16 Mei 2012

PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 16-05-1969
Sumber: http://www.arkib.gov.my/



Pada hari  ini dalam  tahun 1969,  Majlis  Gerakan  Negara (MAGERAN)  telah  ditubuhkan.  Penubuhan  majlis  ini  bertujuan  untuk menangani  permasalahan  yang timbul  ekoran  tercetusnya  Tragedi  13  Mei  1969.  Tun  Abdul  Razak  telah  dilantik sebagai  Pengarah  MAGERAN  dengan  ahli-ahlinya  terdiri  daripada  Tun  Dr.  Ismail, Tan  Sri  Ghazali  Shafie,  Tunku  Osman  Mohd  Jewa,  Tan  Sri  Mohamad  Salleh, Leftenan  Dato’  Ibrahim  Ismail,  Presiden  MCA  dan  Presiden  MIC.   Pada  dasarnya fungsi  MAGERAN  ialah  untuk  mengawal  ketenteraman,  mempastikan  kelicinan  pentadbiran  negara  dan  mengawal  keadaan  harmoni  serta  saling  mempercayai  di kalangan rakyat  pelbagai  kaum.  Dua  permasalahan  utama  yang  perlu  diselesaikan oleh  MAGERAN  ialah  masalah  perpaduan  kaum  dan  ketidakseimbangan  ekonomi antara  kaum.  Berikutan  daripada  itu,  Majlis  Perundingan  Negara  dan  Jabatan Perpaduan  Negara  telah  ditubuhkan  pada  tahun  1970.   Beberapa  dasar  penting  telah  diwujudkan  antaranya  Akta  Hasutan,  Rukun  Negara  dan  Dasar  Ekonomi  Baru  yang  telah  dirangka  dan  dilancarkan  pada  Januari  1971  untuk  membasmi  kemiskinan tanpa  mengira  kaum  serta  menyusun  semula  masyarakat.  Sesungguhnya  MAGERAN  telah  menyumbang  besar  dalam  memulihkan  perpaduan  dikalangan  rakyat  sehingga  kemerdekaan  negara  dapat  dipertahankan hingga  kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan