9 Mac 2012

APA TUGAS WAKIL RAKYAT SEBENARNYA



Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan undang-undang.
Seseorang wakil rakyat mungkin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Wakil rakyat menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat (di Parlimen).



TANGGUNGJAWAB SEORANG WAKIL RAKYAT

  1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.
  2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.
  3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.
  4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.
  5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.
  6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.
  7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.
  8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.
  9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
  10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.
  11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.


Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh negara (tidak termasuk Sarawak yang mengadakan pilihan raya kerajaan negerinya secara berasingan). Hal ini bermakna selepas keputusan pilihan raya tersebut diketahui, Malaysia akan mempunyai 727 orang wakil rakyat baru (tidak termasuk Sarawak yang mempunyai 71 kerusi dewan undangan negeri).

Persoalannya, adakah wakil rakyat anda melaksanakan tugas - tugas yang diamanahkan oleh rakyat ? Bagaimana rakyat boleh mengetahui wakil yang dipilih telah menyuarakan masalah mereka pada pihak yang berwajib. Bagi pengundi yang tinggal di kawasan bandar, wakil rakyat memang tidak pernah mereka perlukan sebab mereka mempunyai banyak saluran bagi mengemukakan aduan. sebagai contoh jika sampah tidak berkutip, maka majlis pembandaran menjadi tempat mereka membuat aduan tetapi bagi pengundi yang tinggal dikampung, wakil rakyat merupakan saluran utama bagi mereka meluahkan masalah untuk dibawah kepada agensi yang berkaitan. Namun jika melihat kebanyakkan wakil rakyat di kawasan luar bandar, agak sukar berjumpa dengan wakil rakyat. Jika adapun di kenduri kahwin mahupun majlis rasmi kerajaan.

Cuma nasib wakil rakyat di kawasan luar bandar agak beruntung kerana sudah menjadi kebiasaan orang kampung yang tidak suka memanjangkan cerita, tidak suka berdemo, sekiranya pemintaan mereka tidak mendapat perhatian. sebab itu kita melihat muka yang sama masih boleh menduduki kerusi empok sedangkan tiada apa - apa kemajuan dari aspek perpaduan,pembangunan mahupun insani. Mereka lebih beruntung dari wakil rakyat dikawasan bandar kerana kehilangan pengundi baru yang berpindah ke kawasan bandar kerana tuntutan ekonomi menjadikan kawasan mereka selamat dengan pengundi lama yang akan tetap mengundi mereka bukan kerana faktor kebolehan mereka mentadbir tetapi kerana sayangkan parti masing-masing.

Sebenarnya kerja mereka bukan susah. Kerja mereka sepatutnya membuat kertas kerja bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat dan pada masa yang sama mereka boleh menikmati keuntungan daripada kerja mereka.

Sebagai contoh, di kawasan Jempol memang sudah hampir 10 tahun masalah bekalan air menjadi igauan kepada penduduk.


Merujuk kepada Hasard Parlimen Sesi Januari – April 2009 oleh  wakil parlimen Jempol Datuk Lilah Yasin kepada Menteri Tenaga,Air dan Komunikasi mengenai perancangan kerajaan  bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Daerah Jempol dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk menggantikan paip-paip yang telah uzur.

Menteri terbabit  telah mengatakan bahawa  program penggantian paip-paip uzur di daerah ini yang merupakan satu program yang berterusan, jumlah keseluruhan kos terlibat adalah dianggarkan sebanyak RM280 juta.Kerajaan Negeri akan  melaksanakan program ini secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan. Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri telahpun membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk tujuan tersebut.

Di bawah program NRW pula,  peruntukan sebanyak RM15 juta telah disediakan dalam RMKe-9 dan projek dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh rancangan.  Program ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kehilangan air di Daerah Jempol daripada 47 % kepada 25 %.  Pengurangan ini akan menjadikan pengagihan air lebih cekap dan menyeluruh.  Bagi meningkatkan pengeluaran air terawat di Daerah Jempol, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan program menaiktaraf Loji Rawatan Air Jempol yang dapat meningkatkan pengeluaran daripada 7 juta gelen sehari kepada 10 juta gelen sehari. Bagi mencapai tujuan tersebut, kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM42 juta di bawah RMK 9.

Benarkan projek yang diyatakan di Parlimen telah dilaksana? jika sudah siap kenapa masalah kekurangan bekalan air masih lagi berlaku. Jawapannya cukup senang, bagi pihak SAINS " kami tidak mendapat apa2 aduan mengenai masalah gangguan air dari penduduk setempat". sekiranya secara halus kita melihat mengapa tiada aduan dibuat barulah kita tahu kenapa mereka mengatakan demikian, lihat pada lawan sesawang, semua aduan hendaklah di buat melalui laman rasmi mereka. kemudian kita lihat penduduk di kawasan Jempol yang rata-rata sudah berusia 50 tahun ke atas........sudah pasti kita sudah mendapat jawapannya. tetapi kalau pihak SAINS bermurah hati memberi setiap unit rumah komputer riba dengan internet pasti melambak aduan akan masuk ke kotak mel setiap hari...

Sebenarnya masalah yang berlaku kerana N.Sembilan tidak mempunyai sumber air yang mencukupi bagi menampung keperluan penduduk. Sebagai wakil rakyat yang bagus, seharusnya harus mencadangkan kepada pihak agensi terbabit melaksanakan tangki simpanan air di kawasan terbabit bagi membantu penduduk supaya tidak keputusan bekalan air. Sekiranya pihak agensi tiada peruntukan ( maklumlah kawasan kampung tiada nilai komersial) seharusnya cadangan tersebut dibawa kepada pihak kerajaan pusat. nak lagi gempak, kumpul penduduk buat sidang media dan kumpul tandatangan,  pasti dapat peruntukan dari kerajaan pusat. Namun nak buat apa buat kerja lebih sedangkan penduduk tak buat aduan.......

Begitulah tabiat pemimpin yang baik "kami hanya buat berdasarkan aduan penduduk."   Mereka setiasa lebih beruntung dari rakan yang bertanding dikawasan bandar sebab pasti akan dilantik duduk dikerusi empuk sepenggal lagi pada pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan