetapi gagal kerana berlaku kekacauan di Naning ketika itu.

Oktober 1642 orang Naning meminta bayaran ufti dibayar dengan wang atau lada hitam dan belanda dikehendaki menjual lada hitam dengan harga 30 Crusados setiap satu bahara tetapi tindakan Belanda menghalau Tok Lela Pahlawan menyebabkan keengganan mereka membayar ufti dan timbul beberapa penentangan antaranya pada 1643 angkatan Kapten Laurens Forsenburg dan Jan Menie bersama 6 askar Belanda terbunuh semasa dalam perjanan ke Rembau.

Begitu juga angkatan bantuan Gabenor Jeremics Van Vliet bersama 20 orang diserang handap oleh orang Rembau dalam hutan di antara Naning dengan Rembau.
Bantuan seterusnya juga diserang hendap mengakibatkan tiga puluh askar terbunuh dan sebuah peti yang mengandungi 14000 ringgit di ambil oleh orang Rembau .

Belanda bertindak balas menyebabkan tiada pertempuran berlaku. Tetapi pada Ogos 1644 seramai 1000 orang Naning menyerang Belanda menyebabkan menyebabkan pada Februari 1645 Belanda membakar Kampung Melekik dan membinasakan kebun buah dan sawah padi serta membakar rumah dan menebang 800 batang pokok kelapa menyebabkan Naning terpaksa meminta perdamaian dan menerima beberapa syarat.Tetapi keberatan membunuh tiga orang datuk-datuk dari Naning dan Rembau seperti yang di kehendaki oleh Belanda untuk mengelakkan permusuhan berpanjangan Belanda menyetujui permintaan tersebut .

Semenjak itu hingga beberapa tahun lamanya tiada berlaku perselisihan antara Naning dan Belanda. Pada 1675 Belanda menggantikan ufti dengan 400 gantang padi sehingga kepada 200 gantang kerana masalah kemiskinan Naning ketika itu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan