9 Jul 2012

PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA DITANDATANGANI DI LONDON

Tarikh Peristiwa pada 09-07-1963 

Sumber : http://www.arkib.gov.my/


 Pada hari ini dalam tahun 1963,  satu  perjanjian  telah  ditandatangani  diantara  kerajaan  British,  Persekutuan  Tanah  Melayu,   Singapura,  Sabah   dan  Sarawak  mengenai  pembentukan  Malaysia  yang  akan  berkuatkuasa  pada  31  Ogos  1963.   Perjanjian ini  telah   ditandatangani   di  Malborough   House  iaitu  Pejabat  Perhubungan  Commonwelth  di  London,  hasil   lanjutan  daripada   perundingan-perundingan  yang  telah  diadakan  sebelum  ini.  



Pada  majlis  menandatangani  perjanjian  tersebut,  Persekutuan  Tanah  Melayu   telah  diwakili  oleh  YTM  Tunku  Abdul  Rahman,  Singapura  oleh  Encik  Lee  Kuan  Yew.   Manakala   Kerajaan  Britian  pula  diwakili  oleh  Perdana  Menterinya  En.  Harold  MacMillan,  Sarawak  oleh  Temenggong  Jugah  anak  Bareing  dan  Sabah  oleh  Datu  Mustapha  Datu  Harun.  Perjanjian  yang  mengandungi  11  pasal  antaranya  menyentuh  mengenai  pengabungan   ketiga-tiga  buah  negeri  iaitu  Sabah,  Sarawak  dan  Singapura  dalam  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang  akan  dikenali  sebagai   Malaysia.  Ia  juga  turut  menyentuh  mengenai  pelepasan  kekuasaan  dan  kedaulatan  British  ke  atas  Sabah,  Sarawak  dan  Singapura.  Sesungguhnya,  perjanjian  yang  ditandatangani  pada  hari  ini  adalah  hasil  yang  dikemukakan  oleh  Tunku  Abdul  Rahman   mengenai  Gagasan  Pembentukan  Malaysia  pada  27  Mei  1961.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan