Pages

7 Feb 2012

Khalifah Abu Al-Abbas Al Saffah (132-136H/750-754M)

Khalifah Abu Al-Abbas Al-Saffah merupakah khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah yang menumbangkan Khalifah Umayyah.  Nama sebenarnya ialah Abdullah Abu-Alabbas bin Muhamad bin Ali bin Abdullah bi Al-Abbas. beliau lahir pada 104 H dan meninggal pada umur 32 tahun pada 136H akibat penyakit  cacar. Sebelum menjadi Khalifah beliau merupakan seorang yang terkenal sebagai dermawan dan baik hati namun berubah menjadi seorang yang pemerintah yang tegas dan keras hati. Ini dibuktikan sebaik memegang kuasa beliau telah memberi amaran akan menentang setiap pederhaka terhadap kerajaannya secara kekerasan dan menumpahkan darah tanpa menaruh sebarang belas kasihan.


Ketegasan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencari penyatuan  masyarakat islam  dibawah kerajaan baru yang baru dibina. Ramai penentangnya telah dibunuh sama ada secara perseorangan atau beramai-ramai sehingga beliau digelar sebagai Al-Saffah iaitu menumpahkan darah.

Tindakan  Al-Saffah secara kekerasan dari segi politik adalah demi menghapuskan tunjang pengaruh Bani Umayyah di waktu itu. Pada masa itu ramai keluarga Bani Umayyah dibunuh. Pembunuhan  berlaku disetiap kota besar Islam, seperti Mekah, Madinah, Kufah, Palestine dan lain-lain.  Kebencian Al-Saffah terhadap Kerajaan Umayyah cukup menebal sehingga kubur - kubur Khalifah Umayyah yang dahulunya semuanya digali dan dibongkar, melainkan kubur Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja dibiarkan kerana mengenang jasa-jasanya yang besar dan sifat-sifatnya yang mulia.

Kekejaman yang keterlaluan oleh Al-Saffah telah menimbulkan simpati terhadap mangsa Al-Saffah dikalangan penyokongnya yang sama-sama memberi sokongan menegakkan Kerajaan Abbasiyah memberontak. mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh Al-Saffah adalah satu perkara yang keluar dari peradaban Islam sendiri. Namun Al-Saffah berjaya menghapuskan semua pemberontakan tanpa mengira sama ada ia datang dari keluarga Alawiyah yang pernah membuat gerakan bersama untuk mengulingkan Kerajaan Umayyah.

Kerana terlalu banyak menumpahkan darah maka sepanjang 4 tahun sembilan bukan pemerintahan Al-Saffah tidak mencapai apa-apa kemajuan mahupun penyatuan. sebaik kematiannya, saudaranya Abu Jaafar Al Mansur telah mengantikan beliau yang terkenal kerana berjaya menyatukan kerajaan Abbasiyah sepanjang pemerintahannya. disebabkan itu, Al-Saffah tidak diterima oleh ahli sejarah sebagai pengasas kerajaan Abbasiyah malah hanya menganggap beliau sebagai pelopor penubuhan kerajaan Abbasiyah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan