Khamis, 12 April 2012

KHALIFAH ABDUL RAHMAN AL- NASIR (Abdul Rahman III)

Kerajaan Islam di Sepanyol
(912-961M)

Sejarah setiasa akan berulang kembali, malangnya manusia tidak pernah mengambil iktibar dari sejarah.

Keadaan politik semasa Malaysia dengan demonstrasi Bersih 3 yang akan dilaksanakan oleh pihak yang mendakwa mereka menuntut kebebasan demokrasi serta tuntutan melampau bangsa cina dibawah tajaan DAP mengingati satu peristiwa yang pernah berlaku di bumi Sepanyol pada 1100 tahun dahulu ketika Kerajaan Islam Sepanyol menghadapi masalah yang serupa. Kerajaan Islam Sepanyol yang didiami dengan pelbagai kaum dan bangsa mempunyai masalah membentuk perpaduan. walaupun Amir Abdul Rahman al- dakhli memperkenalkan bangsa Andalusia namun ia tetap gagal membentuk perpaduan kerana jiwa mereka tidak mempunyai sifat sayangkan negara. Namun mereka bernasib baik kerana Allah memakbulkan doa mereka dengan menganugerahkan seorang pemimpin iaitu Abdul Rahman III menyelamatkan negara mereka sebelum kehancuran negara mereka ditangan Isabella dan Raja Ferdinand.


Zaman pemerintahan berkhalifah bagi kerajaan Islam di bumi Sepanyol bermula dibawah pemerintahan Kerajaan Umayyah di pegang oleh Abdul Rahman III yang digelar kemudiannya Abdul Al Nasir ( yang menang). Beliau digelar sebagai Al Nasir kerana kemenangan daKn kejayaannya mengembalikan dan memulihkan kesatuan politik dan pemerintahan negara islam Sepanyol yang sebelum ini telah lemah dan mundur oleh kelemahan Amir - Amir sebelumnya.

Sepeninggalan Abdul Rahman Al Ausat ( Abdul Rahman II), tiga orang Amir yang memerintah selepasnya adalah terdiri daripada Amir yang lemah yang memerintah berturut - turut selam 62 tahun ( 238 - 300H). Amir - Amir tersebut adalah Amir Muhammad bin Abdul Rahman II (238 - 273Hi, Amir Muhzi bin Muhamad (273-275H) dan Amir Abdulah Bin Muhammad (275-300H). Sepanjang pemerintahan mereka inilah berlaku pemberontakan dari golongan Muallad: iaitu orang-orang yang dilahirkan daripada golongan hamba dan golongan Muzareb, iaitu golongan orang kristian yang hidup mengikut cara hidup Arab. Mereka ini membuat gerakan menuntut taraf,nilaian hidup dan hak yang sama dengan orang Arab. mereka mendakwa pihak kerajaan menganaktirikan mereka dan gerakan mereka telah mengancam beberapa buah bandar serta merosakkan beberapa kawasan luar bandar.

Dalam keadaan huru-hara dan kucar kacir begini, setiap umat islam yang tinggal di Sepanyol pada waktu itu setiasa mengharap-harapkan dan berdoa agar kelahiran seorang lagi pejuang Islam yang dapat memulihkan suasana. Dalam keadaan ini lahirnya  Abdul Rahman III yang terkenal kemudianya dengan Al- Nasir.Beliau memegang teraju pemerintahan pada tahun 912M sewaktu berusia 23 tahun. Walaupun masih muda tetapi mempunyai watak yang tegas,kuatmdan semangat yang gemilang.Sebaik memegang jawatanya, beliau telah membulatkan tekadnya dan tenaganya untuk mengembalikan kesatuan politik negara. Untuk itu ia menyatakan dengan tegas kepada pemberontak - pemberontak  yang memisahkan diri daripada kerajaan pusat yang meletakkan senjatanya akan dimaafkan dan diberi kurnia, sebaliknya sesiapa  yang melawan akan ditentang dan diperangi hingga musnah dan binasa sama sekali.

kata-kata tegas itu bukan sahaja ditujukan kepada pemberontak - pemberontak dari golongan muallad dan muzareb, tetapi ditujukan juga kepada musuhnya yang terdiri dari orang Kristian yang mendiami sebelah utara yang telah bersatu tenaga untuk menyerang orang Islam dan juga kepada musuhnya yang baru iaitu kuasa Islam yang baru muncul dan amat berpengaruh di Afrika Utara yang terkenal dengan nama Fatimiyah. golangan ini telah menghantar beberapa wakil ke negeri Sepanyol untuk menjalankan tugas mereka menentang amir-amir yang memerintah di Cordova.

Taktik Abdul Rahman III ini telah memberi kesan yang besar kepada musuh-musuhnya hingga sebahagian besar dari mereka telah menyerah diri dengan jujur hati dan segolongan kecil yang masih berkeras dan enggan menyerah itu telah diperangi habis-habisan. Menjelang tahun 936,tunduklah seluruh negeri Sepanyol dibawah kekuasaan amir Abdul Rahman III. Di waktu inilah dia mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah bagi umat Islam dibumi Islam samaada di Timur dan Barat. Beliau menyampaikan pengisytiharan menerusi surat pekelilingnya yang ditujukan kepada seluruh wilayah. Dengan itu terdapat dua orang khalifah yang memerintah Negara Islam pada waktu itu iaitu Khalifah Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dan Khalifah Ummayah yang berpusat di Cordova.

Setelah masalah pemberontak dalaman berjaya diselesai sepertimana Pengasas Kerajaan Ummayah di Sepanyol, Abdul Rahman III menumpukan perhatian untuk kemajuan dan kemakmuran negara. Polisi pemerintahan dan susunan petadbiran negara diatur semula. Ilmu pengetahuan dimajukan dengan membuka sekolah-sekolah dan kolej disegenap kota. pelajar - pelajarnya datang dari benua Eropah. Berkat daripada usaha dan tenaga yang tidak mengenal penat lelah, maka negeri Sepanyol mencapai kemuncak kemuliaan dan kemakmuran yang sempurna.

Di waktu pemerintahannya, Cordova telah menjadi satu kota yang terbesar dan megah kerana adanya istana-istana dan gedung-gedung yang indah permai, masjid - masjid yang besar, jambatan yang panjang, hebat dan kukuh.





Istana Zahra (Medina Azahara) merupakan satu kota yang cantik yang didirikan oleh Abdul Rahman III pada tahun 936, disatu penjuru kota Cordova. Pembinaan kota tersebut melambangkan ketinggian, kehalusan kesenian dan kekayaan negeri Sepanyol waktu itu. Kos membina kota tersebut pada masa itu adalah tujur juta dinar disamping itu terdapat masjid yang besar dan permai dikelilingi pejabat - pejabat kerajaan dan taman bunga yang indah.

Dizaman inilah bilangan masjid dikota Cordova sahaja mencatat hampir 600 buah, pepustakaannya hampir 70 buah, kedai-kedai buku tidak terhitung banyaknya sedangkan penduduknya tidak lebih setengah juta. Pada masa itulah Cordova pada abad ke sepuluh telah mencapai kemuncak kemajuan dari aspek pertanian,pertukangan,kesenian,ilmu pengetahuan dan kebudayaan di Eropah sehingga menandingi Baghdad dan Konstantinopal. kemajuan yang dicapai kerana jalan -jalan telah dibina dengan batu dan disinari dengan lampu diwaktu malam sedangkkan kota London 700 kemudian belum ada jalan raya uang sempurna dan kota Paris berabad-abad kemudia jalannya masih penuh lumpur.

Abdul Rahman III telah melakukan usaha meneguhkan negaranya kerana Sepanyol pada masa tersebut dikelilingi oleh musuh dari segenap sudut. Di Utara terdapat bangsa perancis yang ingin meluaskan daerah ke Selatan,  dibahagian pengunungan terdapat kerajaan Kristian kecil yang sering membuat serangan didaerah sempadan negaranya. Disamping itu ancaman dari Kerajaan Abbasiyah dan keluarga Fatimiyah yang tidak boleh dipandang enteng.

Bagi menguatkan pemerintahannya, Abdul Rahman telah mendirikan angkatan laut yang terdiri hampir 200 buah kapal. disamping itu beliau mempunyai tentera darat yang terbesar terdiri dari bangsa Arab, Barbar, dan kaum Mualadin. Abdul Rahman juga banyak membeli hamba dari bangsa Perancis,Itali danSlavia yang sebahagian besar dibeli sejak kanak-kanak. mereka ini kemudian dididik dan dibesarkan dalam didikan dan peliharaan tentera islam.

Setelah memerintah selama 50 tahun 6 bulan lamanya pada 961M (350H), Khalifah Abdul Rahman III  meninggal dunia dan bermulanya Kerajaan Umayyah di Sepanyol berpecah belah menuju kearah kehancuran.  41 tahun selepas kematian Abdul Rahman III, kuasa pemerintahan Kerajaan Umayyah di Sepanyol berakhir pada 1002 dan  berpecah menjadi kerajaaan kecil dan sehinggalah pada 1492M keseluruhan kerajaan Islam dibumi Islam telah dihapuskan oleh tentera Kristian pimpinan Maharani Isabella dari Castile dan Raja Ferdinand dari Aragon.



Movie preview