15 Mei 2012

PERASMIAN LOJI JANAKUASA LUMUT

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 15-05-1997

Sumber: http://www.arkib.gov.my



Pada  hari  ini  dalam  tahun  1997,   Perdana  Menteri,  Y.A.B  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  telah  merasmikan  loji  Janakuasa Lumut,  di  Segari, Perak.  Turut  sama  pada  upacara  ini  ialah Datin  Seri  Dr.  Siti  Hasmah  Mohd  Ali;  Menteri  Besar  Perak, Y.A.B  Tan Sri  Ramli  Ngah  Talib  dan  isteri,  Puan  Sri  Raja  Noora  Ashikin  Raja  Abdullah;  Pengerusi  Eksekutif  Malaysian  Resources  Corporation  Bhd (MRCB),  Datuk  Khalid  Ahmad.  Loji  yang  berharga  RM 4 billion  ini  merupakan  loji  janakuasa  kitar  padu  terbesar  di  negara  ini  dan  ketiga  di  dunia  telah  dibangunkan  oleh  Segari  Energy  Ventures  Sdn.  Bhd. (SEV).   Loji  kitar  padu kuasa  gas  ini  berkemampuan  menghasilkan 1,303 Megawatt  (MW),  mempunyai  dua  blok  yang  terdiri  daripada  tiga  tarbin  gas  dan  dua  tarbin  stim, berkeupayaan  membekalkan  bekalan  elektrik  tambahan  sehingga  11  peratus  ke  gris  nasional. Setiap satu  loji  janakuasa  berkenaan  mampu  menjana  651.1 MW  dengan  setiap  satu  dilengkapi  tiga  turbin  gas  model  ABB  13E2,  tiga  penjana  wap  pemulihan  haba,  satu  turbin  wap,  empat  penjana  elektrik  sampingan  dan  peralatan  serta  kemudahan  saling  bersambung  dalam  bangunan.  Operasi  loji janakuasa  ini  100  peratus  dilaksanakan  oleh  syarikat  bumiputera.  Sesungguhnya,  Loji  Janakuasa  Lumut  ini berjaya  memenuhi  keperluan  tenaga  elektrik  negara serta  membuktikan  kemampuan  bumiputera  dalam  industri  penjanaan  kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan