Selasa, 31 Januari 2012

KHAIRUDDIN BARBAROSSA



LAKSAMANA AGUNG – KHAIRUDDIN BARBAROSSA

Di dalam sejarah hanya 3 orang saja dikenali sebagai Barbarossa iaitu Kaisar Frederick I Romawi (1123-1190) dan adik beradik Aruj dan Hayreddin dari Turki.



Sultan Sulaiman I  merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematiannya pada tahun 1566. Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang ( al‐Qanun), kerana mengenang jasanya didalam memodenkan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Sulaiman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16 kerana pada zaman pemerintahannya kerajaan Turki mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi serta telah menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakannya di Hungary sebelum penaklukannya dipatahkan di dalam Perang Vienna pada tahun 1529. Malah kawasan pemerintahannya meluas sehingga ke  Timur Tengah di dalam konflik dengan kerajaan Safavid di Parsi,Barat Algeria yang terletak di Afrika Utara kerana mempunyai kekuatan  angkatan tentera laut yang ampuh sehingga menguasai kawasan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi malah sehingga ke laut Hindi dan India. Penaklukkan Aden di Yaman pada tahun 1538 secara langsung menyekat pengaruh Portugis di semenanjung barat india yang merupakan titik tolak kepada kelemahan kuasa Portugis di Melaka.

Dizaman pemerintahan Sultan Sulaiman 1, beliau mempunyai laksamana yang amat terkenal dan ditakuti oleh tentera Kristian Eropah iaitu Khairuddin Barbarossa yang menguasai kawasan laut di Mediterranean.

Dilahirkan pada tahun 1470 di sebuah pulau yang dikenali sebagai Mytilene atau Lesbos dikenali sebagai Barbarossa  bermaksud  janggut merah. Di dalam sejarah hanya 3 orang saja dikenali sebagai Barbarossa iaitu Kaisar Frederick I Romawi (1123-1190) dan adik beradik Aruj dan Hayreddin dari Turki.
Khairuddin bersama abangnya Aruj dikenali sebagai lanun yang cukup ditakuti di kawasan Mediterranean dan sering menyerang kapal tentera salib. Pada asalnya mereka menjalani hidup sebagai pelaut biasa namun kematian adik bongsunya iaitu Iiyas (Ishak)  akibat serangan St. John of Jerusalem atau dikenali sebagai Knight of Rhodes telah menyemarakkan semangat jihad kepada mereka.
Ketika kejayaan pihak Eropah melancarkan misi Reconquista dengan menakluk semula wilayah-wilayah Eropah di Sepanyol dari tangan Kerajaan Islam di Sepanyol yang menyaksikan kota-kota islam yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh bermula Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla, dan dan akhirnya Granada jatuh di tahun 1492M.
Kejayaan menakluk semula kerajaan Islam di Sepanyol diketuai oleh Ferninand seorang penganut Katolik yang fanatik dan kejam telah melancarkan kempen pembersihan kaum muslimin dari bumi Sepanyol yang menyaksikan Bangsa Moor terpaksa melarikan diri ke Afrika Utara
Kejatuhan Andalusia telah merubah pejuangan Aruj  dan Khairuddin dari lanun kepada  misi perjuangan Islam. Usaha Hayreddin dan abangnya Aruj membantu serta menyelamat puluhan ribu bangsa Moor yang  di usir dan dibunuh oleh tentera salib kristian secara langsung menjadikan mereka mempunyai pengikut yang semakin ramai.
Pejuangan Khairuddin bersama abangnya Aruj  telah menghalang  penguasaan tentera salib di bumi Afrika dengan membebaskan serta menguasai Algeria dari tentera salib Sepanyol pada 1516. Kejatuhan kota Algeria mengakibatkan  mereka terdedah kepada ancaman tentera Sepanyol dan sekutunya dan akhirnya memohon bantuan dari Sultan Salim 1 dari  Kerajaan Turki Utmaniah dengan menyerahkan Algeria tunduk kepada kekuasaan Turki Utmaniah. Sultan Salim 1 telah melantik Aruj sebagai gabenor di Algeria pada 1517  dan memberi tentera dan peralatan lengkap bagi mempertahankan Algeria dan negeri lain dibawah naungan Kerajaan Turki Utmanniah
Pada tahun 1518 , Raja Sepanyol iaitu Chales V bersama 10,000 tentera Sepanyol telah berjaya  menghasut Amir kota Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj yang merupakan Gabenor di Algeria.  Serangan di kota Tlemcen telah mengakibatkan Aruj  gugur dan tentera Sepanyol menguasai Tlemcen.
Kematian  Aruj menjadikan pimpinan armada laut Turki berpindah kepada Khairuddin dan Sepanyol menjangkakan bahawa  era Barbarossa telah berakhir di Lautan Mediterranean. Kekalahan Aruj telah mengakibat  Sepanyol menambah 20,000 tenteranya  bagi menguasai semula Algeria dari Khairuddin. Sultan Salim 1 telah menghantar tentera dan peralatan seperti kapal, meriam kepada Khairuddin bagi mempertahankan Algeria serta membalas kematian saudaranya Aruj.
Khairuddin nyata lebih berbahaya dari abangnya Aruj apabila berjaya mengalah tentera Sepanyol dan menguasai semula Tlemcen pada 1518. Khairuddin sedar bahawa  penguasaan Turki di Laut Mediterranean terdedah dengan banyak ancaman selain dari  ancaman utama Kerajaan Sepanyol. Bagi mengukuhkan keselamatan penguasaan bumi Islam Khairuddin memohon agar Amir di  Tunisia dan Tlemcen di letakkan di bawah Algeria di atas nama daulat Utmaniah Turki, Pada tahun 1519 Turki mengangkat Khairuddin  sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissary, pasukan khusus yang cukup ditakuti oleh Eropah.  Dengan kekuatan yang dimiliki oleh Khairuddin, beliau  berjaya menawan Bone (Annaba ) sebuah kota di Timur Laut Algeria pada 1519 malah berjaya mengalah tentera Sepanyol yang cuba menawan semula Algeria. Khairuddin meneruskan usaha menyelamat bangsa Moor dari bumi Sepanyol  ke Algeria secara tidak langsung telah menambahkan lagi pengikutnya. Malah Khairuddin semakin ditakuti oleh tentera Salib Eropah dengan serangan mengejut yang dilakukan  sehingga ke Provence, Toulon di Selatan Perancis. Kejayaan menenggelamkan dan menawan banyak kapal tentera milik Sepanyol  menyebabkan kehadiran Khairuddin Babbarossa amat takuti di lautan Mediterranean.

Kejayaan yang dicapai oleh Khairuddin Barbarossa menguasai Lautan Mediterranean telah menyebabkan Sultan Sulaiman 1  melantik beliau sebagai Ketua Laksamana dan dipertanggungjawab mengukuhkan lagi penguasaan Kerajaan Turki Utmaniyah di lautan Mediterranean dan memberi peluang kepada Sultan Sulaiman 1 meneruskan usaha beliau menakluk bumi Eropah di daratan  dengan  memimpin tentera Uthmaniyah menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakannya di Hungary. Khairuddin Babbrossa akhirnya dapat melunaskan dendam dengan mengalahkan  St. John of Jerusalem atau dikenali sebagai Knight of Rhodes pada 1523. Pada 1525 Khairuddin menyerang pantai Sardinian di Itali dan meneruskan serangan ke Crotone di Calabria sehingga ke Messina dengan memusnahkan pelabuhan yang dikuasai oleh tentera Sepanyol. Kejayaan memusnahkan banyak pelabuhan di selatan pantai Itali dan Sepanyol menyebabkan  Charles V  berusaha menarik sokongan  Knights of Rhodes yang berpusat di Pulau Malta membendung penguasaan Hayreddin Barbarossa di lautan Mediterranean namun gagal.
In 1532, Charles V dan  Andrea Doria berjaya   menawan semula Coron Patras dan Lepanto dari Sultan Sulaiman 1.  Kejatuhan kota- kota tersebut menyedarkan Sultan Sulaiman betapa pentingnya mempunyai angkatan laut yang kuat. Beliau memanggil Khairuddin Barbarossa dan melantik sebagai Kapudan-i-Derya ( Ketua Laksamana) bagi menguatkan armada tentera laut Turki.
Khairuddin Barbarossa tidak mengambil masa yang lama menyiapkan armada tertera laut Turki dan pada 1534, Barbarossa berjaya menawan semula  Coron, Patras and Lepanto dari tentera Sepanyol. Kemaraan Khairuddin bersama Armada Turki telah menyeberang Selat Messina dan mengempur pantai Calabria dan memusnahkan San Lucido. Tidak berhenti setakat itu Khairuddin telah menyerang Campania dan menawan kepulauan Capri dan Procida sebelum memusnahkan pelabuhan Gulf di Naples Itali. Kemusnahan yang dibawa oleh HKhairuddin sehingga ke Lazio, Gaeta and beberapa kota di pantai Itali sehingga menimbulkan ketakutan kepada tentera salib sebelum menawan Tunisia pada Ogos 1534.
Kejatuhan Tunisia menyebabkan pada 1535 satu gabungan sekutu Charles V dan Andrea Doria menyerang dan merebut kembali Tunisia bersama  25,000 orang dan 500 kapal. Menyedari kekuatan yang tidak seimbang Khairuddin telah meninggalkan  Tunisia jatuh ke tangan Sepanyol semula.  Walaupun meninggalkan Tunisia, Khairuddin berjaya menyerang dan  menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.
Pada 1536, Khairuddin Barbarossa telah diarahkan oleh Sultan Sulaiman mengetuai armada tentera laut Turki berjumlah  200 kapal  bagi menyerang  Habsburg Kingdom di Naples. Pada Julai 1537,  beliau berjaya menguasai kota  Otranto dan  Ugento di Apulia. Kemaraan Armada Turki berjaya menawan Aegean dan Ionian milik Kerjaaan Venice pada Ogos 1537.
Kejatuhan kota tersebut telah mengempar bumi Eropah dan pada 1538, Pope Paul III telah berjaya mengumpulkan tentera Salib dari Sepanyol, Venice,dan Knight of Malta bagi menentang Khairuddin Barbarossa.
Gabungan tentera Salib yang diketuai oleh Andrea Doria  berjaya di tewaskan di Preveza  oleh Khairuddin Barbarossa  pada  September 1538.  Kemenangan ini amat besar ertinya kerana mengukuhkan penguasaan Kerajaan Turki di Lautan Mediterranean selama  33 tahun sebelum tewas didalam perang Lepanto pada 1571.

Kekalahan tentera salib di Preveza telah menyebabkan kemaraan Khairuddin Barbarossa tidak dapat disekat dan pada 1539, kepulauan Skiathos,  Skyros,  Andros  dan Castelnuovo Berjaya ditawan dari penguasaan Sepanyol. Malah beberapa pulau dibawah kerajaan Venice berjaya dirampas sehingga memaksa Venice meminta perdamaian dan bersetuju membayar ganti rugi yang besar kepada Sultan Sulaiman 1.
Kehebatan dan strategi ketenteraan yang dimilili oleh Khairuddin Barbarossa membuatkan Charles V  memujuknya dengan jawatan Ketua Laksamana merangkap pemerintah Sepanyol di Afrika Utara  namun ditolak oleh Khairuddin Barbarossa yang membuatkan Chales V melancarkan serangan besar – besaran ke Algeria pada 1541 bagi mengakhiri keganasan Khairuddin yang selalu memusnahan kapal milik kristian Sepanyol. Charles V memanggil semula komander terkenalnya Andrea Doria memimpin Armada Sepanyol. Serangan ke atas Algeria telah dilaksanakan diluar musim berlayar kerana bimbang serangan hendap dari belakang yang sering digunakan oleh Khairuddin Barbarossa. Malangnya Charles V mengambil ringan kecerdikan Khairuddin Barbarossa yang hanya menunggu tentera Sepanyol diperairan cetek kerana mengetahui kelebihan manuver kapal Sepanyol di laut dalam. Malah pengetahuan Charles mengenai cuaca tempatan pada masa serangan menyebabkan kapal- kapal Sepanyol karam di pukul ombak akibat angin ribut yang melanda Algeria pada masa tersebut. Andrea Doria dan Charles berjaya menyelamatkan diri dari bencana alam dan pulang ke Sepanyol dengan kekalahan pahit. Kekalahan tersebut mengakhiri penguasaan Sepanyol di Afrika utara dan lautan Middleterannean.

Pada  1543, Khairuddin Barbarossa belayar ke Marseilles bagi membantu Perancis yang merupakan rakan sekutu bagi menawan kepulauan Sicily di Itali dan menghancurkan ancaman tentera Sepanyol dan Itali yang menyerang Perancis.Armada Turki yang amat besar disertai hamper 200 kapal pimpinan Khairuddin Barbarossa berjaya melumpuhkan kekuatan tentera Sepanyol sehingga memaksa Charles V meminta pendamaian dengan Sultan Sulaiman 1 pada tahun 1544.
Pada 1545, akhirnya Khairuddin mengakhiri kempen peperangannya dengan melancarkan serangan di kota pelabuhan di Sepanyol bagi menawan Sepanyol sepertimana yang dilalui oleh Panglima Agung Tariq bin Ziyad tetapi hanya mampu mendarat di Majorca and Minorca sebelum pulang ke Constantinople. Beliau bersara pada tahun yang sama dengan melantik anaknya Hassan Pasha sebagai pemerintah di Algeria. Pada 1546, Khairuddin Barbarossa meninggal dunia dan dikebumikan di Beşiktaş utara Istanbul dengan jasa yang amat terbilang sebagai seorang Laksamana Agung yang mengangkat syiar islam ke benua Eropah.