Selasa, 6 Mac 2012

PORT DICKSON-REMBAU DIISYTIHARKAN KAWASAN PUTIH YANG PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN

HARI INI DALAM SEJARAH MALAYSIA

Tarikh Peristiwa pada 06-03-1954



Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh Kerajaan dalam tahun 1948 adalah bertujuan untuk membendong keganasan komunis.   Banyak kawasan yang disyaki menjadi kubu komunis telah diisytiharkan sebagai kawasan yang penting dan dikawal ketat.  Kawasan-kawasan ini kemudiannya akan diisytiharkan sebagai `kawasan putih' apabila kerajaan berpuas hati dengan keselamatannya. Pada hari ini 6.3.1954, kawasan pentadbiran Port Dickson dan Rembau diisytiharkan sebagai `Kawasan Putih' oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Kawasan-kawasan perlombongan di Lukut, Rantau dan Sendayan serta estet-estet Sengkang, Sua Betung dan estate Verdivil. Sementara di Rembau pula ialah kawasan Bandaran Rembau, Kampung Batu, Istana Raja, Kampung Sungai Layang, Chengkau Kota, Kampung Baru Miku Penida dan Kampung Kendung baru serta 10 kawasan penempatan semula di samping estet-estet Kendung, Sungai Dua Mikeraya, Kampung Picha Bukit Bertam, Sungai Baru dan estet Chuan Bee. Pengisytiharan kedua-dua kawasan ini sebagai `Kawasan Putih' pada hari ini dalam tahun 1954 membuktikan taat setia rakyat terhadap undang-undang dan kerjasama mereka kepada pihak berkuasa untuk menamatkan darurat secepat mungkin.  Hasil dari usaha gigih dari semua pihak, seramai 600 orang pengganas kominis berjaya dibunuh sejak darurat diisytiharkan di Negeri Sembilan.   Mulai tahun 1954, melainkan di beberapa kawasan di Perak dan Pahang keadaan darurat kian bertambah baik.  Pada akhir bulan Februari, 1955 seramai 5,483 orang pengganas kominis berjaya dibunuh dan seramai 2,014 orang menyerah diri di seluruh negara.