17 Jun 2012

LT. HIROO ONADA- ASKAR YANG ENGGAN MENYERAH KALAH.




Sebagai anggota tentera adalah menjadi keutamaan dan displin bagi setiap anggota mematuhi arahan. Arahan yang diberi merupakan objektif sesuatu misi dan anggota tentera yang setia dan terlatih akan memastikan walau dalam sesukar mana situasi yang menjadi  keutamaan adalah menyempurnakan misi yang dipertanggungjawabkan.

Kesetiaan anggota mematuhi arahan yang diberikan memerlukan anggota tentera mempunyai kekuatan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga mental bagi memastikan anggota mudah menyerah kalah.  Kedua aspek inilah yang menjadikan anggota tentera amat sukar ditewaskan dimedan peperangan.



Kerana kesetiaan mematuhi arahan telah menjadikan  Hiroo Onoda menjadi anggota tentera terakhir Imperial Jepun yang menyerah kalah pada perang Dunia Ke-2  selepas 29 tahun sejak perang tamat pada Ogos 1945.

Yang menariknya selama 29 tahun Hiroo onada tidak mengetahui bahawa Negara beliau telah menyerah kalah kepada Amerika kerana mematuhi arahan ketuanya yang memberi beliau misi yang perlu di sempurnakan.

Hiroo Onada amat meminati dunia ketenteraan. Beliau telah terpilih menjadi  Imperial Japanese Army pada usia 20. Beliau mendapat latihan khas didalam unit risikan dan amat mahir didalam gerila taktik. Disebabkan itu, pada December 1944, beliau telah diarahkan mengetuai kumpulan elit Imperial Japanese Army ke Lubang Island di Philippines yang dijangka menjadi pusat logistik tentera Amerika bagi menyerang kedudukan tentera jepun di Philippines.

Misi utama mereka memusnahkan pengkalan udara dan kemudahanpelabuhan yang digunakan tentera Berikat ketika menyerang Philippines. Bagi mencapai objektif komander beliau telah memberi arahan walau apa pun berlaku mereka dilarang menyerah kalah dan membunuh diri selagi misi belum berjaya.

 ‘You are absolutely forbidden to die by your own hand…’. ‘So long as you have one soldier, you are to continue to lead him. You may have to live on coconuts. If that's the case, live on coconuts! Under no circumstances are you [to] give up your life voluntarily.’

Malangnya misi mengekang kemaraan tentera Amerika gagal kerana Lubang Island berjaya dikuasai pada February 1945. Hampir keseluruhan tentera dibawah unit Hiroo Onoda terbunuh dan ditawan. Leftenan Hiroo  Onada bersama tiga anggota iaitu Prebet Yuichi Akatsu, Korporal Shoici Shimada dan Preber Kinshichi Kozuka berjaya melarikan diri dan mereka mula melaksanakan perang gerila terhadap tentera Amerika.

Walaupun  Lubang Island hanya berkeluasan  16 batu panjang dan 6 batu lebar, hutan yang lebat memudahkan mereka menyembunyikan diri dalam melaksanakan perang gerila.  Walaupun pernah mendapat risalah yang meminta mereka menyerah diri seperti “ perang sudah tamat”  dan juga surat meletak senjata yang diberikan oleh General Tomoyuki Yamashita, Commander tentera ke 14, namun mereka berempat menganggap itu hanya propaganda tentera Amerika dan masih meneruskan pejuangan sepertimana yang diarahkan oleh ketuanya.

Selepas 4 tahun berlalu, salah seorang dari mereka iaitu Yuichi Aktsu menyerah diri kepada tentera Philippines setelah merasakan pejuangan mereka semakin sia-sia. Yuichi Aktsu pulang ke Jepun dan pada masa yang sama memberitahu pihak atasan terdapat tiga lagi rakan mereka yang masih percaya perang masih belum tamat.

 2 tahun berlalu selepas Yuichi Aktsu menyerah diri, usaha memujuk mereka dengan mengugurkan surat dan bungkusan dari keluarga di Lubang island malangnya mereka  bertiga enggan membuka bungkusan tersebut kerana percaya ia adalah  taktik menewaskan mereka.

Mereka bertiga hidup dengan memakan kelapa dan pisang liar. Kadangkala mereka berjaya membunuh lembu penduduk tempatan .

Malangnya pada 1954 salah seorang anggota bernama Korporal Shoici Shimada dibunuh oleh penduduk tempatan dan Onada hanya dapat bersama anggota yang terakhir sepanjang 18 tahun iaitu Kinshichi Kozuka  sebelum rakannyan di bunuh pada October 1972 menjadikan Onada sekarang tinggal seorang diri.


Sepanjang melancarkan perang gerila, Onada dan kumpulanya berjaya membunuh 30 penduduk Philippines dan sering bertempur dengan pihak Polis.

Kematian Korporal Shoici Shimada menarik minat Noria  Suzuki seorang pengembara yang ingin mencari lagenda yeti di Himalaya menjejaki  Onada dan membawa beliau pulang. Ini dapat diungkapkan melalui keputusan beliau dengan meletakkan misi  "Lieutenant Onoda, a panda, and the Abominable Snowman, in that order".

Noria Suzuki ke Lubang Island dan berjaya menjejaki Hiroo Onoda selepas 4 hari. Pada detik pertemuan Lt. Onada cuba menembak Suzuki tetapi sempat bercakap “ Onada san, Maharaja dan rakyat Jepun amat bimbang dengan tuan”.

Noria Suzuki cuba memujuk Lt. Onada supaya menyerah dan menceritakan bahawa perang sudah tamat namun Lt. Onada sukar untuk menerima. Lt Onada akhirnya berkata “saya seorang askar dan menjadi tanggungjawab melaksanakan tugas yang diberi kecuali bekas ketuanya sendiri memberi arahan supaya menyerah.

Suzuki pulang ke Jepun bersama sekeping photo beliau dan Lt. Hiroo Onada yang mengemparkan kerajaan Jepun yang berusaha menjejaki bekas ketua Onada, Mejar Yoshimi Taniguchi, seorang penjual buku. Mengetahui bahawa keadaan Lt.Onada,  Mejar Yoshimi terbang ke Lubang Island pada 9 Mac 1974 bagi menunaikan janji beliau kepada anggota bawahan yang dibuat pada 1944 “ walau apapun berlaku , kami akan kembali berjuang bersama kalian”


Mereka berjaya menjumpai Lt Hiroo Onada dan Mejar Yoshimi Tanuguchi melaksanakan tugas terakhir beliau dengan memberi arahan kepada Lt Hiroo Onada

a) Merujuk kepada arahan Maharaja , semua unit pasukan Tentera Ke 14  dikehendaki menghentikan segala aktiviti kententeraan serta merta.
b) Merujuk kepada arahan Markas Utama Tentera N0, A-2003,kesemua unit dan individu dibawah unit khas diarah menyerah dan dilepaskan dari segala arahan kententeraan dan operasi serta merta.
c) Mereka perlu meletak senjata kepada kepada pegawai unit masing – masing. Sekiranya tiada pengawai , mereka harus menyerah kepada pihak Amerika atau Philipine .

Lt. Onoda dibebaskan dari tugasan bukan menyerah. Beliau menyerahkan pedang dan senjata. Malah kesalahan beliau membunuh hampir 30 orang Philippines diampunkan oleh Presiden Ferdinand Marcos setelah mengambil kira keadaan Lt Onada yang masih tertakluk kepada tugasan tentera.

Lt Hiroo Onada disambut sebagai wira di Jepun malangnya keadaan negara Jepun yang sudah berubah landskap akhirnya berhijrah ke Brazil bagi mengelak tumpuan media terhadapnya.  Kerajaan Jepun telah membayar sebanyak ¥1,000,000 sebagai bayaran perkhidmatan sepanjang 30 tahun. Beliau menderma kesemua wang yang diterima kepada Yasukuni Shrine untuk menghormati tentera yanag mati semasa peperangan.

Pada tahun 1978,  beliau menubuhkan  Japanese Society untuk immigrant dari Jepun dan memegang jawatan sebagai Presiden selama 8 tahun.


Pada May 1996, beliau kembali melawat Lubang Island bagi mengingati semula pejuangan beliau selama 30 tahun.

Sumber: wikipedia,google image and etc.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan