Rabu, 30 Mei 2012

PERSIDANGAN DAMAI MALAYSIA-INDONESIA DI BANGKOK


HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 30-05-1966

Sumber: http://www.arkib.gov.my/



Pada  hari  ini  dalam  tahun  1966,  satu  persidangan  damai  Malaysia-Indonesia  telah  diadakan  di  Bangkok,  Thailand.  Persidangan  ini  bertujuan  untuk  menamatkan  konfrantasi  di antara  kedua  buah  negara  yang  berjiran  ini.  Perwakilan  Malaysia  telah  diketuai  oleh  Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri  Pertahanan  Malaysia,  Tun  Abdul  Razak  bin  Hussein,  manakala perwakilan  Republik  Indonesia  pula  diketuai  oleh  Dr.  Adam  Malik,  Menteri  Luar  merangkap  Menteri  Hal  Ehwal  Politik  Republik  Indonesia. Di antara  persetujuan  yang dicapai  dalam  rundingan ini ialah  persetujuan  kedua-dua  buah  negara  untuk  memberikan  kebebasan  kepada Sabah  dan  Sarawak  bagi  menentukan  kedudukan  mereka  dalam  gagasan  Malaysia  melalui  pilihan raya  umum.  Kedua-dua  buah  negara  juga  telah  mencapai  kata  sepakat  untuk  memulihkan hubungan  diplomatik  dan  memberhentikan  pemusuhan dengan secepat  mungkin.  Lanjutan  daripada  persidangan  ini,  satu  perjanjian untuk memulihkan hubungan,  iaitu  Normalisation  Agreement  telah  ditandatangani  pada  11  Ogos  1966.  Dengan  termeterainya  perjanjian  ini hubungan  di antara  Malaysia-Indonesia  telah untuk  menuju  ke  arah  persefahaman  dan  kerjasama  yang  lebih  erat.


KONFRONTASI INDONESIA

20 Januari 1963: Menteri Luar Indonesia, Soebandrio mengumumkan Indonesia mengambil sikap bermusuhan terhadap Malaysia.

12 April 1963: Sukarelawan Indonesia mula menyeberang masuk sempadan Sarawak dan Sabah untuk menyebarkan propaganda, melakukan serangan dan sabotaj.

27 Julai 1963: Presiden Sukarno mengumumkan “Ganyang Malaysia” yang menjadi ikon bagi konfrontasi Indonesia-Malaysia.




16 September 1963: Pembentukan Malaysia.

18 September 1963 dan seterusnya: Rusuhan di hadapan kedutaan British dan Singapura di Jakarta. Ejen Indonesia ditangkap di Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia membalas dengan mengepung Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Di sepanjang perbatasan di Kalimantan, berlaku peperangan perbatasan; pasukan Indonesia dan pasukan tak resminya mencuba menduduki Sarawak dan Sabah, tetapi gagal.

1964: Indonesia mula menyerang negeri di Semenanjung Malaysia.

Ogos 1964: Enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Kawalan TLDM dipertingkatkan di perairan Malaysia.

17 Ogos 1964: Pasukan tentera payung terjun Indonesia mula dikesan mendarat di pantai barat Johor.

2 September 1964: Pasukan tentera payung terjun Indonesia dikesan mendarat di Labis, Johor.

29 Oktober 1964: 52 Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Johor. Berjaya ditangkap oleh pasukan RAMD.

Januari 1965: Australia membantu mengirimkan 3 rejimen tentera dan 1 rejimen SAS bagi menambah kekuatan 14,000 tentera British dan Commonwealth sedia ada.

Pertengahan 1965: Indonesia mula menghantar Tentera Nasional Indonesia menyertai konfrontasi.

28 Jun 1965: Serangan TNI yang menyeberangi Pulau Sebatik dan Tawau. Pertempuran dengan RAMD.

Penghujung 1965: Berlaku konflik domestic menerusi kudeta terhadap Soeharto. Konfrontasi menjadi reda serta merta.

28 Mei 1966: Penyelesaian konflik antara Malaysia dan Indonesia menerusi persidangan Bangkok.

Jun 1966: Kekerasan dan konflik senjata berakhir.

11 Ogos 1966: Perjanjian damai Malaysia-Indonesia

Movie preview