31 Mac 2012

PERLETAKAN BATU ASAS PUSAT PERANGINAN GENTING


HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 31-03-1969
Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini 31.3.1969, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan dan Pengerusi Syarikat Genting Highlands Berhad, Tan Sri Mohamed Noah. 

27 Mac 2012

UPACARA PECAH TANAH PAKEJ 1: BANGUNAN TERMINAL PENUMPANG CONTACT ‘PIER’ DAN ‘BAGGAGE HANDLING SYSTEM’

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 27-03-1995

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1995,  Perdana  Menteri,  YAB  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  telah  merasmikan  upacara  pecah  tanah  bagi  kontrak  Pakej 1:  Pembinaan  bangunan utama  terminal  penumpang Contact  Pier dan  baggage handling system di Sepang, Selangor.  Ia merupakan  salah  satu  daripada  kontrak  yang  terbesar  daripada  56  pakej  yang dilaksanakan di bawah  projek  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuala  Lumpur (KLIA)  di  Sepang.

21 Mac 2012

SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN REID

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 21-03-1956
Sumber:  http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini dalam tahun 1956, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


20 Mac 2012

PERJANJIAN PENARIKAN KELUAR TENTERA BRITISH DARI MALAYSIA


HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 20-03-1968

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Walaupun telah mencapai kemerdekaan tentera British masih lagi kekal di Malaysia sebagai sebahagian daripada keperluan pertahanan negara ini.  Bagaimanapun pada hari ini 20.3.1968 satu Perjanjian Penarikan Keluar Tentera British dari Malaysia telah ditandatangani di Kuala Lumpur. Perjanjian ini ditandatangani oleh En. S.J.H. Zaidi selaku wakil Malaysia yang juga Presiden bagi Persatuan Kakitangan Awam Jabatan Perang (WDCSA) dan En. C.E. Starling, Pemerintah Angkatan Bersenjata Timur Jauh (FARELF) selaku wakil  pihak British. Turut hadir sama ialah En.V. Manickavasagam, Menteri Buruh dan Sir Michael Walker, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia.

19 Mac 2012

PEMBUKAAN RASMI MUZIUM NEGERI MELAKA

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 19-03-1954





Artifak dan bahan-bahan tinggalan lama dapat memberikan gambaran tentang kelompok masyarakat setempat yang telah menghuni sesuatu kawasan di masa-masa silam. Pada hari ini 19.3.1954, Muzium Negeri Melaka telah dibuka secara rasminya oleh Pesuruhjaya Residen Melaka, Encik G.E.C. Wisdom. Muzium yang dibuka itu pada asalnya adalah bangunan pedagang Belanda. Muzium ini telah menjadi nyata hasil dari inisiatif Pesuruhjaya Tinggi Inggeris iaitu Sir Gerald Templer.

18 Mac 2012

Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia Tarikh Lahir

Sekiranya anda lahir pada 18 haribulan, anda sebenarnya dipenuhi dengan perubahab aktiviti dan perjalanan. Anda  seorang yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan orang awam kerana anda seorang yang suka menolong. Mempunyai sifat suka berdikari dan tidak suka dengan nasihat kerana anda memang tidak memerlukannya.

Ready-Mix Concrete Batching Plant

Politeknik Merlimau Melaka

My first project as civil engineer began in July 1999 just after Malaysia's economic hit by currency crisis. I still remember during  an interview with the Project Director, he come to a room and only said that the company only can pay RM 1,200 as basic salary and  no further negotiation. I took the job because the work area nearby with my village.

I was assign as Site Engineer for the construction of new Politeknik at Merlimau Melaka Project with total project cost  about RM 146 million.


16 Mac 2012

PERJANJIAN ANTARA PAHANG DAN BELANDA DI TANDATANGANI

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 16-03-1637

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1637,  satu  perjanjian  antara  kerajaan  Pahang  dan Belanda  mengenai  kerjasama  dalam  bidang  pertahanan  telah  ditandatangani  di  negeri  Pahang.  Sebelum  perjanjian  ini  ditandatangani,  hubungan  Pahang  dan  Belanda  kurang  memuaskan.  Pahang  dan  Belanda  serta  Aceh  dan  Portugis,  seringkali  bermusuhan  antara  satu  sama  lain  sehingga  membawa  kepada  meletusnya  peperangan.



Antara Sains dan Islam - Lebah Madu

 Lebah Madu
Sekadar untuk berkongsi mengenai kebesaran Allah dan kebenaran Al-Quran.

Sumber: http://scienceandislam.tripod.com





"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

WHO'S THE BEST? ANDROID? I PHONE ? OR BLACKBERRY

Which one you prefer?


Sumber: Section Comic.com

15 Mac 2012

Antara Sains dan Islam - Kejadian manusia


KEAJAIBAN KEJADIAN MANUSIA

Sekadar untuk berkongsi mengenai kebesaran Allah dan kebenaran Al-Quran. 

sumber : http://scienceandislam.tripod.com





ALAM RAHIM (Alam kandungan)

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-
Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.


HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


PASUKAN PENGAMAN MALAYSIA TIBA DI PHONM PENH

Tarikh Peristiwa pada 15-03-1992
Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1992,  kumpulan  pertama  seramai  47  anggota  tentera  Malaysia  telah  tiba di  Kemboja  bagi  menyertai  misi  pengaman  terbesar  dalam  sejarah  antarabangsa.  Kumpulan  pertama yang  diketuai  oleh  Kolonel  Mohd  Arshad   Mohd  Raji  daripada  Markas  Lima  Briged  Kota Kinabalu  ini  terdiri  daripada  15  orang  pegawai  dan  32  orang  anggota  daripada  lain-lain  pangkat.  Kontinjen  awal  ini  telah  diterbangkan  dengan  dua  pesawat  TUDM  C130H  dan telah  mendarat  di Battambang  yang  terletak  di  Sempadan  Thailand -  Kemboja.  

14 Mac 2012

HOW WOMEN DECIDE TO WEAR UNDERWEAR



HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


PENYERAHAN PANJI-PANJI DIRAJA KEPADA TUDM

Tarikh Peristiwa pada 14-03-1967

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  Tentera  Udara  Diraja  Malaysia (TUDM)  telah  dikurniakan  Panji-Panji  Diraja  oleh  DYMM Yang  di Pertuan  Agong,  Tuanku  Ismail  Nasiruddin  Shah  Ibni  Al-Marhum  Sultan  Zainal  Abidin.  Penubuhan  TUDM  bermula  pada  tanggal  2  Jun  1958  apabila  parlimen  meluluskan  Ordinan  Tentera  Udara  yang  mana  ketika  itu  TUDM  adalah  dikenali  sebagai  Tentera  Udara  Diraja  Persekutuan.  

13 Mac 2012

Antara Sains dan Islam


Proses kejadian alam dari pandangan al Quran

Sekadar untuk berkongsi mengenai kebesaran Allah dan kebenaran Al-Quran.
Sumber: http://scienceandislam.tripod.com

 Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi  tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.
   

12 Mac 2012

SUZUKI JIMNY - A JOURNEY




For those civil engineer have been involved under massive construction works during 1995 - 2000 at Putrajaya, KLIA, Bukit Jalil, LRT Project, Cyberjaya etc. absolutely have an experience driving the small 4 x 4 Suzuki Jimny. When i was in final year studying in Engineering at UKM, i saw a lot of construction peoples from Putrajaya Project park their Suzuki Jimny  at Sekyen 1's Stall, Bangi  for having a lunch.  It was an amazing car and become a symbol or trade mark for the people that as automatic recognized the driver of Suzuki Jimny surely working in construction site.

PEMBINAAN JAMBATAN KOTA DI KELANG DILULUSKAN

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 12-03-1957

Sumber: http://www.arkib.gov.my

Pembinaan sesuatu jambatan memainkan peranan penting untuk kemajuan dan perhubungan sesuatu tempat. Pada hari ini 12.3.1957, Kerajaan telah meluluskan pembinaan Jambatan Kota di Kelang, Selangor. Jambatan itu dibina oleh Syarikat British Dormon Long, dengan perbelanjaan kira-kira 7 juta ringgit, merupakan jambatan terbesar ketika itu dan panjangnya 1500 kaki. Jambatan itu dibina 2 tingkat dan di bahagian atasnya mempunyai sebatang jalan untuk kenderaan dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham dan sebaliknya dan bahagian bawahnya ialah khas untuk beca, basikal dan kenderaan-
kenderaan ringan yang lain.

11 Mac 2012

KEBESARAN ALLAH - PERTEMUAN DUA LAUTAN

Walaupun ramai sudah mengetahui mengenai perkara ini, sekadar ingin berkongsi mengenai kebenaran A-Quran dan kebesaran Allah.

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا


 “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)


Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran.
"Dia memberikan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?
(Ar Rahman : 19 - 21)

PERASMIAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH



HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 11-03-1988
Sumber: http://www.arkib.gov.my/



Pada  hari  ini  dalam  tahun  1988,  Masjid  Sultan  Salahuddin  Abdul  Aziz  Shah  iaitu Masjid  Negeri  yang  baru  bagi  Negeri  Selangor  telah  dirasmikan  oleh   DYMM   Sultan Selangor,  Sultan  Salahuddin  Abdul  Aziz  Shah.   Masjid  yang  dibina  dengan menggabungkan  seni  bina  tradisi  Islam  dan  tradisi  Melayu  telah  direka  bentuk  oleh arkitek  terkenal  Malaysia,  Datuk  Baharuddin  Abu  Kassim  iaitu  arkitek  yang bertanggungjawab  mereka  bentuk   Masjid  Negara. 



10 Mac 2012

Laut Aral - Kemusnahan akibat manusia

Laut Aral - Kemusnahan akibat ketamakan manusia


Sekadar untuk mengambil iktibar agar kejadian yang berlaku tidak berulang di mana-mana tempat di dunia.

Laut Aral adalah tasik yang terletak di Asia Tengah. Tasik  ini terletak di Kazakhstan di utara dan Uzbekistan di selatan.  Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang kelima terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 km2.

Laut Aral sendiri bermaksud laut kepulauan (Sea of Islands) merujuk kepada hampir 1500 buah pulau yang pernah berada di laut ini suatu ketika dahulu. Namun sekarang mungkin nama ini patut ditukar kerana situasi yang berlaku ketika ini menjadikan nama itu sudah tidak relevan lagi.

PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MARA

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 10-03-1967

Sumber:http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini dalam tahun 1967,  bangunan MARA  telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia.  Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur.  Bangunan  setinggi  lapan  tingkat  ini  telah   menelan  kos  pembinaan  sebanyak  RM3.5 juta.

9 Mac 2012

APA TUGAS WAKIL RAKYAT SEBENARNYA



Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan undang-undang.
Seseorang wakil rakyat mungkin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Wakil rakyat menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat (di Parlimen).

CREATIVE - MAN & MACHINE

Try imagine your daily routine without a machine....  


PEMBUKAAN RASMI KOMPLEKS SIRIM SHAH ALAM

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA
Tarikh Peristiwa pada 09-03-1977


Sumber: http://www.arkib.gov.my



Pada hari ini dalam tahun 1977, Kompleks SIRIM di Shah Alam, Selangor telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj. Kompleks ini mempunyai kemudahan infrastruktur seperti makmal ujian yang lengkap dengan ‘test bed’; makmal ujian fizikal dan material serta makmal konkrit dan simen. SIRIM atau Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia ini telah ditubuhkan pada tahun 1975 melalui penggabungan Institut Piawaian Malaysia (SIM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Industri Negara (NISIR).



7 Mac 2012

PENYATA RAZAK DILULUSKAN

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 07-03-1957
Sumber : http://www.arkib.gov.my/

Pada hari ini dalam tahun 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Abdul Razak  bin Dato’ Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji dan menilai sistem pelajaran yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu  setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran dan    mewujudkan satu sistem pendidikan bagi  membentuk masyarakat yang bersatu padu.

6 Mac 2012

PORT DICKSON-REMBAU DIISYTIHARKAN KAWASAN PUTIH YANG PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 06-03-1954



Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh Kerajaan dalam tahun 1948 adalah bertujuan untuk membendong keganasan komunis.   Banyak kawasan yang disyaki menjadi kubu komunis telah diisytiharkan sebagai kawasan yang penting dan dikawal ketat.  Kawasan-kawasan ini kemudiannya akan diisytiharkan sebagai `kawasan putih' apabila kerajaan berpuas hati dengan keselamatannya. Pada hari ini 6.3.1954, kawasan pentadbiran Port Dickson dan Rembau diisytiharkan sebagai `Kawasan Putih' oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

5 Mac 2012

25 beautiful places in the world


Here are the 25 beautiful places in the world, which you can plan to visit in your lifetime.

Sumber: travelzone.com
Grand Canyon:

beautiful places in the world
One of the beautiful places of the world, Grand Canyon is the steep-sided gorge carved by the Colorado River in Arizona State of United States. The powerful sources that cause an impact on the Grand Canyon is erosion, first is by water and second is by wind.

KHALIFAH ABDUL RAHMAN AL-DAKHIL

Kelahiran Kerajaan Umayyah Di Sepanyol

"Sekiranya Islam tidak mencipta kertas, kompas dan senjata, nescaya barat akan sentiasa berada pada keadaan yang tidak membangun hingga sekarang."



Pemerintahahan kerajaan Umayyah Di Sepanyol yang terpisah dari pusat Kerajaan Abbasiyah di Baghdad bermula apabila Abdul Rahman bin Muawiyah bersama pengikut-pengikutnya merampas kuasa pemerintahan negeri Sepanyol di Cordoba di bawah pimpinan Gabenor Yusof bin Abdul Rahman Al-Fihri pada tahun 756M (138H).

Chelsea sack Andre Villas-Boas


Chelsea have sacked boss Andre Villas-Boas. The team has struggled this season under the rookie Portuguese boss.
Villas-Boas’ assistant Roberto Di Matteo will take control of the team until the end of the season.

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Penubuhan Majlis Sukan Negara.

Tarikh peristiwa : 05/03/1969

Sumber: http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini dalam tahun 1969, penubuhan Majlis Sukan Negara telah diumumkan. Usul penubuhan Majlis Sukan Negara telah diluluskan oleh kabinet pada 27 April 1971 dan ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis Sukan Negara telah dilancar secara rasmi pada 21 Februari 1972 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.  Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan berprestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Belia dan Sukan

. Matlamat penubuhan Majlis ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara, iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang sukan dalam pertandingan peringkat tertinggi. Manakala objektif penubuhannya adalah:
  1. Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  2. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan;
  3. Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan peringkat negeri dan daerah;
  4. Menyediakan program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan;
  5. Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi;
  6. Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan;
  7. Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeri dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan peringkat kebangsaan;
  8. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis; 
  9. Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia
.

4 Mac 2012

Will Robin Van Persie stay at Arsenal?


Dutch striker Robin Van Persie scored an injury-time winner as Arsenal defeated Liverpool 2-1 at Anfield.
Van Persie had already scored the equaliser to get the Gunners back into the game after defender Laurent Koscielny had put through his own goal.
Prolific

Kejayaan Operasi Sri Aman

 HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 04-03-1974

Sumber ; http://www.arkib.gov.my/


Di Sarawak bumi kenyalang juga tidak terkecuali daripada menerima tentangan hebat pengganas komunis yang digerakkan oleh Partai Rakyat Kalimantan Utara atau dikenali dengan nama PARAKU yang diketuai oleh BONG KEE CHOK.PARAKU terlebih awal telah merintis jejak perdamaian setelah termeterainya Perjanjian Sri Aman pada 21 Oktober 1973, yang melibatkan pihak PARAKU dengan kerajaan Malaysia. Sebagai Pengarah Komisar Politik PARAKU, Bong Kee Chok telah mendepani hasratnya untuk kembali ke pangkuan masyarakat dengan persetujuan meletakkan senjata seterusnya berdamai dengan pihak kerajaan pada tahun yang berkenaan.

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 03-03-1992

Sumber : http://www.arkib.gov.my/

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1992,   Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan  Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah  telah  berkenan  menyempurnakan penganugerahan  panji-panji Diraja kepada Rejimen  Renjer  yang diadakan  dengan  penuh  istiadat  ketenteraan  di Stadium Perak.  Seramai 668 orang anggota termasuk 39 orang pegawai telah mengambil bahagian  dalam  perbarisan  mengarak  panji-panji  Diraja yang diketuai oleh  Lt.  Kolonel Zulkapli Abdul Rahman.  Turut berangkat menyaksikan upacara  yang penuh  bersejarah  itu  ialah  Raja Permaisuri Agong, Tuanku  Siti Bainun binti Mohd Ali,   Raja  Perlis  selaku  Kolonel Yang dipertua Renjer dan Raja Perempuan  Perlis;  Pemangku  Raja Perak, Raja Nazrin  Shah;  Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib; Panglima Tentera Darat,  Jeneral Tan Sri Yaacob Mohd Zain serta  pegawai-pegawai Tinggi Tentera dan orang-orang kenamaan.  Dalam  titah,  baginda  berharap  agar  semua  perwira  dan  perajurit  rejimen  Renjer  menyambut  pengurniaan  panji-panji  ini  dengan  penuh  azam  dan  semangat  perjuangan  yang  tinggi  untuk  terus  mempertahankan  kedaulatan  agama,  bangsa  dan  negara.  Pengurniaan  panji-panji  ini sebagai  menghargai  serta  mengenang  jasa  bakti,  pengorbanan,  kesetiaan yang  telah  dicurahkan  oleh  Rejimen Renjer yang ditubuhkan  pada 16 September 1963   kepada  agama,  bangsa  dan  negara.

2 Mac 2012

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Sumber dari http://www.arkib.gov.my


Tarikh Peristiwa pada 02-03-1889

Pada hari ini dalam tahun 1889, satu perjanjian di antara Raja Padas Damit iaitu Pengeran Shahbandar di satu pihak dan British North Borneo Company disatu pihak yang lain ditandatangani. Perjanjian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengakhiri perbalahan dan permusuhan di antara British North Borneo Company dan Pengeran Shahbandar.

15 Kelebihan Kaabah Daripada Sudut Saintifik

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah ( please klik here ) ...