Pages

2 Mac 2012

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Sumber dari http://www.arkib.gov.my


Tarikh Peristiwa pada 02-03-1889

Pada hari ini dalam tahun 1889, satu perjanjian di antara Raja Padas Damit iaitu Pengeran Shahbandar di satu pihak dan British North Borneo Company disatu pihak yang lain ditandatangani. Perjanjian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengakhiri perbalahan dan permusuhan di antara British North Borneo Company dan Pengeran Shahbandar.

Antara lain perjanjian tersebut mempersetujui iaitu:-
  1. Pengeran Shahbandar bersetuju menyerahkan kepada British North Borneo Company semua kawasan Padas Damit dan semua jajahan di bawah kuasanya iaitu termasuk Padas Klias.  Pengeran Shahbandar juga bersetuju menyerahkan semua kuasa keistimewaannya seperti kuasa memungut cukai dan juga menyerahkan semua dokumen-dokumen mengenai Padas Damit dan Padas Klias.
  2. Sebaik saja perjanjian ditandatangani, Pengeran Shahbandar bersetuju akan memberitahu ketua-ketua dan penduduk-penduduk Padas Damit mengenai penyerahannya itu dan mengarahkan supaya penduduk-penduduk Padas Damit memberhentikan serangan terhadap British North Borneo Company, keluar menyerahkan diri kepada Pegawai-pegawai British North Borneo Company dan menyerahkan serta merobohkan kubu-kubu pertahanan mereka.
  3. Dengan perjanjian yang ditandatangani itu, British North Borneo Company juga menamatkan pembayaran sejumlah $330 setahun kepada Pengeran Shahbandar.  Sebaliknya British North Borneo Company akan membayar sejumlah $733.50 sebagai sagu hati, dan wang sejumlah $2,130 yang akan dibayar setengah dalam bentuk duit perak dan setengah lagi dalam bentuk duit gangsa.
  4. Penduduk dan Ketua-ketua Padas Damit tidak akan diseksa atau dihukum dari pemberontakan yang telah mereka jalankan sebelum perjanjian dibuat.  Sebaliknya mereka diberi kebebasan untuk tinggal di dalam kawasan tersebut atau pindah ke tempat lain mengikut kehendak mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan