Sabtu, 10 Mac 2012

PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MARA

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA


Tarikh Peristiwa pada 10-03-1967

Sumber:http://www.arkib.gov.my/


Pada hari ini dalam tahun 1967,  bangunan MARA  telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia.  Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur.  Bangunan  setinggi  lapan  tingkat  ini  telah   menelan  kos  pembinaan  sebanyak  RM3.5 juta.



Tingkat  satu  hingga  tingkat  tiga  telah  menyediakan 30 buah ruang kedai.  Manakala  di tingkat empat  hingga tingkat  lapan  berfungsi sebagai jentera pentadbiran.  Pada  tahun  2005,  bangunan  ini  telah  digantikan dengan bangunan baru setinggi 26 tingkat yang menjadi simbol  kelangsungan agenda  perjuangan  Bumiputera.  Ia  terletak di antara Jalan Raja Laut  dan  Jalan Tunku Abdul Rahman.  Sesungguhnya, pembukaan  bangunan MARA ini  telah  menjadi  mercu  tanda  kemegahan  dan simbol perjuangan  bangsa  Melayu serta  membolehkan  kaum Bumiputera berdiri di  atas kakinya  sendiri.