17 Apr 2012

METHOD STATEMENT FOR DRIVEN SPUN PILES


Method Statement for driven of spun piles is generally describes the method used to the installation of  driven precast  with various size diameter of  spun piles Grade 80N/mm2. Under this method statement will describes the procedures of driven piles , penetration or set that is required within the given scope of works. 


14 Apr 2012

THE CONSTRUCTION OF IRON MOSQUE PUTRAJAYA


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin - A Journey of life
(Photo Source from Google)
The Second mosque at Putrajaya namely  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin or known as Masjid Besi (Iron Mosque).  The  Construction of this unique mosque began in April 2004. Known as ‘Masjid Besi’ because it was built by using six thousand tons of steel  with contributed  more than 70% of the entire building.

12 Apr 2012

KHALIFAH ABDUL RAHMAN AL- NASIR (Abdul Rahman III)

Kerajaan Islam di Sepanyol
(912-961M)

Sejarah setiasa akan berulang kembali, malangnya manusia tidak pernah mengambil iktibar dari sejarah.

Keadaan politik semasa Malaysia dengan demonstrasi Bersih 3 yang akan dilaksanakan oleh pihak yang mendakwa mereka menuntut kebebasan demokrasi serta tuntutan melampau bangsa cina dibawah tajaan DAP mengingati satu peristiwa yang pernah berlaku di bumi Sepanyol pada 1100 tahun dahulu ketika Kerajaan Islam Sepanyol menghadapi masalah yang serupa. Kerajaan Islam Sepanyol yang didiami dengan pelbagai kaum dan bangsa mempunyai masalah membentuk perpaduan. walaupun Amir Abdul Rahman al- dakhli memperkenalkan bangsa Andalusia namun ia tetap gagal membentuk perpaduan kerana jiwa mereka tidak mempunyai sifat sayangkan negara. Namun mereka bernasib baik kerana Allah memakbulkan doa mereka dengan menganugerahkan seorang pemimpin iaitu Abdul Rahman III menyelamatkan negara mereka sebelum kehancuran negara mereka ditangan Isabella dan Raja Ferdinand.

AMIR ABDUL RAHMAN AL-AUSAT (RAHMAN II)

Sejarah Kerajaan Islam Andulisia dibumi Sepanyol (822-852M)

Sejarah pasti berulang kembali namun manusia sering lupa akan sejarah. kepelbagaian kaum di Malaysia sekiranya tiada perpaduan pasti akan membawa Malaysia ke lembah kehancuran. Acuan yang di gunapakai oleh kerajaan pada masa  ini telah lama dilaksanakan sejak tahun 756M oleh Kerajaan Islam di Sepanyol. Kemajuan dalam bidang pengetahuan akan mengangkat serta membentuk sebuah peradaban yang setiasa akan dikenang dan tercatat sebagai sejarah gemilang sesebuah bangsa. Namun sikap gilakan kuasa,  banyak bercakap tidak membawa kemana-mana hanya akan dikenang sebagai pengkhianat yang menghancurkan negara. Menguasai ilmu sains dan matematik tidak membawa umat islam kufur kerana ia membawa negara maju dan secara langsung mengangkat agama Islam di tempat tertinggi di mata dunia. Hanya orang yang tertutup minda dan memperalatkan agama bagi mendapat kuasa berpendapat bahawa mereka lebih tahu dari orang yang pakar  namun percayalah bila kuasa berada ditangan akan berlakulah kezaliman  dan memusnahkan apa yang telah dibina selama ini.

Abdul Rahman  merupakan putera kepada Al-Hakam 1  yang ditabalkan sebagai penganti Amir Cordova  yang ke  4  Bani Umaiyyah di Al-Andalus (Semenanjung Iberia) pada tahun 822M. Beliau digelar sebagai Abdul Rahman Al-Ausat atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman yang kedua kerana berjaya membawa kemajuan Negara Islam di Sepanyol di dalam semua bidang kemajuan. Beliau merupakan seorang pencinta kepada ilmi pengetahuan dan kesenian.  Beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai Amir di Cordoba pada usia 31 tahun dan  tidak seperti bapanya yang di benci oleh rakyatnya,  beliau amat dikasihi dan dicintai rakyat sejak masih muda.

10 Apr 2012

PERIBADI MELALUI TARIKH LAHIR

LAHIR PADA 9 HARIBULAN

Seorang yang suka kepada penonjolan diri, mencari populariti diri,meminati kesenian, wawasan luas dan perikemanusiaan yang tinggi.  Suka tertarik kepada bidang metafizikal dan suka mengambil tahu mengenai peristiwa terkini berkaitan dengan dunia.


9 Apr 2012

PERIBADI MELALUI TARIKH LAHIR

LAHIR PADA 8 HARIBULAN

Seorang yang mempunyai pewatakan seorang yang kreatif dan produktif  dan amat sesuai menjadi seorang ahli perniagaan.  memiliki sifat progresif dan berwawasan jauh membuat anda akan berjaya menangani masalah yang melibatkan kepentingan masyarakat umum.

8 Apr 2012

PERIBADI MELALUI TARIKH LAHIR

LAHIR PADA 7 HARIBULAN


Seorang yang mempunyai perwatakan sebagai seorang ahli profesional kerana memilik daya fikir yang dalam. tidak harus menggunakan kelebihan untuk berjudi ataupun membuat spekulasi sebaliknya mengunakan kelebihan untuk memeriksa dengan teliti semua perniagaan sebelum anda berbuat keputusan untuk membuka perniagaan.

5 Apr 2012

Bentuk Punggung dari kacamata




Photo by google

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro man tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

3 Apr 2012

TEMPORARY WORKS - COMPOSITE BRIDGE

CONSTRUCTION OF TEMPORARY BRIDGE.

In Construction, the most important thing during planning stage are to identify and observed the access and  temporary works need to be implemented during construction stage. As Construction Manager, it is necessary to understand the obligation of contractor as per Contract Document for the temporary works items in order to avoid the cost implication to the company.




2 Apr 2012

JEMPOL - KENANGAN DULU


Pada tahun 1982, bermulalah sejarah hidup sebagai anak peneroka Felda di Serting, Jempol Negeri Sembilan. Pertama kali menjejak kaki ke bumi gersang, aku hanya berusia 5 tahun. Ingatanku pada itu hanyalah melihat rumah yang dikelilingi hutan yang baru di tebang untuk ditanam pokok getah dan kelapa sawit. Tiada bekalan air dan elektrik. Hujan yang turun pada masa itu merupakan rahmat Allah membolehkan kami mendapat air yang bersih. Dan waktu hujan juga membolehkan ibu berehat daripada rutin mengandar air dari perigi bagi memenuhi tong-tong kosong di rumah. Malamku hanya bertemankan pelita minyak tanah yang menerangi kesunyian malam. Waktu itu aku rasakan terlalu lama masa bergerak bagi sang pungguk bagi diganti oleh kokokan ayam jantan di waktu pagi.


Gambar rumah peneroka yang asal.