Selasa, 29 Mei 2012

LAPANGAN TERBANG PALING EXTREME DI DUNIA


Princess Juliana International Airport


Lapangan Terbang ini merupakan yang kedua tersibuk di Timur Caribbean. Ia terkenal kerana mempunyai jarak mendarat yang pendek iaitu  2,180 metres/7,152 ft, yang merupakan jarak minima untuk kapal terbang bersaiz besar. Disebabkan itu, juruterbang  terpaksa mengawal pesawat menghampiri pantai berdekatan di Maho Beach didalam keadaan altitude yang amat rendah. Ironiknya ia menjadi tumpuan pungunjung pantai menikmati pandangan jarak dekat pesawat ketika mendarat. Walaupun dikategori amat bahaya, kecekapan juruterbang amat dipuji kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku sepanjang lapangan terbang ini mula beroperasi.


Juancho E. Yrausquin Airport

Merupakan satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi Pulau Saba dari  kepulauan  Caribbean di Netherlands Antilles. 


Terkenal kerana landasan yang pendek dan memerlukan juruterbang yang benar mahir untuk mengawal pesawat  di samping keadaan angin lintang .

Lukla Airport





 Lapangan terbang yang kecil di bandar  Lukla di negara Nepal. Lapangan ini terkenal kerana merupakan satu-satunya lapangan terbang di altitude yang tinggi dan penting untuk pendaki Gunung Everest. Landasan yang pendek  dengan jarak 2900 m dan berada di kawasan penggunungan himalaya mengingatkan kepada pendaki bahawa maut   yang akan menimpa kepada pendaki sekiranya cuai ketika mendaki.


Sumber : http://etonnant-astonishing.webnode.com

Gibratar Airport


Terletak diantara  Morocco dan Sepanyol di bina ketika Perang Dunia Ke2 dan sehingga kini merupakan lapangan bagi United Kingdom's Royal Air Force walaupun membenarkan penerbangan komersial menggunakan untuk penerbangan harian

Lapangan Terbang Gibraltar terkenal kerana landasannya melintasi jalan utama yang sibuk dan akan ditutup seketika bagi membenarkan pesawat mendarat dan berlepas.


Namun Malaysia pernah mempunyai lapangan terbang yang amat extreme dan masih kini berfungsi hanya untuk tentera udara dan penerbangan kecemasan

Lapangan Terbang Sungai Besi.



Berada di pinggir Pusat Bandar Kuala Lumpur merupakan lapangan yang unik kerana dikelilingi oleh pembangunan yang pesat. Pernah menjadi pusat kawalan operasi semasa Darurat dan kini menjadi sepenuhnya di bawah Tentera Udara Malaysia.




Lapangan Terbang Pulau Layang - Layang ( Kepulauan Spartly)

Lapangan terbang ini dibina oleh Tentera Laut Di raja Malaysia di tengah - tengah Kepulauan Spartly yang merupakan kawasan tuntutan pelbagai negara seperti China, Vietnam , Brunei dan Filipina.


 Landasan yang di bina amat pendek memerlukan kemahiran juruterbang melakkukan pendaratan extreme untuk menghentikan pesawat.



Oleh kerana berada di kawasan koflik akibat tuntutan pelbagai negara terdapat resort untuk pelancong merasai kelainan berada di dunia ditengah - tengah Laut China Selatan.